Nuffnang

Sunday, September 28, 2008

Eid Mubarak ~ Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Nampaknya minggu ni semua orang sibuk balik kampung, kawan2 semua dah start balik kampung, adik beradik pun balik kampung. Ya, hari raya cuma paling meriah kalau disambut di kampung sama2 ibubapa & adik beradik. Apa kellass beraya di bandar?? Apa ada? Suasana beraya di bandar tak boleh lawan suasana beraya dikampung. Pagi2 pergi ke surau atau masjid untuk sembahyang raya. Dalam perjalanan, di sapa oleh jiran2 yg semuanya dikenali dan berucap selamat hari raya & saling bermaafan. 

Suasani tu susah nak dirasai kalau di bandar.. dannn lebih-lebih lagi kalau dinegara orang macam kami disini. Jiran2 semua bukan Islam, untuk ke masjid kena berkereta, di masjid pulak susah nak jumpa orang yg kita kenal. Tapi suasana hari raya tetap terasa sedikit sebanyak. Biasanya selepas sembahyang & khutbah raya, semua jemaah bersalaman & berucap selamat Eid Mubarak, dan ada yg berpelukan walaupun tak kenal antara satu sama lain. 

Harap tahun ni kami sekeluarga dapatlah lagi bersembahyang sunat Eid di masjid seperti tahun lepas. Aku lebih prefer untuk bersembahyang di masjid sebab suasananya lebih meriah & lebih ramai orang walaupun dekat dengan apartment kami ada satu masjid kecik (saiz surau kalau di Msia). Masjid kecik dkt tempat kami ni, bila time Jumaat pun penuh bersempit-sempit, kalau hari raya, lagi la bersesak-sesak. 

Hari ni sempat la buat 2 jenisa kueh raya lagi. Biskut semperit & conrnflakes honey terpaksa buat sekali lagi.  Semperit yg kami buat last weekend dah abis tinggal serdak je, hari2 diangkut mostly  oleh Damia & Faris. Biskut cornflakes pun tinggal setengah, Haziq baru tau sedapnya biskut ni, sebelum ni dia bukan main lagi tanak rasa. Sekali rasa, baru dia tau.

Hari ni jugak, datang mood nak buat kek pulak. Apa ke nama kek marble kalau tak silap. Tu ada dalam oven lagi, belum masak lagi. Harap2 menjadi le kali ni. Pernah dulu sekali try masa raya tahun 2006, hampeh... kerahh kettung. hehe.


Tadi telefon mak kat kampung, semua adik beradik dah berkumpul di kampung. Syahdu la pulak rasanya terkenang kemeriahan suasana dikampung sekarang ni. Rasa nak terbangg tangg tu jugakk balik kampung. Tambah pulak mak bagitau hari ni berbuka puasa lauk kari ikan Yu!!! Aduss peberett aku tuu... terasa-rasa kat tekak, kesedapan isik ikan yu dengan tulang2 ikan yu yg putih, kena pulak dpt beli siripnya sekali...fuhh!! 

Walauapa pun Selamat Eid Mubarak ~ Hari Raya Aidil Fitri untuk semua, maaf zahir batin jika ada salah silap.

No comments: