Nuffnang

Thursday, October 30, 2008

Salzburg, St Gilgen & Wels pt. 1

Salzburg.. 4th largest city in Austria. Bandar Salzburg ni terkenal dengan historical buildingnya yg preserved dengan masih cantik lagi. Salzburg juga listed sebagai UNESCO World Heritage Site. Dan yg paling popular di kalangan pelancong ialah Salzburg ni ialah bandar tempat lahir pemuzik terkenal Mozart & juga tempat penggambaran filem musical klasik "Sound of Music"!! Banyak landmark sekitar bandar Salzburg yg digunakan sebagai lokasi penggambaran filem ni.
Note: pic atas tu cedok from the net.
Weekend lepas kami sekeluarga jalan-jalan carik angin ke Salzburg pulak sama2 dengan family abg Mus & kak Siti. Jarak perjalanan dari Vienna ke Salzburg ni lebih kurang 300km or 3 jam lebih. Tak jauh sgt, boleh buat day travel tak perlu overnight kalau larat. Tapi kami semua tidur satu malam di bandar Salzburg.

Bandar Salzburg ni, terkenal sebagai tempat pelancongan jadi kos hotel disini pun agak mahal jugak. Hotel biasa yg kami sewa untuk satu malam cost us Eur 129! Mahai gila tuu.. hotel buruk jek. Nasib baik include breakfast. Boleh la belasah breakfast kenyang2.. haha


So Sabtu lepas, sampai di Salzburg pun dah petang dlm pukul 3 pm sbb bertolak lewat sikit disebabkan masalah "teknikal" sikit. Dah settle check in hotel & lunch, barulah boleh jalan-jalan carik angin sekitar bandar Salzburg. Jarak hotel ke pusat bandar cuma 10 min walk. Lokasi mmg dah cantek dan ada restoran Pakistan disebelah & masjid Turkei diseberang jalan je. Tapi makanan di restoran Pakistan tu mahal jugak, nasi briani lamb berharga Eur 11.90!! Tapi disebabkan nak rasa briani kedai, beli la jugak sebungkus buat cuci mulut.. hehe.. kat Vienna susah nak carik briani. Jauh beza kalau nak compare harga kat Dallas yg mana briani lamb cuma USD 4.99 je!! Tapi briani sini sedappp maaa.... menjilat bekas tapau jugak le.. haha.

Salah satu kemestian untuk beli atau rasa kalau datang Austria atau Salzburg ni ialah coklat nya dengan nama speselnya Mozart Kugeln (Mozart Ball... bentuk bola ye bukan Mozart punya "balls"..hehe). Di Vienna pun ada dijual benda ni tapi yang menariknya di Salzburg ada spesis yg original Kugeln pulak dahh. Kalau dalam pic atas tu, Kugeln merah tu kira spesis komersial, tapi dlm pic bawah colour silver+biru tu spesis yg asal or original (at least that what was claimed by the shop!)


Kalau perhati pic atas tu siap ada web link "original-mozartkugeln.com" tuu.. so kira kena percaya la yg ni the original or the first Kugeln ever introduced. Yang merah tu ciplak la kiranya... hentam saja lah. Tapi yang pasti rasanya takde lah sesedap mana. Biasa je, sedap lagi coklat Lindts!


Satu lagi benda yg menarik yang kami nampak semasa di Salzburg, ialah kedai jual "telur ajaib" ni. Satu kedai penuh dengan telur berbagai rupa atau ukiran atau lukisan. Memang mengkagumkan, cantek betul telur2 tu semua. Rasa aku bukan telur betul tapi telur plastik. Kalau telur betul, jadik telur tembelang atau telur asin la pulak nanti dok simpan lama2. Sayang pulak tak tergerak hati nak masuk tanya harga telur2 tu. Kalau tak, boleh buat bisnes ni. Ni the only product yg menarik & special yg kami jumpa kat Salzburg ni. Memang kalau buat hantaran kahwin atau bunga telur, mesti menarik! Lain kali kalau pergi boleh usya dengan tokei kedai untuk ekspot ke Msia.. ;-)


Dan kalau datang ke bandar Salzburg ni satu benda yg tak boleh miss ialah tengok bangunan tempat lahir pemuzik Mozart. Bangunan ni terletak tengah2 bandar Salzburg ni. Siap ada sign besar lagi tengah2 bangunan tu tulis Mozart's Geburtshaus (Mozart's Birth house). Kami takda la nak masuk sampai dalam, tengok dari luar je dah lah. Bukannya peminat Mozart pun nak tengok detail2. Tapi ramai la orang duk tercangak2 bergambar depan bangunan tu.



Jalan punya jalan ternampak pulak kereta cung Audi RS8! Waduhh cantiknyaa... bila la boleh pakai kereta ni.. dalam mimpi je la gamaknya.

Attraction lain dia Salzburg ni ialah Fortress HohenSalzburg... nuun kat atas bukit sana tu.


Dah letih pusing2 separuh bandar Salzburg, hari pun dah gelap. Sempat beli kebab halal on the way balik ke hotel. Tapi harga kebab masih sama macam Vienna. Boleh tahan judak sedappnya. Dah letih & lapar semua jadik sedap!

Esok paginya lepas breakfast (belasah kenyang2 nak cover harga hotel mahal..hehe), sempat satu round lagi jalan2 ke bandar Salzburg. Kali ni menuju ke Mirabell Palace pulak. Mirabell Palace ni terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran filem "Sound of Music". Boleh tahan la canteknya kawasan tu walau tak secantik Schonbrunn Palace di Vienna.



Ramai jugak pelancong disini. Ada dua fountain di kawasan Maribell palace ni yg juga boleh dilihat dalam filem "Sound of Music". Kalau tak disebabkan "Sound of Music" ni, takda la special sangat tempat ni. Biasa je la.

Dah puas keliling bandar Salzburg & beli souviner sikit sorang baru la boleh balik ke kereta semula yg kami masih park di hotel. Abg Mus & kak Siti sekeluarga continue jalan-jalan carik angin ke Munich pulak, tapi kami sekeluarga pergi ke Wels untuk open house raya kawan disana. On the way ke Wels, sempat lalu menikmati pemandangan cantek gunung-ganang & tasik di sekitar St Gilgen. Pemandangan yang memukau & mengasyikkan!!! nanti sambung....




No comments: