Nuffnang

Saturday, August 30, 2008

Familien Fest di Heldenplatz

Di Heldenplatz hari ni & esok ada family fest or karnival atau official name nya Nivea Familien Fest. Disebabkan Nivea adalah sponsor utama karnival ni sbb tu namanya pun dipanggil Nivea Familien Fest. Heldenplatz (Heroe's Square) ni terletak berhadapan dgn Istana Hofsburg iaitu antara tarikan utama pelancong di Vienna. Hofsburg ni dulukalanya adalah istana penginapan diwaktu winter. Heldenplatz ni pun mempunyai banyak sejarah, antaran yg utama ialah Heldenplatz adalah tempat Adolf Hitler berucap mengumukan yg Austria adalah sebahagian dari Germans Reich pada 1938.

Hari ni kami sekeluarga habiskan masa di Heldenplatz ni, karnival ni atau aktiviti yg ada mainly untuk kanak2. So budak2 ni pun tak lepaskan peluang untuk berseronok join aktiviti di booth atau gerai2 yg ada.



Tapi biasalah, kalau nak join game atau aktiviti di booth yg menarik, tentu kena beratur. Faris & Haziq tak kisah beratur sekejap, selagi diorang boleh join game & yg penting dapat hadiah atau goodies dari setiap gerai.
Sudah tentunya perkara paling menarik bila pergi karnival macam ni, ialah collect goodies dari gerai2 yg ada. So kami pun tak lepaskan peluang la, mostly gerai2 kat sini bagi goodies yg sesuai untuk budak2 mcm gula2, colour pencil, buku warna etc.

Antara yg menarik ialah gerai ni, budak2 kena beratur untuk mecuba nasib perah susu "lembu besi".. sempat la budak2 ni merasa perah susu lembu walaupun yg keluar hanya air paip je rasanya. Tapi biasala budak2 excited dpt buat sesuatu yg mereka tak pernah buat...


Dan tambah excited bila ada hadiah yg menunggu...

Di karnival ni pun ada cabutan bertuah, tapi yg tak syok nya kena beli coupon dgn harga 1 Eur, then isik nama. Kalau bernasib baik setiap sejam akan ada cabutan yg dibuat dari main stage. Ada jugak selingan hiburan untuk budak2, mcm fesyen show kanak2, grup yg menyanyi etc.

Antara game yg Faris & Haziq join. Tapi game tembak2 air ni hadiah nya tak menarik sgt, cuma dpt kipas kertas je.

Antara game yg best ialah di booth McDonald. Que pun bukan main panjang kena beratur. Damia pun join sekali (sebelum ni dia tidor). Di sini cuma perlu sepak bola masuk kedalam lubang tu. Tapi masuk or tak, tetap dpt beg hadiah.




Dan yang paling best untuk budak2 ni sudah semestinya tempat bawah ni.. apa namanya pun aku tak tau nak panggil.


Faris cuba nasib kat booth Ovomaltine ( atau Ovaltine kalau di Msia).

Satu lagi yg menarik disini, salah satu sponsornya iaitu Nestea, diorang distribute air botol Nestea free. Staf Nestea akan galas beg yg ada botol air ni di sekitar karnival ni. Jadi tiap kali terserempak dgn diorang ni, kami berlima ni apa lagi amik je la air botol free. Sampai berat stroller dibuatnya penuh dgn air botol.

On the way balik, sempat jenguk2 sekitar bandar. Mcm biasa ramai orang tambah lagi hari ni hari Sabtu, pelancong pun ramai tapi tak seramai semasa tgk peak summer holiday.



Sampai rumah budak2 ni suka la dok belek hadiah yg masing2 dapat. Dan yg yg bestnya berbotol2 jugak la air Nestea yg kami bawak balik.. cukup la stok 3-4 hari budak2 ni.








No comments: