Nuffnang

Sunday, September 21, 2008

Kueh Raya pt 3

Macam biasa, semenjak bulan puasa ni, aktiviti hari Ahad ialah buat kueh raya. Hari ni kami buat biskut samprit pulak. Tak susah sangat dan yg best biskut ni, bau dia tu.. mengancam ketenteraman perut betul! Dah siap buat, rupanya si Damia suka betul dgn biskut ni. Dia la yg dok angkut lepas satu-satu. Haziq pulak paling tak minat apa2 jenis biskut raya setakat ni. Faris pulak minat yg cornflakes & biskut yg putih2. So kalau biskut yg kaler coklat dia tak suka. Macam2 kerenah, masing-masing.

Dah siap buat dapat le 2 balang. Tapi buat biskut ni, letih nak menerap guna apa ke nama ntah mesin "pret-pret" tu. Lenguh tangan dibuatnya. Dan biskut samprit kami pun ada berbagai bentuk. Sebabnya atas permintaan budak2 ni, sorang nak bentuk macam ni, yg sorang nak bentuk lain pulak. Takpa, janji sedap dimakan.


Hari ni cuaca di Vienna, hujan2 renyai2 campur pulak dengan cuaca agak sejuk kat luar, malas je nak pegi mana2. Macam ni la kalau dah start musim fall kat sini, dengan hujan & sejuk...aduss! Duk kat rumah pulak, mula la dok berangan nak makan or masak apa untuk berbuka hari ni or esok lusa. Ada satu lagi weekend sebelum raya puasa, biskut apa lagi nak buat ye untuk hari raya???

1 comment:

elisataufik said...

"mesin pret pret" tu, nama dia "samprit" lah.. sebab tu kuih tu nama dia kuih samprit.. *lol* Javanese kot.