Nuffnang

Thursday, October 23, 2008

Prater Amusement Park

Salah satu tarikan di Vienna ni ialah Prater Amusement Park. Tak jauh dari city center, kalau nak datang sini boleh naik subway atau juga tram. Macam kami senang naik subway U1 dari stesen Reumanplatz berdekatan apartment kami terus ke stesen Praterstern. Tak jauh, cuma ambik masa dlm 20 min je.

Prater amusement park ni open all year round untuk most of the rides, untuk semua golongan pengunjung. Ada rides untuk orang dewasa & kanak-kanak. Apa yg paling menarik, takda entrance fee. So kalau nak naik rides baru bayar. Biasanya satu ride dlm Eur1.50 - Eur 4.00. Sini juga ada byk restaurants & stall untuk makan2.

Budak2 ni kalau datang sini memang cukup suka. Ye la macam2 jenis permainan ada. Aku je yg tak brapa seronok.. ye laaa... kena keluar duit maaa... hehe.

Sini juga ada satu ferris wheel... yg ala2 London's Eye atau yg kat KL baru buat tu. Tapi yg kat sini pesen lama punya. Maybe sebab status dia sebagai one of the oldest amusement park in Europe! Kalau tak salah ferris wheel kat sini mula dibukak pada 1896!! Kalau time summer memang pack dengan bermacam-macam orang.

Ramai orang suggest untuk naik ferris wheel bila time sunset & boleh view bandar Vienna. Kami pun belum pernah naik ferris wheel ni. Maybe next time la.. banyak masa lagi.

Setakat ni dah 2 kali kami datang sini, dan ride yg paling best & fun tak lain tak bukan, bumper car!! Ye la sebab semua boleh naik. Kalau yg jenis lain biasanya Damia tak lepas. Kalau roller coaster pulak Haziq pun tak lepas. Petang tu 2 round jugak la budak2 ni pekena bumper car. Tu pun tak puas lagi.


Masing semua nak merasa bawak bumper car ni sekali sorang, termasuk la Damia pun. Kalau tak bagi karang mengamuk.


Tapi macam biasa, bila time nak balik semua buat muka tak puas hati. Tak puas lagi main, nak naik rides lagi. Adoiii... koyakkkk pokett!!!

p/s: Sesapa yg tinggal di Vienna & tak pernah datang ke Prater Amusement Park ni kira tak sah la duk sini...;-))


No comments: