Nuffnang

Sunday, September 14, 2008

Satay Xinjiang...


Hari ni terasa nak makan satay pulak untuk berbuka puasa. Kebetulan ada daging kalb (anak lembu) dlm peti ais. Apa lagi, kerjakan apa yg patut untuk rempah yang kemudian peramkan daging tadi selama 2-3jam sebelum bakar. Bila bakar baunya memang menyucuk hidung sedapnya, terutama bau jintan manis tu..

Bila sebut pasal satay ni, aku teringat satay Xinjiang masa kerja kat Zhengzhou, China. Kat sana ramai muslim dari Xinjiang. Semasa kat sana, disebelah masjid ada satu restoran org Xinjiang. Kalau pergi sembahyang Jumaat, mmg akan singgah makan tghari kat situ. Menu utama ialah satay kambingnya & mee tomato nya. Sataynya sikit lain, takda kuah. Cuma daging tu direndam dlm rempah dulu then semasa bakar diletak crushed pepper. Lepas tu ketul2 dagingnya agak besar kalau compare dgn kita punya satay. Satay ni boleh makan mcm tu saja dan takda kuah tapi biasanya aku makan dgn mee tomato. Yg bestnya mee ni dibuat kat situ jugak then masuk periuk untuk rebus. Bila masak, diletak kuah tomato dengan cili paprika dan daun ketumbar. Memang sedap betul tambah lagi bila dimakan panas2. Mee ni kuahnya mmg tak pedas langsung sbb tu kena makan dgn satay ni untuk tambah 'kick' lagi.


Aku cuba cari gambar2 makanan ni dlm internet tapi jumpa yg ni saja. Ishh sedappnya bila teringat semula.
Tapi satay yg kami buat ari ni satay melayu je la.. belum reti nak buat satay Xinjiang ni. Bila la lagi nak merasa semula...

No comments: