Nuffnang

Sunday, September 14, 2008

Kueh Raya pt 2

Weekend ni kami berjaya lagi buat 3 jenis kueh raya. Memang menjadi la raya tahun ni gamaknya.. hehe. Dengan baju raya Faris, Haziq & Damia yg dikirim kak Ani pun sudah sampai. Dapatla budak2 ni pakai baju melayu & kurung baru pada raya nanti.


Hari Sabtu kami buat biskut coklat badam. Boleh la tahan rasanya, lembut sangat biskut ni bila dah masak. Tapi bila dah masak semua, tak cukup pun sebalang.

Hari Ahad, sempat buat 2 jenis biskut. Satunya biskut dahlia, tapi disebabkan kami takda acuan selain bentuk love untuk terap, jadi biskut dahlia pun dah takda rupa dahlia. Bentuk love la jugak mcm biskut coklat badam semalam.



Lepas tu sempat buat biskut yg paling senang, biskut coklat almond. Paling senang, sbb cuma perlu cairkan coklat, gaul dgn almond then masukkan dlm paper cup pastu sejukkan. Siap!!

No comments: