Nuffnang

Saturday, November 22, 2008

Erster Winterschnee in Wien.. First Winter snow in Vienna

Hari ni snow turun pertama kalinya untuk winter tahun ni. Suhu hari ni pun dlm -3 C.. beku dah semua. Tapi hari ni snow cuma ciput je lagi... tapi kalau tengok forecast, whole next week will be snowy. Budak2 ni pun dah tak sabar-sabar untuk main snow semula.
So pagi-pagi Sabtu macam ni, aktiviti rutin biasanya aku akan ke pasar beli lauk pauk+ grocery apa yang patut. Tapi hari ni Haziq & Damia, bersungguh-sungguh nak ikut walaupun cuaca beku kat luar. Nak main snow punya pasal.. tak sabar-sabar dah.

Keluar dari apartment, bolehlah tengok snow ciput atas kereta2 yg park depan apartment. Bolehla tu.. buat permulaan, kaut snow-snow tu buat snow ball. Seronok bukan main dah Haziq & Damia dapat merasa snow semula after a year.

Bila dah sejuk beku macam ni, nak berjalan pun tak selesa bila badan dah berbungkus dari rambut sampai ke kaki. Sejuk kemain, pedih tangan kalau tak pakai glove. Gambar atas tu rupa pasar sayur-sayuran & buah-buahan yg dekat rumah kami. Setiap pagi kecuali Ahad, pasar ni ada sehingga tengahari. Sayur & buah di sini lebih segar & murah kalau dicompare dengan di kedai biasa or supermarket. Geram kalau tengok buah-buahan disini yg segar2. Sekarang ni musim anggur lagi & limau manderina. Anggur sekilo sekarang pun cuma Eur 1 je dah.

Dah sejuk2 pagi-pagi ni, perut pun cepat lapar. Haziq & Damia sibuk ajak pergi makan kebab kat kedai. So pagi tadi merasa la dua orang tu kebab pagi panas2... licin habis & sedapppppppp!!!!




No comments: