Nuffnang

Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya Pertama...

Seperti tahun-tahun lepas, pada pagi raya kami sekeluarga akan ke masjid untuk sembahyang sunat aidil fitri bersama2 umat Islam yang lain. Tak lengkap berhari raya kalau tak menunaikan sembahyang aidil fitri ni. Kalau disnii, dimasjidlah tempatnya untuk merasa suasana kemeriahan hari raya. Ramai orang berkumpul bermacam-macam bangsa, rupa, pakaian boleh dilihat. Memang meriah, sekurang2nya boleh terubat rindu suasana sambutan di Malaysia.

Kami pagi2 lebih kurang 7:45am keluar dari rumah menuju ke masjid. Sampai di masjid, tempat parking kereta pun terhad, melilau jugak sekejap cari tempat parking walaupun jauh sikit, terpaksa jalan kaki 10 min untuk ke masjid. Sampai di masjid dah lebih kurang 8:30am, jemaah yg hendak sembahyang sampai keluar masjid. Dan jemaah dah mula nak bangun untuk sembahyang. Tak sempat nak takbir sama2. Terus masuk saf, dan sembahyang sunat aidil fitri.


Di Islamic Center ni, sembahyang raya dibuat 3 kali atau sessi. Yang pertama pada pukul 7:30am, kedua pada 8:30am dan ketiga pada 9:30am. Terpaksa buat begitu sbb jemaah terlalu ramai. Setiap sessi mesti melimpah sampai keluar masjid, jemaah yg hendak sembahyang.

Lepas sembahyang, boleh lah berlegar-legar di kawasan masjid sekejap. Ada ala2 "funfair" sementara untuk budak2. Ada gerai buah-buahan & makanan ringan jugak. Sambil-sambil tu sempat cuci mata tengok gelagat bermacam2 orang disini. Kalau diMalaysia orang datang ke masjid semata-mata untuk sembahyang raya, tapi disini aku tengok, ada yg datang semata-mata untuk datang berkumpul, bukannya untuk sembahyang raya terutamanya tengok pada perempuan yg datang tak pakai tudung & pakaian ketat2. Ramai jugak yg macam tu pulak tu, kalau tak silap aku, tu orang2 keturunan Turki.


Sempat la Damia & Haziq naik kereta yg berpusing mcm merry-go-round tu dah si Damia tanak bergerak selagi tak boleh naik. Sempat jugak beli mangga dari Egypt dan buah delima. Mahal betul buah mangga kat sini, sekila Eur7.90. Mintak sekilo dpt 3 bijik je, tapi isik dia, maniss maaaa... sedappp.

Dan kat masjid ni jugak ramai orang main mercum, berdentum-dentam, kuat betul. Aku tengok2 kat area masjid kalau ada orang yg jual, tak nampak pulak. Mana dapat mercun entah. Bukan budak2 je yg main... bapakkk budak pun sama.


Dah puas kat masjid, barulah bergerak balik kerumah. Pagi tadi sempat jamah sikit je makanan, so kena la balik breakfast yg sempurna dulu. Budak2 pun dah lapar. Petang nanti ada open house kat rumah abg Shimi & kak Imah pulak... dengarnya ada nasi briani... yum yummmm...


Kat rumah kami, pagi raya, juadah nya biasa je la... cuma nasik himpit & lemang tak berbuluh, dengan kuah kacang & rendang daging. Tu pun dah sedapp dahh.. dah bertambah2 budak2 ni makan. Bukan selalu dapat makan lemang nii..

Sebelum acara makan sempat la berposing dulu dengan baju raya tajaan kak Ani & mak di Terengganu.. terima kasih daun keladiii... nasib baik ada baju raya baru tahun ni untuk budak2 ni, dah 3 tahun asik baju sama je. Ye lah kat sini tak kisah pakai baju sama, kalau kat Msia tiap2 tahun kena tukarr... hehe


Dah abis posing raya.. tiba time makan betul2 kena bukak le baju raya, kalau tidak habis la comot!

Ok.. selamat beraya untuk semua, kalau makan jangan tak ingat dunia, main sumbat je sepenuhnya, kang nak bernapas pun susah dibuatnya... ciao!

1 comment:

elisataufik said...

eh samalah theme kita tahun ni.. :)
doh bakper pok dia dok paka warna butir sta ghetek?