Nuffnang

Monday, September 15, 2008

Faris's Project Week

UPDATE! Faris dah selamat balik dari trip dia. Dari cerita dia, cukup seronok, macam2 aktiviti dibuat and berbagai tempat dia pergi, dari tempat sejarah kat bandar Mariazell hinggalah naik kereta kabel ke gunung. Dan kat gunung boleh pulak main snow. Kebetulan last week snow baru dah start turun di kawasan2 tinggi di Austria ni termasuklah di Mariazell. Cikgu kelasnya cakap Faris cukup seronok dpt main sliding kat snow.



Hari ni Faris dan kawan-kawan sekelas nya termasuk 2 orang cikgu kelas pergi ke Mariazell selama 5 hari. Tak tahulah macamana Faris kat sana nanti, harap2 semuanya ok selama dia di Mariazell. Sebelum hari ni Faris tak pernah away daripada kami more than a day. Tapi hari ni terpaksa tidor sendiri (biasanya tidor dgn Haziq), bangun dan siapkan diri sendiri (biasa aku yg kejutkan, siapkan baju seluar dia), makan sendiri. Tapi hari semuanya kena uruskan sendiri selama 5 hari. Haziq mesti terasa Faris takda, kalau dirumah dengan Faris la Haziq bermain apa2.


Disebabkan project week ni compulsary untuk semua murid, terpaksa la Faris pergi. Di sekolah disini, setiap murid mesti pergi project week ni samada end of Gred 3 atau beginning or Gred 4. Mariazell ni pula terletak dlm 2 jam drive to the west of Vienna.

Dlm website ni boleh tengok tempat yg Faris pergi sekarang ni.. http://www.bslh-mariazell.at/

Harap semuanya ok bagi Faris selama dia di sana...lama la pulak terasa nak tunggu hari Jumaat..

No comments: