Nuffnang

Friday, September 5, 2008

Back to school... 2008/2009

1hb September 2008 bermula lah penggal baru sekolah disini untuk sessi 2008/2009. Dan bermulalah Haziq bersekolah di sekolah rendah dlm gred 1. Macam biasa Haziq excited, happy & nampak tak sabar2 nak pergi sekolah baru dgn Faris.

Faris sekarang ni dalam kelas 4B, Haziq pulak dalam kelas 1A. Haziq terpaksa belajar dlm kelas German class, atau German as first language & English as 2nd language sebab kelas English as first language dah penuh. Manakala Faris pulak belajar dlm English class.

Kat sekolah ni setiap gred cuma ada 2 kelas je cth: 1A & 1B, 2A & 2B..... until 4A & 4B. Selepas gred 4, akan sambung ke secondary school. Dalam gred 4 ni nanti akan ada exam yg akan sedikit sebanyak menentukan sekolah mana lepas ni.

Dalam kelas Haziq ada beberapa org muslim jugak, kalau dari rupa, rasanya org Turkei. Ada org Filipin sorang & jugak India sorang.. the rest ntahle.. kulit putih tak reti nak beza samada Austrian atau ex-Yugoslav. Di Vienna ni komuniti dari ex-Yugoslav (Serbia, Bosnia, Croatia) memang ramai. Rupa depa mcm Austrian la jugak cuma pemakaian ada sikit lain terutama yg muda2 ni.
First day kat sekolah, Haziq ok je... tapi second day, lepas hantar, dahh mcm sebakk je..haha.. tapi tak nangis.. kejap je. Ngintai dari luar pintu, ok je. Tapi dia ada komplen, dia cuba bercakap dgn kawan2 guna english, tapi kawan2 tak pahamm..adusss.. kena la cepat2 belajar german kalau gitu. Dia pun faham dah sikit2 german ni sbb semasa di kindergarten, cikgu dia mostly cakap german.
Harap semuanya lancar untuk Haziq di sekolah dan dpt belajar dgn baik.

No comments: