Nuffnang

Saturday, October 4, 2008

Makan-makan@Open house

Raya kali ni sempat la pergi makan2 kat 2 open house. Yg pertama di rumah abg Shimi & kak Imah pada petang raya pertama. Dan kedua di rumah abg Mus & kak Siti pada raya ketiga. Yang bestnya bila pergi open house raya ni, boleh makan makanan yg jarang di masak pada hari biasa. Masa ni la nak pulun habis-habisan...hehe

Di rumah abg Shimi & kak Imah, kami pergi pun dan lewat sikit, tapi makanan semua masih ada, tu yang penting tu. Tengok pada menu juadah hari tu...fuhhh .. menyelerakan habih! nasi briani maaa... dengan macam2 lauk, ada ayam, ada daging, ada rendang. Lepas tu ada 2nd menu iaitu mee rebus, ada pulak paru goreng... sedapppp. Pas tu ada lagi hasi himpit kuah kacang atau dengan rendang. Semua menu aku rasa, mana boleh tak rasa. Bukan senang nak jumpa menu ni semua. Ntah2 kena tunggu raya tahun depan pulak kalau nak rasa lagi. Tapi apa2 pun, nasi briani abg Shimi & kak Imah mmg best. Kira buleh bukak kedai la kalau balik Msia nanti!


Budak2 ni pun, terutama si Haziq memang suka dgn nasi briani ni atau spesis nasi berkaler ni mcm nasi minyak etc. Tambah pulak denyan ayam goreng pedas kegemaran dia. Pedas pun pedas dia makan je.

Dan nak buat lagiii best, nak balik siap bagi tapau lagiii... untuk repeat seround lagi briani kat rumah pulak...;-))
Raya ke 3 pulak giliran abg Mus & kak Siti pulak bukak rumah@dewan untuk majlis makan2 raya. Memang sempoi apartment abg Mus & kak Siti ni sebab ada dewan part of apartment building tu yg boleh diguna untuk buat apa2 function atau party etc. Memang luas and selesa siap ada dapur tu. Best.. best. Tu baru bab dewan je dah best belum masuk bab juadah pada hari tu lagi.

Nasi minyak beb!.... adoi..sedapp maaa... dengan daging kuzi, ayam merah & satu lagi daging rendang. Budak ni semua makan nasi minyak hari ni. Kena pulak dengan daging kuzi tu yg jarang2 sekali dapat makan.. sedapp sungguh.


Tapi satu je sayang, sebab aku datang lewat ari tu sebab aku dah masuk kerja pada raya ke 3. Jadi lepas balik kerja baru boleh pergi, dah dekat pukul 6 ptg baru sampai. kalau datang awal2 dapat part nasi minyak tengah panas2... lagi tambah extra sepinggan lagi kot.. tapi apa2 pun nasi minyak abg Mus & kak Siti, power jugak. Bila nak buat lagi??

Satu lagi menu nasi himpit & kuah kacang atau kuah lodeh atau lontong. Haa ni pun sedapp... menjilat gigi la kiranya... dan tak lupa kek lapis yg kak Siti buat, mmg power.. kira kalau buat untuk berniaga mesti laku punya. Sedap... sedapp...

Disebabkan kami dah datang lewat, so yg tinggal cuma keluarga kami & keluarga abg Shimi je sebagai tetamu, dewan luas tu jadik mangsa budak2 ni main kejor-kejor le jawabnya. Letih kejor-kejor, pi minum air botol yg banyak terhidang tu. Ye la bukan selalu dapat kumpul macam ni, budak-budak pun seronok dapat jumpa kawan2.


Tapi sayang lagi kali ni tak dapat nak tapau nasi briani kak Siti.. sebab dah tinggal serdak je.. laku sungguh. Tapi buleh tapau lauk daging kuzi... jadik la. Apa-apa pun next year raya kalau buat open house mcm ni lagi, kena mai awal laa.. next year buat nasik minyak lagi ekk??



Petang hari ni nanti ada majlis hari raya di kediaman ambassador malaysia. Haa.. ni nanti lagi meriah & macam2 juadah lagi. Boleh jumpa ramai Malaysian disana nanti tak kira melayu, cina or indian yg tinggal di Austria ni. Tapi nak kena pakai lengkap baju melayu la pulak... takpa raya punya pasai... on saja...


No comments: