Nuffnang

Monday, September 29, 2008

Tengok Anak Bulan...

Hari ni betul2 tadak mood nak kerja. Kat ofis takda orang, ntah mana perginya cuma tinggal 3 orang je. Macam diorang ni semua balik kampung beraya jugak. Laagi la buat aku tadak mood nak kerja. Sejam dua lagi, kalau tadak keje sgt cabut balik rumah je la.

Hari ni, hari ke 29 puasa, hari tengok anak bulan. Kalau masa budak2 dulu, pada hari tengok anak bulan ni, lepas bukak puasa cukup berdebar-debar tunggu pengumuman hari raya. Tambah pulak tengok muka yang tukang umum tu yg serius je, senyum tak masam tak, dari dulu sampai la ni macam tu je.

Kalau masa zaman budak-budak dulu, lepas pengumuman raya, semuanya pakat sibuk. Yg budak2 dengan bunga api & lilin yg dipasang keliling rumah sampai atas pokok pun ada. Kadang2 lepas isyak ikut kawan2 berarak sambil takbir dengan bawak pelita tempurung. Pelita tempurung ni sebenarnya lilin yg dinyala dlm tempurung then lubang pada belakang tempurung tu dicucuk kayu. Jadinya ala2 lampu suluh gitu. Seronok zaman dulu-dulu. Sekarang ni tadak orang dah buat mcm tu kot.

Lepas pengumuman raya jugak biasannya mak & kakak2 semua pakat sibuk siapkan bahan untuk juadah pagi raya, bungkus tapei aka tapai pulut, masukkan kueh raya dalam bekas kueh..... dan biasanya malam raya jugak aku suka tolong tukar sarung kusyen. Semangat nak raya tu buat semua jadi cergas & rajin... Tapi la ni mana ada kena tukar2 sarung kusyen lagi dah.. semuanya jenis sofa.

Lagi satu atau dua jam, orang Msia akan tau dulu tarikh hari raya.... disini lagi 7 jam. Cuma kat sini pengumuman dibuat di masjid & jemaah akan sebarkan pada sesiapa yg tak hadir. Dan bila dah tahu tarikh raya, bab nak telefon ke kampung untuk ucap selamat hari raya dekat mak & adik beradik tu yg cukup sadis tuu.... adoiii...

Selamat tunggu pengumuman hari raya....


No comments: