Nuffnang

Thursday, October 9, 2008

Die Kinderfreunde Geburtstagsfest


Sebelum bercerita, baik aku terjemah dahulu makna title kat atas tu dulu. Direct translation would means "The Childs Friend Birthday Celebration". Ia sebenarnya karnival ulangtahun ke 100 organisasi "Die Kinderfreunde". Aku pun tak berapa clear apa function sebenar organisasi ni but its clearly related to children. But that's not important here, kami pun kebetulan semasa on the way ke majlis hari raya di Malaysian Residence ternampak karnival ni so decided to take a visit on last Sunday. It looks interesting and budak-budak ni tentu seronok kalau datang.

Di karnival ni yg dibuat di depan bangunan The Rathaus, banyak booth dan aktiviti yg berkaitan dengan kanak dari berbagai persatuan dan government bodies. Dan budak-budak boleh join dalam aktiviti tu dan dapat some goodies too. Faris sempat join melukis kat salah satu booth dan dapat a bag, some pencils and c0louring books.


Ada jugak booth yg adakan jenis permainan pusingan roda apa kenama mcm "roda impian" tu, then setiap stop gerenti dapat hadiah atau mainan. Itu antara yang buat budak2 ni cukup seronok datang sini.

Dan one of the most interesting booth ialah dari Lego. Kat sini depa built a new world record untuk binaan dari pada permainan Lego ni. A new World Record mengikut ketinggian binaan menara tu. Lupa dah aku berapa ketinggiannya tapi jumlah bloks Lego yg digunakan ialah 50,000 pieces!! Masa kami sampai depa tengah perlahan2 runtuhkan menara Lego tu part by part.

Salah satu acara penting untuk setiap karnival kat mana2, mesti ada acara nyanyi-nyanyian ni. Hari tu ada grup called "Wie 3" yg buat persembahan. A pop group of 3 teenager girls, dan lagu-lagu depa pun more to kanak-kanak punya melodi. Masa depa buat show, boleh dengar kanak2 sini menyanyi ikut sama2. Damia cukup suka tengok show ni, tanak bergerak dah, terpaksa la tarik baru nak ikut.

Di kawasan park pulak ada disediakan macam-macam games untuk kanak-kanak jugak but more to outdoor games. Ramai budak-budak yg participate games kat sini.

Dah puas masing-masing pusing keliling karnival ni, yg penting budak-budak ni puas hati baru la boleh balik. Kalau tidak terutamanya si Damia, selagi dia tak puas hati, selamba je dia melalak kat tengah-tengah orang ramai tu, tanak balik.


Sepanjang bulan puasa yang lepas, kami tak datang jalan-jalan ke city center ni, ada few karnival yg kami terlepas nak pergi macam DonauInsel Fest. Kalau pergi tengah2 puasa, nak berjalan & tengok orang2 makan minum... buat terliur je, baik tak pergi. Lain tahun kalau ada boleh pergi lagi...


No comments: