Nuffnang

Thursday, October 30, 2008

Salzburg, St Gilgen & Wels pt. 1

Salzburg.. 4th largest city in Austria. Bandar Salzburg ni terkenal dengan historical buildingnya yg preserved dengan masih cantik lagi. Salzburg juga listed sebagai UNESCO World Heritage Site. Dan yg paling popular di kalangan pelancong ialah Salzburg ni ialah bandar tempat lahir pemuzik terkenal Mozart & juga tempat penggambaran filem musical klasik "Sound of Music"!! Banyak landmark sekitar bandar Salzburg yg digunakan sebagai lokasi penggambaran filem ni.
Note: pic atas tu cedok from the net.
Weekend lepas kami sekeluarga jalan-jalan carik angin ke Salzburg pulak sama2 dengan family abg Mus & kak Siti. Jarak perjalanan dari Vienna ke Salzburg ni lebih kurang 300km or 3 jam lebih. Tak jauh sgt, boleh buat day travel tak perlu overnight kalau larat. Tapi kami semua tidur satu malam di bandar Salzburg.

Bandar Salzburg ni, terkenal sebagai tempat pelancongan jadi kos hotel disini pun agak mahal jugak. Hotel biasa yg kami sewa untuk satu malam cost us Eur 129! Mahai gila tuu.. hotel buruk jek. Nasib baik include breakfast. Boleh la belasah breakfast kenyang2.. haha


So Sabtu lepas, sampai di Salzburg pun dah petang dlm pukul 3 pm sbb bertolak lewat sikit disebabkan masalah "teknikal" sikit. Dah settle check in hotel & lunch, barulah boleh jalan-jalan carik angin sekitar bandar Salzburg. Jarak hotel ke pusat bandar cuma 10 min walk. Lokasi mmg dah cantek dan ada restoran Pakistan disebelah & masjid Turkei diseberang jalan je. Tapi makanan di restoran Pakistan tu mahal jugak, nasi briani lamb berharga Eur 11.90!! Tapi disebabkan nak rasa briani kedai, beli la jugak sebungkus buat cuci mulut.. hehe.. kat Vienna susah nak carik briani. Jauh beza kalau nak compare harga kat Dallas yg mana briani lamb cuma USD 4.99 je!! Tapi briani sini sedappp maaa.... menjilat bekas tapau jugak le.. haha.

Salah satu kemestian untuk beli atau rasa kalau datang Austria atau Salzburg ni ialah coklat nya dengan nama speselnya Mozart Kugeln (Mozart Ball... bentuk bola ye bukan Mozart punya "balls"..hehe). Di Vienna pun ada dijual benda ni tapi yang menariknya di Salzburg ada spesis yg original Kugeln pulak dahh. Kalau dalam pic atas tu, Kugeln merah tu kira spesis komersial, tapi dlm pic bawah colour silver+biru tu spesis yg asal or original (at least that what was claimed by the shop!)


Kalau perhati pic atas tu siap ada web link "original-mozartkugeln.com" tuu.. so kira kena percaya la yg ni the original or the first Kugeln ever introduced. Yang merah tu ciplak la kiranya... hentam saja lah. Tapi yang pasti rasanya takde lah sesedap mana. Biasa je, sedap lagi coklat Lindts!


Satu lagi benda yg menarik yang kami nampak semasa di Salzburg, ialah kedai jual "telur ajaib" ni. Satu kedai penuh dengan telur berbagai rupa atau ukiran atau lukisan. Memang mengkagumkan, cantek betul telur2 tu semua. Rasa aku bukan telur betul tapi telur plastik. Kalau telur betul, jadik telur tembelang atau telur asin la pulak nanti dok simpan lama2. Sayang pulak tak tergerak hati nak masuk tanya harga telur2 tu. Kalau tak, boleh buat bisnes ni. Ni the only product yg menarik & special yg kami jumpa kat Salzburg ni. Memang kalau buat hantaran kahwin atau bunga telur, mesti menarik! Lain kali kalau pergi boleh usya dengan tokei kedai untuk ekspot ke Msia.. ;-)


Dan kalau datang ke bandar Salzburg ni satu benda yg tak boleh miss ialah tengok bangunan tempat lahir pemuzik Mozart. Bangunan ni terletak tengah2 bandar Salzburg ni. Siap ada sign besar lagi tengah2 bangunan tu tulis Mozart's Geburtshaus (Mozart's Birth house). Kami takda la nak masuk sampai dalam, tengok dari luar je dah lah. Bukannya peminat Mozart pun nak tengok detail2. Tapi ramai la orang duk tercangak2 bergambar depan bangunan tu.



Jalan punya jalan ternampak pulak kereta cung Audi RS8! Waduhh cantiknyaa... bila la boleh pakai kereta ni.. dalam mimpi je la gamaknya.

Attraction lain dia Salzburg ni ialah Fortress HohenSalzburg... nuun kat atas bukit sana tu.


Dah letih pusing2 separuh bandar Salzburg, hari pun dah gelap. Sempat beli kebab halal on the way balik ke hotel. Tapi harga kebab masih sama macam Vienna. Boleh tahan judak sedappnya. Dah letih & lapar semua jadik sedap!

Esok paginya lepas breakfast (belasah kenyang2 nak cover harga hotel mahal..hehe), sempat satu round lagi jalan2 ke bandar Salzburg. Kali ni menuju ke Mirabell Palace pulak. Mirabell Palace ni terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran filem "Sound of Music". Boleh tahan la canteknya kawasan tu walau tak secantik Schonbrunn Palace di Vienna.



Ramai jugak pelancong disini. Ada dua fountain di kawasan Maribell palace ni yg juga boleh dilihat dalam filem "Sound of Music". Kalau tak disebabkan "Sound of Music" ni, takda la special sangat tempat ni. Biasa je la.

Dah puas keliling bandar Salzburg & beli souviner sikit sorang baru la boleh balik ke kereta semula yg kami masih park di hotel. Abg Mus & kak Siti sekeluarga continue jalan-jalan carik angin ke Munich pulak, tapi kami sekeluarga pergi ke Wels untuk open house raya kawan disana. On the way ke Wels, sempat lalu menikmati pemandangan cantek gunung-ganang & tasik di sekitar St Gilgen. Pemandangan yang memukau & mengasyikkan!!! nanti sambung....




Tuesday, October 28, 2008

Korang tahu tak?... Income tax

Di Europe income tax boleh reached up to 71% from your hard-earned money!!! Memang kalau kerja di Europe, yang tak best nya bila bab tengok pay slip, almost half atau more than half (in some countries) of your income goes to the tax. Nak menangih pong ada... apa nak buek, semuo orang keno.

Kalau di Austria ni average deduction for tax ~ 40%. Tapi in return you received free education, health care, pension, child allowances etc from the government. Tapi still bagi aku tak berbaloi dgn amount yg kena tax'd every month... isttt tak lama la duk sini jawabnya....


Monday, October 27, 2008

Thursday, October 23, 2008

Prater Amusement Park

Salah satu tarikan di Vienna ni ialah Prater Amusement Park. Tak jauh dari city center, kalau nak datang sini boleh naik subway atau juga tram. Macam kami senang naik subway U1 dari stesen Reumanplatz berdekatan apartment kami terus ke stesen Praterstern. Tak jauh, cuma ambik masa dlm 20 min je.

Prater amusement park ni open all year round untuk most of the rides, untuk semua golongan pengunjung. Ada rides untuk orang dewasa & kanak-kanak. Apa yg paling menarik, takda entrance fee. So kalau nak naik rides baru bayar. Biasanya satu ride dlm Eur1.50 - Eur 4.00. Sini juga ada byk restaurants & stall untuk makan2.

Budak2 ni kalau datang sini memang cukup suka. Ye la macam2 jenis permainan ada. Aku je yg tak brapa seronok.. ye laaa... kena keluar duit maaa... hehe.

Sini juga ada satu ferris wheel... yg ala2 London's Eye atau yg kat KL baru buat tu. Tapi yg kat sini pesen lama punya. Maybe sebab status dia sebagai one of the oldest amusement park in Europe! Kalau tak salah ferris wheel kat sini mula dibukak pada 1896!! Kalau time summer memang pack dengan bermacam-macam orang.

Ramai orang suggest untuk naik ferris wheel bila time sunset & boleh view bandar Vienna. Kami pun belum pernah naik ferris wheel ni. Maybe next time la.. banyak masa lagi.

Setakat ni dah 2 kali kami datang sini, dan ride yg paling best & fun tak lain tak bukan, bumper car!! Ye la sebab semua boleh naik. Kalau yg jenis lain biasanya Damia tak lepas. Kalau roller coaster pulak Haziq pun tak lepas. Petang tu 2 round jugak la budak2 ni pekena bumper car. Tu pun tak puas lagi.


Masing semua nak merasa bawak bumper car ni sekali sorang, termasuk la Damia pun. Kalau tak bagi karang mengamuk.


Tapi macam biasa, bila time nak balik semua buat muka tak puas hati. Tak puas lagi main, nak naik rides lagi. Adoiii... koyakkkk pokett!!!

p/s: Sesapa yg tinggal di Vienna & tak pernah datang ke Prater Amusement Park ni kira tak sah la duk sini...;-))


Tuesday, October 21, 2008

Jom pi sekolah...


Suatu pagi di hari sekolah.. Faris & Haziq tunggu tram untuk ke sekolah. Just one station... in fact kalau jalan kaki will take around 10 mins je dari rumah ke sekolah. Tapi disebabkan kemalasan aku di pagi2 nak jalan kaki.. naik jugak la tram ni.
Arghhh tadak idea nak tulis... tu saja lah..

Sunday, October 19, 2008

Ladang Anggur @ Baden

Sekali lagi Ahad lepas kami pergi ke Baden. Dah takda idea nak pi mana, budak2 pulak sibuk ajak pergi park, masuk kereta teringat pasal park kat Baden, terus tuju ke sana. Park kat Baden ni bersih & ramai orang2 tua bersiar2 disini. Maybe ada rumah orang2 tua dekat2 situ kot. Kali ni malas nak cerita pasal park ni, sebelum ni pernah tulis dah kan.

Dah puas main2 & pusing2 kat park ni, on the way balik ke Vienna, boleh nampak banyak ladang anguur di kiri kana jalan. Teringin pulak nak tengok pokok anggur dekat2. Lagipun sekarang ni mmg musim anggur, kalau kat pasar anggur pun murah2, sekilo boleh dapat Eur 1 saja. Dan ada berbagai2 jenis anggur, kecik & besar, hijau & hitam.

Ternampak satu ladang kecil sebelah dengan jalan raya & tak berpagar. Terus park kereta sebelah ladang anggur tu. Dah tak banyak buah, yg ada pun dah macam yg tak cantek. Dah nak abis musim kot. Nanti bila winter, pokok anggur ni semua tinggal batang je la, kering kontang semuanya.

Yg sebenarnya aku tak pernah tengok pokok anggur secara dekat2 in real macam ni.. kira first time kali pertama la ni. Macam orang darat jugak sekejap.. Orang Austria tengok mesti pelik, apa kebenda la orang ni dok bergambo dengan pokok anggur.

Sempat la posing sekejap tepi jalan raya tu. Geram je tengok buah anggur tu, rasa nak makan kat situ jugak. Tapi orang punya kang sakit perut pulak..

Sebelum sampai rumah ternampak restoran McD. Budak2 mula la bising nak makan kat McD. Dah lama tak pi McD, sempat la pekena menu tetap & the only yg boleh dimakan... fish fillet, fries & chocolate sundae. Damia ni, feveret dia fries cecah sundae... pelik-pelik.. Dah kenyang semuanya baru laaa boleh balik....




Saturday, October 18, 2008

Metallica!!

Metallica akan datang ke Vienna next year, May 14!!!! Akhirnya peluang depan mata untuk tengok my most favorite band performing live!!! Live tuu!!! One of my dream list to be in Metallica's concert!!! Start dengar lagu-lagu Metallica sejak 1987 lagi! Sampai la ni masih layan.... tapiii.... tak tua ke aku nak pi concert2 ni (takpa hati mudaaaa....hehe)? Dan dah lama tak jejak kaki dalam aktiviti konsert-mengonsert ni..... tapiiii apa-apa pun yg pasti tak jadik le potong rambut sehingga May 2009!!!!

Thursday, October 16, 2008

Korang tahu tak?... Parental Leave

UPDATE!!! Cerita-ceritut dibawah adalah bahan bacaan semata-mata, tak ada kena mengena dengan family planning tukang cerita & keluarganya..kwang! kwang! kwang!!

Korang tahu tak di Sweden, if wife gave birth, parental leave allocated for parents are 16 months!! 16 months of paid leave at 80% of pay for the first 13 mths, the rest at flat rate!!! Lama tuuuuu..... The father must take minimum 2 months from the allocated leave. Parental leave ni boleh diambil sekaligus atau in batches sehingga anak tu umur 8 tahun!!

Di Austria cuma 16 weeks (8 weeks before due date & 8 weeks after) at 100% of pay tapi ni maternity leave not parental leave. Parental leave di Austria boleh diambil up to 2 years from the child's birth. Samada full time unpaid parental leave atau reduced working hour. Kalau full time parental leave, government will provide monthly allowance.


According to study of Parental Leave Policies in 21 Rich Countries by CEPR (Center for Economic and Policy Research), Sweden is one of the six countries that identified as providing best Parental leave policy in terms of generosity & gender equality. What is more interesting, 3 of the countries are the Scandinavian... Finland, Sweden & Norway. Other 3 are France, Spain & Greece.

Jadi konklusi cerita kali ni, kalau nak buat anak pergi la ke negara2 kat atas tu... ;-))

p/s 1: FTE=Full Time Equivalent
p/s 2: bila la policy di Msia boleh improve?? 60 days je!

Wednesday, October 15, 2008

Nak makan rambutan??

Haa tu diaa... Eur 9 sekilo! Jangan la dibuatnya anak tekak terasa nak makan rambutan kat sini. Mahal gila babas alagappas.. kecut-kecut pulak tu. Tak memberahikan langsung bila tengok.

Sunday, October 12, 2008

Stockholm Revisited..

Stockholm revisted again!! I was in Stockholm for 4 days last week. My second visit for this year. This time I managed to meet my new line manager and few other new team mates which had join our team since early this year.

Actually, the main purpose of this visit is to attend the team workshop that was held somewhere north of Stockholm, in a place called Haga Slott. http://www.hagaslott.se/ .

At least once or twice a year, I need to visit the office in Stockholm or more precisely, Kista. Aku ni part of Sweden office's headcount, but sitting in Vienna. All my team mates are in Sweden and also line manager. Kadang2 tu leceh jugak, work structure macam ni, kena report both to manager's in Austria and Sweden. Tu belum campur lagi dengan daily work dengan customers di Finland & UK. Sakit pala otak keje sini..

Talk about Kista, it is an IT city, some people called it Silicon Valley of Sweden, and located still in Stockholm. Most of the IT company have their office in Kista. Alaa.. macam Cyberjaya la gitu. But most of the buildings here are conquered by Ericsson. You can see Ericsson's building everywhere in Kista.. banyak betull. Almaklum lah.. kampung dia la katakan. Lagipun, the fact that Ericsson is the biggest telecommunication infrastructure company in the world and Sweden is where Ericsson's birth place, so no wonder lah kan.

OK... back to the workshop or team building. Kalau tak silap dlm 20-30 orang je kut yg ikut kali ni. We share cars, driving from the office to Haga Slott. Its just around 1 hour drive to north of Stockholm. Haga Slott ni sebenarnya hotel & location dia a bit in country side, quite peaceful. Whole morning, filled with conference and discussion, borringg.. ngantukk jangan cerita laa..

Aktiviti after lunch baru menarik sikit. Ada outdoor activity, senaman ringan & acara menembak guna pistol separa mainan ni. Senapang tu memang nampak macam real, made from wood & steel. Beratnya pun macam real senapang jugak. Cuma takda peluru, its just a laser gun. Tembak piring yg dilepaskan terbang, then kalau kena points will be automatically showed at the display. Cuma bunyi & feel masa tembak tu tak real laa.. Tapi it really was a fun & interesting game!
Malam pulak ada dinner kat hotel tu jugak. Part ni yg leceh ni.. sbb its kinda formal dinner. Masa tunggu untuk dinner & sembang2, ada di serve kan champagne.. aduss bosan betul. Semua pakat minum, sampai kat aku.. "water please"... hehe.

Rupa-rupanya colleague pompuan semua dress-up canggih-canggih. Aku & 2-3 orang lagi cuma pakai t-shirt berkolar je. Mana la tau formal dinner macam ni. Ahh tak penting semua tuu.. Bila part makan pulak, aku dah awal2 sound coordinator, yg aku prefer vegetarian food. So malam tu jadilah vegeratian sekejap. Others punya meal ada ayam etc la.. aku punya cuma ntah apa bentuk macam burger tapi made from vege lah. Boleh tahan jugak lah rasa dia... hentam saja, janji kenyang.
Lepas dinner sempat sembang2 sekejap dengan colleague yang asal dari Singapore. Geng2 yang lain masih kat dinner room, apa lagi kalau tak minum-minum. Semasa breakfast esok pagi baru tahu, yg mereka semua minum sampai pukul 3 pagi, itupun terpaksa stop sebab restauran nak tutup. Itu yg tak bestnya kalau dengan orang putih ni, kalau ada event apa2, kalau tak mabuk tak sah! Pagi tu aku yg jadik mangsa drive kereta balik ke ofis. Mana taknya, 3 orang lagi semua pening2 lalat lagi. Kalau drive & kena tahan dengan polis, memang tak lepas breath test punya. Siott je!
Tapi hotel Haga Slott ni memang cantik, aku rasa its an old castle atau rumah orang-2 kaya dulu-dulu, dengan pokok-pokok yg daunnya mostly dah kekuningan & luruh, fresh & clean air, quiet & peaceful...