Nuffnang

Sunday, August 3, 2008

Road Trip... alkisah.... balik ke Vienna

Akhirnya hari ke 14, berakhirlah road trip kami dari Vienna -> Munich -> Paris -> Brussel -> Amsterdam. Hari ni dari Amsterdam kami akan drive terus ke Vienna. Perjalanan kalau non-stop akan ambik masa 12 jam. Jadi kami keluar awal, pukul 9 semua dah siap untuk bertolak dari Hotel HEM TolHuus. Pagi tu, hujan renyai2 di Amsterdam. Dari Amsterdam kami akan melalui Frankfurt dan Nurnberg sebelum masuk ke Austria melalui bandar Linz.


Driving di Germany mmg best sbb boleh speeding. Semua kereta bawak mcm pelesit. Lebih 2 lagi kalau BMW. Pantang duk sebelah kiri lama sikit je, mesti ada tiba BMW kat belakang nak memotong, itu dah bawak 140 kmh tu.
Dari Frankfurt ke Nurnberg, pemandangan sepanjang highway mmg cantik, melalui kawasan pergunungan. Banyak lalu merentas jambatan antara gunung2. Bila melalui jambatan2 tu akan ada signboard aras ketinggian jambatan dari aras laut, kebanyakannya antara 350-450m dari aras laut. Tinggi tu...
Semasa driving di Germany jugak la kami terserempak dgn 2 biji kereta Proton. Yg pertama kami potong kereta proton satria dgn plat Germany. Kali keduakereta proton Wira aeroback pulak yg potong kami, jugak dgn plat Germany. Mcm pelesit jugak dia bawak kereta. Tak tahu pulak aku Proton ada dijual di Germany.

Pernah dulu semasa di bandar Bariloche, Argentina, nampak kereta Proton Wira sedan dgn plat Chile. Bangga la sekejap bila jumpa kereta proton dicelah2 kereta asing ni.

Semasa perjalanan banyak kali jugak berhenti, mostly semasa dlm area Germany. Salah satu yg menarik di kawasan rehat di tepi highway germany ni, untuk masuk ke tandas di stesen minyak kena bayau 50 sen guna mesin, sebelum boleh lepas gate ke tandas. Dan alas mangkuk tandas tu pulak lepas flush akan automatik berpusing dan di lap oleh mesinkat belakangnya. Susah l apulak nak explain tapi canggih jugak la.

Dan resit bayar utk masuk tandas tadi, boleh di reimburse bila beli apa2 kat kedai di stesen minyak tu. Ok jugak la bagi aku konsep macam ni.

Sepanajang perjalanan cuaca mmg ok, mendung dan kadang2 hujan renyai2. Tapi semasa dah dekat nak masuk sempandan Austria, hujan mula lebat. Dalam pukul 9pm, kami masuk ke sempadan Austria semula. Bila dah masuk sempadan Austria, terasa lega dah sikit walaupun perjalanan ada dlm 3 jam lebih lagi untuk sampai ke Vienna dari Linz.

Dgn hujan lebat tak boleh la nak bawak kereta laju2. Nasib tak baik selepas keluar dari Linz, jalan jammed, boleh kata tak bergerak langsung dlm tgh2 hujan lebat kat tgh2 highway. Dlm setengah jam duk gerak sikit je, tgk2 gps, ada susur keluar dan boleh lalu jalan dalam dan boleh masuk semula highway dlm 10 km kot. Apa lagi, perlahan2 cilok ke line kanan untuk susur keluar highway. Nasib baik ada gps, drive le ikut jalan biasa, dgn gelap gulita, hujan lebat pulak, kereta pun ada jarang2 sebuah. masuk semula highway, jalan dah ok jadi terus la sambung drive ke Vienna.

Budak2 pun semua pakat tido dah sepanjang drive dlm Austria. Letih tak yah cerita la, drive dari pukul 9 am, naik kematu bontot dah. Tapi semangat nak balik ke rumah tu yg buat tak rasa letih sgt.

Tepat pukul 12am kami sampai ke apartment semula, hujan pun masih ada renyai2. Lebih kurang2 3600km kami berjalan/driving dlm road trip kali ni. Fuhh tak sangka sungguh, begitu jauh drive.

Dari road trip ni, sepanjang melawat 4 buah bandar/negara, bagi aku Vienna adalah yg terbaik. Sesuailah dgn kedudukan Vienna sbg yg kedua terbaik antara bandar2 didunia yg punyai highest Quality of Living selepas Zurich.

Bila compare kalau nak tengok bangunan2 lama atau historic building, bangunan di Vienna lebih cantik & preserved. Dari segi kebersihan bandar, Vienna bagi aku yg terbersih antara 4 city yg kami lawat. Public transport pulak, overall Vienna jugak yg terbaik, most friendly untuk family, visitors & handicapped. Cuma yg kurang di Vienna, takda famous attraction mcm Eiffel Tower di Paris. Bagi aku Paris cuma Eiffel Tower je yg menarik, Brussel cuma Mini Europe Park yg menarik dan Amsterdam pulak, cuma canal2 di tgh2 bandarnya sahaja yg menarik tapi bandar Amsterdam ni too crowded.

Satu lagi pengalaman menarik, tentang harga minyak yg berlainan di setiap negara yg kami pergi. Di Austria average dkm Eur 1.30/liter, tapi di Germany dlm 1.40/liter. Tapi di France dlm 1.50/liter, bila masuk Belgium mahal sikit dlm 1.60/liter, akhir sekali di Belanda paling mahal dlm 1.65/liter!! Kereta kami pulak mmg telan minyak betul. Dari Amsterdam ke Vienna dua kali isik full tank. Sekali isik full tank dlm Eur 80... adoiii kopak!!! Sekali lagi, Austria yg terbaik dari segi harga minyak.

Dan yg pastinya kami semua letih tapi enjoy & puas dgn road trip kali ni. InsyaAllah kalau ada rezeki dan panjang umur, teringin nak buat road trip ke Switzerland dan Italy pulak. Melawat ke Zurich dan Geneva di Swiss dan Milan, Florence, Venice & Rom di Italy.

No comments: