Nuffnang

Thursday, October 9, 2008

Makan-makan@Malaysian Residence

Hari raya setiap tahun, embassy Malaysia di Vienna adakan majlis hari raya di kediaman duta Malaysia di Vienna. Tahun ni sekali lagi kami berpeluang bersama-sama rakyat Malaysia di Austria hadir ke majlis ini. Tahun ni nampak lebih ramai rakyat Malaysia datang berbanding pada tahun lepas.


Pada majlis kali ni jugak kami berpeluang kenal dengan rakyat Malaysia yg sebelum ni kami tak berpeluang untuk kenal. Sempat jugak berbual-kenal dengan seorang rakyat Malaysia yg bekerja sebagai Chef di salah satu rangkain hotel antarabangsa (kalau tak silap Crowne Plaza Hotel) & tinggal di Bratislava, Slovakia

Dalam majlis tu sempat jugak berkenal dengan sepasang suami isteri rakyat Austria yg datang sebagai tetamu di majlis ni. Si suami ialah pemilik galeri arts di Vienna. Banyak juga yg sempat bercerita dengan couple ni. Couple suka bertanya dan very interested pasal Malaysian culture, tradition, pakaian, food etc.. almost everything about Malaysia. Ini kali pertama diorang hadir dalam majlis sebegini.


Seorang lagi tetamu yg sempat kami bersuaikenal ialah pelukis terkenal yg berasal dari Sarawak dan sekarang ni tinggal di Hamburg, Germany. Dia datang sebagai tetamu khas duta Malaysia. Nama komersial pelukis tu Chef de Mulu. Tak pasti pulak apa nama sebenarnya. Tapi dia ada galeri lukisan sendiri di Hamburg dan juga di Vienna. Dengar ceritanya dari kawan malaysian lain, the cheapest lukisan dia around Eur 25000!!! Fuhh!!

Tapi Chef de Mulu ni very friendly orangnya (dlm salah satu gambar dibawah pakai baju melayu & songket merah) dan senang bercerita.


Kalau datang majlis hari raya macam ni, tak sah kalau tak bercerita pasal makanan la kan. Hari tu hidangan memang sedap2 belaka. Nasi himpit, nasi putih, rendang ayam, daging, kuah kacang, biskut raya, kek & few more yg aku lupa dah. Semua sedap-sedap belaka, dua kali tambah le dibuatnya. hehe.
Dan bila datang majlis begini, acara wajib ialah bergambar la kan sebagai kenangan. Bukan selalu ada majlis macam ni dan peluang untuk jumpa kawan-kawan Malaysian yg lain. Ada yg dari Vienna dan ada juga dari luar Vienna macam kawan-kawan Petronas dari Wels. Coming weeks maybe kalau berkesempatan nak pergi beraya ke Wels pulak, boleh kenal2 bandar Wels pulak.


Dan ada juga rombongan tetamu dari Nuklear Malaysia, yang kebetulan datang ke Vienna untuk satu konference, yg sudah pastinya pasal nuklear le di UN. Sempat jumpa few of them dari group tu, semua orang besau-besau, ada jugak yg pangkat Dato'. Orang penting Nuklear Malaysia la semua tu. Kekok la bersembang dengan org besau-besau ni.. siapa la kita ni kann...kan..kan
Majlis yg start pada 12:30pm berakhir pada 3:30pm, itupun geng2 melayu Vienna cuma balik around pukul 4:00pm. Ye lah bila dah jumpa bersembang tu tak ingat nak balik. Nasib baik tak kena sound dengan tuan rumah..hehe


Selamat Hari Raya sekali lagi untuk semua..


3 comments:

miSs inTerpReted said...

salam.

Nama sy Sabb dan akan melanjutkan pelajaran di Uni Wien this winter. Hajat nak bertolak on Oktober 26. Nak tumpang tanya, pasal accomodation, if you know of any place yg quite murah and ok for me to commute to uni.

I am so sorry to tetiba tulis mesej kat sini but i tried to look 4 ur email add tak ada. I have no one to turn to. Would appreciate any assistance as I am 4 months preggers dan suami dan anak hanya akan ikut for a few weeks n pastu saya akan sorang2.

thanks.

i can be reached at sabariah.salleh[at]gmail.com

Kamal said...

Nama Chef De Mulu adalah Abdul Rahman Bujang AKA Lapok. Berasal dari Miri, Sarawak. Yang saya tahu dia bersekolah di SK & SMB St's Joseph Miri, sebelum melanjutkan pelajaran di Semenanjung. Kami sama sekampung and berkawan dari kecil, dan dari kecil beliau memang meminati seni namun hasil seni beliau yang abstract tidak mendapat tempat di hati orang Malaysia sehingga beliau merantau ke German.

joe said...

Terimakasih Kamal for the info. Memang dari buku lukisan dia, semuanya jenis abstract. Tapi mahal sgt tak mampu nak beli... ;-)