Nuffnang

Monday, September 8, 2008

Kueh raya pt 1..

Dalam sedar tak sedar, dah seminggu berpuasa. Setakat ni alhamdulillah, kami sekeluarga dpt beribadah puasa dengan sempurna mungkin. Tapi bulan puasa ni, tak lengkap kalau takda aktiviti buat kueh raya. Tahun lepas, kami sekeluarga beraya tanpa seketul kueh raya pun..nasib baik ada jemputan dari embassy untuk beraya. Dapat la merasa makan kueh raya. Last year, semasa bulan puasa kami masih lagi tinggal di hotel apartment, dan kami pindah ke permanent apartment sekarang semasa minggu terakhir puasa. Mana la nak sempat buat kueh raya.

Tapi tahun ni azam baru sikit. Semalam dengan penuh semangat nak raya & dengan jayanya buat 2 jenis kueh, biskut Cornflake & Sarang Semut. Walaupun bahan2 tak cukup, sanggup drive pi ke supermarket di airport untuk beli bahan2nya. Maklum la, hari Ahad di Vienna semua kedai tutup kecuali di airport & satu lagi di Pratersten. Petang tu jugak, dengan bersungguh2 buat kueh conrflakes ni yg bersalut madu & almond. Bila dah masak, rupa mmg cantek.. dan bila makan (lepas berbuka laa..) waduh2 sedappnyaaa..Biskut cornflake ni memang menjadi dan sedap pong. Budak2 ni pun suka makan biskut cornflakes ni terutamanya si Faris.



Lepas isyak/tarawikh, start pulak buat kueh sarang semut. Budak2 ni pun menyibuk nak scoopkan bahan ke dalam paper cup tu. Sebelum dan bila dah masak nampak memang cantek. Rasa pun sedap dah.. cuma kueh tu berderaii. Tak jadik seketul mcm sebelum ni. Spoil sunggoh! Kueh sarang semut ni pun feveret si Faris. Tak boleh jadi, nak kena try lagi sekali sebelum raya buat kueh ni. Mungkin salah guna tepung kot. Aduss... nak buat biskut sarang semut jadik biskut sarang anai-anai la pulak... kwang3



No comments: