Nuffnang

Sunday, October 19, 2008

Ladang Anggur @ Baden

Sekali lagi Ahad lepas kami pergi ke Baden. Dah takda idea nak pi mana, budak2 pulak sibuk ajak pergi park, masuk kereta teringat pasal park kat Baden, terus tuju ke sana. Park kat Baden ni bersih & ramai orang2 tua bersiar2 disini. Maybe ada rumah orang2 tua dekat2 situ kot. Kali ni malas nak cerita pasal park ni, sebelum ni pernah tulis dah kan.

Dah puas main2 & pusing2 kat park ni, on the way balik ke Vienna, boleh nampak banyak ladang anguur di kiri kana jalan. Teringin pulak nak tengok pokok anggur dekat2. Lagipun sekarang ni mmg musim anggur, kalau kat pasar anggur pun murah2, sekilo boleh dapat Eur 1 saja. Dan ada berbagai2 jenis anggur, kecik & besar, hijau & hitam.

Ternampak satu ladang kecil sebelah dengan jalan raya & tak berpagar. Terus park kereta sebelah ladang anggur tu. Dah tak banyak buah, yg ada pun dah macam yg tak cantek. Dah nak abis musim kot. Nanti bila winter, pokok anggur ni semua tinggal batang je la, kering kontang semuanya.

Yg sebenarnya aku tak pernah tengok pokok anggur secara dekat2 in real macam ni.. kira first time kali pertama la ni. Macam orang darat jugak sekejap.. Orang Austria tengok mesti pelik, apa kebenda la orang ni dok bergambo dengan pokok anggur.

Sempat la posing sekejap tepi jalan raya tu. Geram je tengok buah anggur tu, rasa nak makan kat situ jugak. Tapi orang punya kang sakit perut pulak..

Sebelum sampai rumah ternampak restoran McD. Budak2 mula la bising nak makan kat McD. Dah lama tak pi McD, sempat la pekena menu tetap & the only yg boleh dimakan... fish fillet, fries & chocolate sundae. Damia ni, feveret dia fries cecah sundae... pelik-pelik.. Dah kenyang semuanya baru laaa boleh balik....




1 comment:

elisataufik said...

eh tak pelik lah.. I pun suka makan fries cicah sundae... yums.

Masa I pegi florence pun jadi orang jakun suruh driver van berenti sebab nak amik gambar dengan anggur.. tee hee. Pedulik apa..bila lagi, dok?