Nuffnang

Monday, September 29, 2008

1 Syawal 1429


Hari Raya disini jatuh pada esok hari, Sept 30. Selamat bergembira untuk semua di hari raya.. Salam Eid Mubarak & Aidil fitri untuk semua.



Tengok Anak Bulan...

Hari ni betul2 tadak mood nak kerja. Kat ofis takda orang, ntah mana perginya cuma tinggal 3 orang je. Macam diorang ni semua balik kampung beraya jugak. Laagi la buat aku tadak mood nak kerja. Sejam dua lagi, kalau tadak keje sgt cabut balik rumah je la.

Hari ni, hari ke 29 puasa, hari tengok anak bulan. Kalau masa budak2 dulu, pada hari tengok anak bulan ni, lepas bukak puasa cukup berdebar-debar tunggu pengumuman hari raya. Tambah pulak tengok muka yang tukang umum tu yg serius je, senyum tak masam tak, dari dulu sampai la ni macam tu je.

Kalau masa zaman budak-budak dulu, lepas pengumuman raya, semuanya pakat sibuk. Yg budak2 dengan bunga api & lilin yg dipasang keliling rumah sampai atas pokok pun ada. Kadang2 lepas isyak ikut kawan2 berarak sambil takbir dengan bawak pelita tempurung. Pelita tempurung ni sebenarnya lilin yg dinyala dlm tempurung then lubang pada belakang tempurung tu dicucuk kayu. Jadinya ala2 lampu suluh gitu. Seronok zaman dulu-dulu. Sekarang ni tadak orang dah buat mcm tu kot.

Lepas pengumuman raya jugak biasannya mak & kakak2 semua pakat sibuk siapkan bahan untuk juadah pagi raya, bungkus tapei aka tapai pulut, masukkan kueh raya dalam bekas kueh..... dan biasanya malam raya jugak aku suka tolong tukar sarung kusyen. Semangat nak raya tu buat semua jadi cergas & rajin... Tapi la ni mana ada kena tukar2 sarung kusyen lagi dah.. semuanya jenis sofa.

Lagi satu atau dua jam, orang Msia akan tau dulu tarikh hari raya.... disini lagi 7 jam. Cuma kat sini pengumuman dibuat di masjid & jemaah akan sebarkan pada sesiapa yg tak hadir. Dan bila dah tahu tarikh raya, bab nak telefon ke kampung untuk ucap selamat hari raya dekat mak & adik beradik tu yg cukup sadis tuu.... adoiii...

Selamat tunggu pengumuman hari raya....


Sunday, September 28, 2008

Eid Mubarak ~ Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Nampaknya minggu ni semua orang sibuk balik kampung, kawan2 semua dah start balik kampung, adik beradik pun balik kampung. Ya, hari raya cuma paling meriah kalau disambut di kampung sama2 ibubapa & adik beradik. Apa kellass beraya di bandar?? Apa ada? Suasana beraya di bandar tak boleh lawan suasana beraya dikampung. Pagi2 pergi ke surau atau masjid untuk sembahyang raya. Dalam perjalanan, di sapa oleh jiran2 yg semuanya dikenali dan berucap selamat hari raya & saling bermaafan. 

Suasani tu susah nak dirasai kalau di bandar.. dannn lebih-lebih lagi kalau dinegara orang macam kami disini. Jiran2 semua bukan Islam, untuk ke masjid kena berkereta, di masjid pulak susah nak jumpa orang yg kita kenal. Tapi suasana hari raya tetap terasa sedikit sebanyak. Biasanya selepas sembahyang & khutbah raya, semua jemaah bersalaman & berucap selamat Eid Mubarak, dan ada yg berpelukan walaupun tak kenal antara satu sama lain. 

Harap tahun ni kami sekeluarga dapatlah lagi bersembahyang sunat Eid di masjid seperti tahun lepas. Aku lebih prefer untuk bersembahyang di masjid sebab suasananya lebih meriah & lebih ramai orang walaupun dekat dengan apartment kami ada satu masjid kecik (saiz surau kalau di Msia). Masjid kecik dkt tempat kami ni, bila time Jumaat pun penuh bersempit-sempit, kalau hari raya, lagi la bersesak-sesak. 

Hari ni sempat la buat 2 jenisa kueh raya lagi. Biskut semperit & conrnflakes honey terpaksa buat sekali lagi.  Semperit yg kami buat last weekend dah abis tinggal serdak je, hari2 diangkut mostly  oleh Damia & Faris. Biskut cornflakes pun tinggal setengah, Haziq baru tau sedapnya biskut ni, sebelum ni dia bukan main lagi tanak rasa. Sekali rasa, baru dia tau.

Hari ni jugak, datang mood nak buat kek pulak. Apa ke nama kek marble kalau tak silap. Tu ada dalam oven lagi, belum masak lagi. Harap2 menjadi le kali ni. Pernah dulu sekali try masa raya tahun 2006, hampeh... kerahh kettung. hehe.


Tadi telefon mak kat kampung, semua adik beradik dah berkumpul di kampung. Syahdu la pulak rasanya terkenang kemeriahan suasana dikampung sekarang ni. Rasa nak terbangg tangg tu jugakk balik kampung. Tambah pulak mak bagitau hari ni berbuka puasa lauk kari ikan Yu!!! Aduss peberett aku tuu... terasa-rasa kat tekak, kesedapan isik ikan yu dengan tulang2 ikan yu yg putih, kena pulak dpt beli siripnya sekali...fuhh!! 

Walauapa pun Selamat Eid Mubarak ~ Hari Raya Aidil Fitri untuk semua, maaf zahir batin jika ada salah silap.

Monday, September 22, 2008

Once Upon A Time in..... Tigre, Argentina

Time lunch tadak keje, duk belek-belek gambar lama dalam pc. Went through some pics semasa kerja di Argentina early 2005 dulu. Nice memories in a very nice country. Yep, Argentina is a very nice, beautiful & peaceful country. So, thinking why not to share those old memories here.

Eventhough it was a short 2 months contract job, I managed to travel to several different cities throughout Argentina besides Buenos Aires such as Comodoro Rivadavia, Salta, Trenque Lauquen, Tigre, Bariloche and not forgotten across the river, Colonia in Uruguay! Well those mostly becoz of work related travel.



Anyway I'll try to recall my experience in all those cities. But, one main thing that i can tell, living outside Buenos Aires is quite challenging. Especially when it comes to communication. Mujurlah that i have some basic "tunggang-langgang" spanish that i learnt during my stay in Bogota, Colombia.. the city of Yo Soy Betty La Fea!



Ok, balik pada plan asal nok cerita pasal trip ke Tigre. Tigre ni located dlm 30km north of Buenos Aires. Terkenal dikalangan pelancong yg datang ke Buenos Aires. Untuk pergi ke Tigre, kami naik train dari stesen train Retiro di Buenos Aires. Perjalanan ambil masa dlm sejam & harga tiket pun murah. Lupa dah harga dia but murah dan train pun jenis kokak punya jenis kalau tadak seat buleh berdiri. Kalau tak silap train depart every hour dari BA ke Tigre ni.

Antara tarikan bandar Tigre ni ialah sungai & canal disekitar bandar ni. Dan ada sightseeing bot untuk pelancong cruising sepanjang sungai dan boleh lihat very beautiful scenery sepanjang cruising tu. Boleh nampak beautiful rest houses tepi sungai, orang mandi manda, main canoe, boats etc. Di tepi sungai jugak ramai orang sun bath.



Musuem yg ada di bandar ni jugak antara tarikan utama contohnya yg popular ialah Navy Museum. Tapi aku tak masuk la. Masa aku pi sana, cuma naik sightseeing cruise keliling bandar, lepas tu jalan kaki keliling Tigre ni.

Dan satu lagi tarikan utama Tigre, bazar shopping dia. Memang menarik, bermacam2 benda ada disini and its cheap!! Barangan kulit, buah2an, perabot, souviners... mmg cantek & cheaper than in Buenos Aires. Jangan lupa, Argentina memang terkenal dgn barangan kulit, ye lah tengok lah berapa banyak lembu yg diternak di sini. Tapi masa kat Tigre tu dah ingat2 lupa apa yg aku makan during lunch. Kalau tak silap makan kat McD je kot. Makanan ruji di obersee kalau dah takda option lain.


It was just a one day trip in Tigre. Petang tu jugak cabut balik ke BA, sampai2 dah gelap. Tapi bandar Tigre ni memang a must to visit untuk sesiapa yg datang ke Buenos Aires.



Sunday, September 21, 2008

Kueh Raya pt 3

Macam biasa, semenjak bulan puasa ni, aktiviti hari Ahad ialah buat kueh raya. Hari ni kami buat biskut samprit pulak. Tak susah sangat dan yg best biskut ni, bau dia tu.. mengancam ketenteraman perut betul! Dah siap buat, rupanya si Damia suka betul dgn biskut ni. Dia la yg dok angkut lepas satu-satu. Haziq pulak paling tak minat apa2 jenis biskut raya setakat ni. Faris pulak minat yg cornflakes & biskut yg putih2. So kalau biskut yg kaler coklat dia tak suka. Macam2 kerenah, masing-masing.

Dah siap buat dapat le 2 balang. Tapi buat biskut ni, letih nak menerap guna apa ke nama ntah mesin "pret-pret" tu. Lenguh tangan dibuatnya. Dan biskut samprit kami pun ada berbagai bentuk. Sebabnya atas permintaan budak2 ni, sorang nak bentuk macam ni, yg sorang nak bentuk lain pulak. Takpa, janji sedap dimakan.


Hari ni cuaca di Vienna, hujan2 renyai2 campur pulak dengan cuaca agak sejuk kat luar, malas je nak pegi mana2. Macam ni la kalau dah start musim fall kat sini, dengan hujan & sejuk...aduss! Duk kat rumah pulak, mula la dok berangan nak makan or masak apa untuk berbuka hari ni or esok lusa. Ada satu lagi weekend sebelum raya puasa, biskut apa lagi nak buat ye untuk hari raya???

Friday, September 19, 2008

Yong Tau Fu & Uzbek Lamb Plov Pilaf

Bulan puasa ni memang seronok bercerita pasal makanan. Sebab bulan puasa ni la biasanya makanan yg jarang2 dimasak, tiba2 teringin nak mencuba. Kalau di Malaysia boleh lah pergi jengah & sambar je mana2 makanan atau kueh yg teringin nak makan kat pasar ramadhan. Kami kat sini tak bolehlah nak nak buat macam tu. Jadi mau tak mau, kalau tekak terasa nak makan kueh tertentu atau dah mengidam sangat terpaksa la usahakan masak sendiri.

Jadi hari ni dengan kesungguhan akhirnya berjaya jugak buat Yong Tau Fu. Rasanya sejak pindah ke Dallas akhir tahun 2005 sampai la ni tak pernah makan Yong Tau Fu ni. Akhirnya hari ni merasa semula. Kalau semasa tinggal di Ampang dulu, setiap weekend ada pasar malam di Taman Melur, memang tak ketinggalan untuk beli Yong Tau Fu ni. Memang sedap Yong Tau Fu kat gerai pasar malam tu dan yang buat sedap tu, kuah dia la...



Yong Tau Fu yang kami buat hari ni pun sedap jugak, haha..kira menjadi lah!! Tapi sayang bahan2nya tak banyak. Cuma ada few different fish balls, kangkung, kacang bendi, tau fu. Kat sini fish ball halal senang nak dapat. Thailand mari.. tapi ada cop halal, persatuan halal sana la.. ala2 Jakim gitu.

Budak2 ni semuanya cukup suka makan fish ball ni. Tapi depa tak makan dengan kuahnya la. Apa2 pun berjaya jugak buat Yong Tau Fu sendiri. Kiranya kalau balik Msia nanti buleh la nak bukak gerai Yong Tau Fu...

Satu lagi menu pelik hari ni, Uzbek Lamb Plov Pilaf. Menu ni dapat dari kawan sekolah lama kat yahoogroup. Bila tengok gambar yg kawan bagi memang menyelerakan sunggoh! Tak boleh jadi, kena buat jugak. So ari ni bersilat la Ulin kat dapur memasuk makanan orang Uzbekistan ni.

Agak cerewet sikit buat nasik ni. Step nak kena ikut tu banyak betul. Tapi akhirnya berjaya jugak dimasak. Rasanya pun sodappp! Ada iras2 nasi beryani atau bukhari sket tapiii lainnn... tambah lagi dengan lamb ni. Sedapp sunggoh!!! Kalau tak caya cuba la buat tengok... mesti menjilat ibu jari..


Ni aku kasi sekali resipi Uzbek Lamb Plov Pilaf ni, kalau sesapa terasa nak cuba buat dan makan. Selamat berjaya!


Uzbek Lamb Plov Pilaf

Ingredients


4 cups long grain rice, I use Basmati, which is sold in burlap sacks at health food stores or farmer markets
4 large carrots
4 large onions
2 lbs lamb meat - preferably leg or shoulder with some fat on it
1/4 cup melted lamb fat or vegetable oil
8 cups boiling water
3 heaping tbsp coarse salt
2 tsp black pepper
3 tbsp ground coriander
3 tbsp ground cumin
1/2 tbsp paprika
1/2 tsp turmeric or a pinch of saffron for color
1/2 tbsp tarragon
1/4 cup dried barberries (optional)
1 large head of garlic, un-peeled

Directions

1. Rinse rice in cold water at least 7 times, pouring out all the water completely after each rinse; set aside
2. Boil water in a saucepan and add 2 tbsp salt to it; set aside
3. Cut up the lamb into 1 to 1-1/2 inch cubes.
4. Half and slice the onions 1/4 inch slices
5. Half lengthwise and slice or julienne the carrots
6. If you have fatty lamb pieces use those for melting out the fat, if not, use vegetable oil instead.
7. In a heavy bottom large pot or dutch oven heat the oil, or brown the fatty lamb pieces to get the fat out over high heat, until fat is smoky (but not burning)
8. Toss in all of the lamb and continue browning on all sides until pleasantly brown and stops sticking to the bottom.
9 You can either remove the meat now, or continue with the meat on the bottom.
10. Reduce heat to medium
11. Toss in onions and cook in fat until translucent, about 5-7 minutes, frequently stirring them
12. Toss in carrots, continue stirring
13. Add some of the remaining salt and half of the black pepper and paprika at this point
14. If you removed the meat earlier, now add it back and sprinkle some of the coriander and cumin over.
15. Stir for another 2-3 minutes
16. Fold out all the rice over the meat, onions and carrots, spread it evenly, don't stir
17. Make a hole in the rice with a handle of a wooden spoon, and pour the water through that hole slowly, taking care not to disturb the bottom ingredients.
18. Water should cover the rice by not more than 1/2 inch. Better under-water it than over-water.
19. Reserve the remaining water, if you have any.
20. Leave the heat at medium
21. Cover the pot tightly and let rice steam through for about 15 minutes without opening the pot 22. After 15 minutes toss in the remaining spices and salt. Cover again and keep steaming
23. Cut the top off the garlic head, slightly exposing the garlic cloves. You'll need to use some effort to do it.
24. Stick the garlic head (exposed side down) into the middle of the steaming plov, about 3/4 way and cover again.
25. Steam for another 10 minutes or so.
26. Check plov once in a while for doneness - the top grains should be slightly firm, and the bottom ones - well done, but not mushy.
27. All water should evaporate, but not burn.
28. If you feel your plov is not done yet, but water is gone, make holes in the plov with the handle of the wooden spoon - all the way through to the bottom, and pour remaining salty water into those holes. Don't abuse this technique, because it's very easy to overcook the plov this way. Use very little water at a time.
29. Remove from heat and stir with wooden spoon, bringing the bottom ingredients up to the surface.
30. Rice should be slightly sticky, but all grains should easily separate and not be easily mashed with a spoon. Meat should be tender and juicy, and vegetables should be all very tender.
31. Enjoy plov with pomegranate salad, if you are up for it

Thanks to http://www.grouprecipes.com/34920/uzbek-lamb-plov-pilaf.html

Monday, September 15, 2008

Faris's Project Week

UPDATE! Faris dah selamat balik dari trip dia. Dari cerita dia, cukup seronok, macam2 aktiviti dibuat and berbagai tempat dia pergi, dari tempat sejarah kat bandar Mariazell hinggalah naik kereta kabel ke gunung. Dan kat gunung boleh pulak main snow. Kebetulan last week snow baru dah start turun di kawasan2 tinggi di Austria ni termasuklah di Mariazell. Cikgu kelasnya cakap Faris cukup seronok dpt main sliding kat snow.



Hari ni Faris dan kawan-kawan sekelas nya termasuk 2 orang cikgu kelas pergi ke Mariazell selama 5 hari. Tak tahulah macamana Faris kat sana nanti, harap2 semuanya ok selama dia di Mariazell. Sebelum hari ni Faris tak pernah away daripada kami more than a day. Tapi hari ni terpaksa tidor sendiri (biasanya tidor dgn Haziq), bangun dan siapkan diri sendiri (biasa aku yg kejutkan, siapkan baju seluar dia), makan sendiri. Tapi hari semuanya kena uruskan sendiri selama 5 hari. Haziq mesti terasa Faris takda, kalau dirumah dengan Faris la Haziq bermain apa2.


Disebabkan project week ni compulsary untuk semua murid, terpaksa la Faris pergi. Di sekolah disini, setiap murid mesti pergi project week ni samada end of Gred 3 atau beginning or Gred 4. Mariazell ni pula terletak dlm 2 jam drive to the west of Vienna.

Dlm website ni boleh tengok tempat yg Faris pergi sekarang ni.. http://www.bslh-mariazell.at/

Harap semuanya ok bagi Faris selama dia di sana...lama la pulak terasa nak tunggu hari Jumaat..

Sunday, September 14, 2008

Satay Xinjiang...


Hari ni terasa nak makan satay pulak untuk berbuka puasa. Kebetulan ada daging kalb (anak lembu) dlm peti ais. Apa lagi, kerjakan apa yg patut untuk rempah yang kemudian peramkan daging tadi selama 2-3jam sebelum bakar. Bila bakar baunya memang menyucuk hidung sedapnya, terutama bau jintan manis tu..

Bila sebut pasal satay ni, aku teringat satay Xinjiang masa kerja kat Zhengzhou, China. Kat sana ramai muslim dari Xinjiang. Semasa kat sana, disebelah masjid ada satu restoran org Xinjiang. Kalau pergi sembahyang Jumaat, mmg akan singgah makan tghari kat situ. Menu utama ialah satay kambingnya & mee tomato nya. Sataynya sikit lain, takda kuah. Cuma daging tu direndam dlm rempah dulu then semasa bakar diletak crushed pepper. Lepas tu ketul2 dagingnya agak besar kalau compare dgn kita punya satay. Satay ni boleh makan mcm tu saja dan takda kuah tapi biasanya aku makan dgn mee tomato. Yg bestnya mee ni dibuat kat situ jugak then masuk periuk untuk rebus. Bila masak, diletak kuah tomato dengan cili paprika dan daun ketumbar. Memang sedap betul tambah lagi bila dimakan panas2. Mee ni kuahnya mmg tak pedas langsung sbb tu kena makan dgn satay ni untuk tambah 'kick' lagi.


Aku cuba cari gambar2 makanan ni dlm internet tapi jumpa yg ni saja. Ishh sedappnya bila teringat semula.
Tapi satay yg kami buat ari ni satay melayu je la.. belum reti nak buat satay Xinjiang ni. Bila la lagi nak merasa semula...

Kueh Raya pt 2

Weekend ni kami berjaya lagi buat 3 jenis kueh raya. Memang menjadi la raya tahun ni gamaknya.. hehe. Dengan baju raya Faris, Haziq & Damia yg dikirim kak Ani pun sudah sampai. Dapatla budak2 ni pakai baju melayu & kurung baru pada raya nanti.


Hari Sabtu kami buat biskut coklat badam. Boleh la tahan rasanya, lembut sangat biskut ni bila dah masak. Tapi bila dah masak semua, tak cukup pun sebalang.

Hari Ahad, sempat buat 2 jenis biskut. Satunya biskut dahlia, tapi disebabkan kami takda acuan selain bentuk love untuk terap, jadi biskut dahlia pun dah takda rupa dahlia. Bentuk love la jugak mcm biskut coklat badam semalam.



Lepas tu sempat buat biskut yg paling senang, biskut coklat almond. Paling senang, sbb cuma perlu cairkan coklat, gaul dgn almond then masukkan dlm paper cup pastu sejukkan. Siap!!

Tuesday, September 9, 2008

T'uppat Sutong a.k.a Ketupat Sotong


Tetiba la hari ni aku teringat nok makan tuppat sutong ni. Lama doh rasanya dok makang. Sejok dok sining dok pernoh lagi buat tuppat sutong. Doh sining susoh nok juppe sutong hok buleh wat tuppat. Kalu kat Dallas dulu pernoh la jugok buat sbb kadang2 ada juppe sutong hok sesuai nok wat tuppat kat asia supermarket.

Sining ada jugok sutong tapi jenis beku kerah kettong la, pah tu saiz pulok besor jegguk. Memang dok molek nok wat tuppat.

Teringat kalu balik teganu, sokmo gi passor payang, carik sutong segor atau sutong ngabang. Pastu suroh mok wat tuppat. Aduss terasa-rasa pulok bau tuppat sutong lening. Tuppat sutong hok mok buat mmg dok leh lawang dgn tempat lain, betapa sedapnyaa..

Nok wat tuppat sutong ni dok susoh sgt rasanya, kuohnya guna santan, halia, halba, garam tu je rasanya, pastu sutong tu disumbatnya dengan berah pulot. Pastu masoklah... yg paling dokleh lupa bila tengoh massok tu, bau diaa sapa ke deppang rumoh..fuhhhh... lapooorrr eh pulokk!!




p/s: gambo2 cedok dari internet.

Monday, September 8, 2008

Kueh raya pt 1..

Dalam sedar tak sedar, dah seminggu berpuasa. Setakat ni alhamdulillah, kami sekeluarga dpt beribadah puasa dengan sempurna mungkin. Tapi bulan puasa ni, tak lengkap kalau takda aktiviti buat kueh raya. Tahun lepas, kami sekeluarga beraya tanpa seketul kueh raya pun..nasib baik ada jemputan dari embassy untuk beraya. Dapat la merasa makan kueh raya. Last year, semasa bulan puasa kami masih lagi tinggal di hotel apartment, dan kami pindah ke permanent apartment sekarang semasa minggu terakhir puasa. Mana la nak sempat buat kueh raya.

Tapi tahun ni azam baru sikit. Semalam dengan penuh semangat nak raya & dengan jayanya buat 2 jenis kueh, biskut Cornflake & Sarang Semut. Walaupun bahan2 tak cukup, sanggup drive pi ke supermarket di airport untuk beli bahan2nya. Maklum la, hari Ahad di Vienna semua kedai tutup kecuali di airport & satu lagi di Pratersten. Petang tu jugak, dengan bersungguh2 buat kueh conrflakes ni yg bersalut madu & almond. Bila dah masak, rupa mmg cantek.. dan bila makan (lepas berbuka laa..) waduh2 sedappnyaaa..Biskut cornflake ni memang menjadi dan sedap pong. Budak2 ni pun suka makan biskut cornflakes ni terutamanya si Faris.



Lepas isyak/tarawikh, start pulak buat kueh sarang semut. Budak2 ni pun menyibuk nak scoopkan bahan ke dalam paper cup tu. Sebelum dan bila dah masak nampak memang cantek. Rasa pun sedap dah.. cuma kueh tu berderaii. Tak jadik seketul mcm sebelum ni. Spoil sunggoh! Kueh sarang semut ni pun feveret si Faris. Tak boleh jadi, nak kena try lagi sekali sebelum raya buat kueh ni. Mungkin salah guna tepung kot. Aduss... nak buat biskut sarang semut jadik biskut sarang anai-anai la pulak... kwang3



Friday, September 5, 2008

10th Anniversary



Hari ni, Sept 5th, genapla 10 tahun marriage kami. Semoga sentiasa punyai keluarga bahagia & berkekalan ke anak cucu...

Back to school... 2008/2009

1hb September 2008 bermula lah penggal baru sekolah disini untuk sessi 2008/2009. Dan bermulalah Haziq bersekolah di sekolah rendah dlm gred 1. Macam biasa Haziq excited, happy & nampak tak sabar2 nak pergi sekolah baru dgn Faris.

Faris sekarang ni dalam kelas 4B, Haziq pulak dalam kelas 1A. Haziq terpaksa belajar dlm kelas German class, atau German as first language & English as 2nd language sebab kelas English as first language dah penuh. Manakala Faris pulak belajar dlm English class.

Kat sekolah ni setiap gred cuma ada 2 kelas je cth: 1A & 1B, 2A & 2B..... until 4A & 4B. Selepas gred 4, akan sambung ke secondary school. Dalam gred 4 ni nanti akan ada exam yg akan sedikit sebanyak menentukan sekolah mana lepas ni.

Dalam kelas Haziq ada beberapa org muslim jugak, kalau dari rupa, rasanya org Turkei. Ada org Filipin sorang & jugak India sorang.. the rest ntahle.. kulit putih tak reti nak beza samada Austrian atau ex-Yugoslav. Di Vienna ni komuniti dari ex-Yugoslav (Serbia, Bosnia, Croatia) memang ramai. Rupa depa mcm Austrian la jugak cuma pemakaian ada sikit lain terutama yg muda2 ni.
First day kat sekolah, Haziq ok je... tapi second day, lepas hantar, dahh mcm sebakk je..haha.. tapi tak nangis.. kejap je. Ngintai dari luar pintu, ok je. Tapi dia ada komplen, dia cuba bercakap dgn kawan2 guna english, tapi kawan2 tak pahamm..adusss.. kena la cepat2 belajar german kalau gitu. Dia pun faham dah sikit2 german ni sbb semasa di kindergarten, cikgu dia mostly cakap german.
Harap semuanya lancar untuk Haziq di sekolah dan dpt belajar dgn baik.