Nuffnang

Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa Ramadhan 1429H/2008

Disini, umat Islam akan mula berpuasa mulai Isnin, Sept 1, 2008. Semoga ramadhan kali ni, kami dan semua umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Selamat berpuasa untuk semua...


Saturday, August 30, 2008

Familien Fest di Heldenplatz

Di Heldenplatz hari ni & esok ada family fest or karnival atau official name nya Nivea Familien Fest. Disebabkan Nivea adalah sponsor utama karnival ni sbb tu namanya pun dipanggil Nivea Familien Fest. Heldenplatz (Heroe's Square) ni terletak berhadapan dgn Istana Hofsburg iaitu antara tarikan utama pelancong di Vienna. Hofsburg ni dulukalanya adalah istana penginapan diwaktu winter. Heldenplatz ni pun mempunyai banyak sejarah, antaran yg utama ialah Heldenplatz adalah tempat Adolf Hitler berucap mengumukan yg Austria adalah sebahagian dari Germans Reich pada 1938.

Hari ni kami sekeluarga habiskan masa di Heldenplatz ni, karnival ni atau aktiviti yg ada mainly untuk kanak2. So budak2 ni pun tak lepaskan peluang untuk berseronok join aktiviti di booth atau gerai2 yg ada.



Tapi biasalah, kalau nak join game atau aktiviti di booth yg menarik, tentu kena beratur. Faris & Haziq tak kisah beratur sekejap, selagi diorang boleh join game & yg penting dapat hadiah atau goodies dari setiap gerai.
Sudah tentunya perkara paling menarik bila pergi karnival macam ni, ialah collect goodies dari gerai2 yg ada. So kami pun tak lepaskan peluang la, mostly gerai2 kat sini bagi goodies yg sesuai untuk budak2 mcm gula2, colour pencil, buku warna etc.

Antara yg menarik ialah gerai ni, budak2 kena beratur untuk mecuba nasib perah susu "lembu besi".. sempat la budak2 ni merasa perah susu lembu walaupun yg keluar hanya air paip je rasanya. Tapi biasala budak2 excited dpt buat sesuatu yg mereka tak pernah buat...


Dan tambah excited bila ada hadiah yg menunggu...

Di karnival ni pun ada cabutan bertuah, tapi yg tak syok nya kena beli coupon dgn harga 1 Eur, then isik nama. Kalau bernasib baik setiap sejam akan ada cabutan yg dibuat dari main stage. Ada jugak selingan hiburan untuk budak2, mcm fesyen show kanak2, grup yg menyanyi etc.

Antara game yg Faris & Haziq join. Tapi game tembak2 air ni hadiah nya tak menarik sgt, cuma dpt kipas kertas je.

Antara game yg best ialah di booth McDonald. Que pun bukan main panjang kena beratur. Damia pun join sekali (sebelum ni dia tidor). Di sini cuma perlu sepak bola masuk kedalam lubang tu. Tapi masuk or tak, tetap dpt beg hadiah.




Dan yang paling best untuk budak2 ni sudah semestinya tempat bawah ni.. apa namanya pun aku tak tau nak panggil.


Faris cuba nasib kat booth Ovomaltine ( atau Ovaltine kalau di Msia).

Satu lagi yg menarik disini, salah satu sponsornya iaitu Nestea, diorang distribute air botol Nestea free. Staf Nestea akan galas beg yg ada botol air ni di sekitar karnival ni. Jadi tiap kali terserempak dgn diorang ni, kami berlima ni apa lagi amik je la air botol free. Sampai berat stroller dibuatnya penuh dgn air botol.

On the way balik, sempat jenguk2 sekitar bandar. Mcm biasa ramai orang tambah lagi hari ni hari Sabtu, pelancong pun ramai tapi tak seramai semasa tgk peak summer holiday.



Sampai rumah budak2 ni suka la dok belek hadiah yg masing2 dapat. Dan yg yg bestnya berbotol2 jugak la air Nestea yg kami bawak balik.. cukup la stok 3-4 hari budak2 ni.








Sunday, August 24, 2008

Satu hari di hari minggu...





Apa aktiviti kami sekeluarga di hari minggu?? Biasa hari Sabtu, kami akan keluar pi mana2 tapi hari Ahad cuma habiskan masa dirumah. Kadang2 bawak budak2 habiskan masa di park. Ada satu park disini, quite big dgn padang2 dan tempat rehat. Cuma tak best during summer ni, park tu akan ramai org berjemur dgn pakai baju & seluar kecik je, kalau nasib "baik" bole jumpa yg cuma tutup bawah je.




Park tu mmg dah siap sediakan kerusi untuk org berjemur ni. Kami tak le berjemur pulak, duduk kat tempat teduh la, takde kerja nak duduk bawah panas ni. Sambil boleh la main bola ka, badminton ka, frisbee ka dgn budak2. Keluar la sikit peluh jangan tidak..


Ada satu tasik kat park ni, bila time winter nanti, tasik tu akan beku dan akan jadi tempat org main ice skating. So sesapa yg tanak pi tempat iceskating ring yg kena bayar tu bole mai sini main free je.



Kawan lama...



2 minggu lepas, kawan baik semasa di UTM dulu datang sini. Kami pernah serumah sewa dan sebilik masa study dulu. Kebetulan dia ada conference di Vienna utk 3 hari. Sempat la ajak dia mai dinner kat rumah, sembang2 panjang pasal cerita2 lama. Macam2 cerita la keluar kalau dah lama tak jumpa. Lama betul tak jumpa dia, rasanya dah 10 tahun kot. Dia pun la ni dah jadik lecturer kat UMP dan tak lama lagi dpt title Dr la..... moga jumpa lagi lain kali di Malaysia atau di Vienna...

Tuesday, August 19, 2008

Setahun sudah berlalu...

Salamm..

Sedar tak sedar, pada Aug 13 yg baru lepas, sudah genap setahun kami sekeluarga tinggal di Austria. Setakat ni kami sekeluarga dah dapat sesuaikan diri dgn culture & keadaan di sini. Kerja pun ok, budak2 sekolah pun takda masalah melainkan masalah bahasa saja la. Harap boleh bertahan untuk beberapa tahun lagi kami disini. Tapi berapa lama?? Wallahualam..selagi ada rezeki..InsyaAllah...

Sunday, August 3, 2008

Road Trip... alkisah.... balik ke Vienna

Akhirnya hari ke 14, berakhirlah road trip kami dari Vienna -> Munich -> Paris -> Brussel -> Amsterdam. Hari ni dari Amsterdam kami akan drive terus ke Vienna. Perjalanan kalau non-stop akan ambik masa 12 jam. Jadi kami keluar awal, pukul 9 semua dah siap untuk bertolak dari Hotel HEM TolHuus. Pagi tu, hujan renyai2 di Amsterdam. Dari Amsterdam kami akan melalui Frankfurt dan Nurnberg sebelum masuk ke Austria melalui bandar Linz.


Driving di Germany mmg best sbb boleh speeding. Semua kereta bawak mcm pelesit. Lebih 2 lagi kalau BMW. Pantang duk sebelah kiri lama sikit je, mesti ada tiba BMW kat belakang nak memotong, itu dah bawak 140 kmh tu.
Dari Frankfurt ke Nurnberg, pemandangan sepanjang highway mmg cantik, melalui kawasan pergunungan. Banyak lalu merentas jambatan antara gunung2. Bila melalui jambatan2 tu akan ada signboard aras ketinggian jambatan dari aras laut, kebanyakannya antara 350-450m dari aras laut. Tinggi tu...
Semasa driving di Germany jugak la kami terserempak dgn 2 biji kereta Proton. Yg pertama kami potong kereta proton satria dgn plat Germany. Kali keduakereta proton Wira aeroback pulak yg potong kami, jugak dgn plat Germany. Mcm pelesit jugak dia bawak kereta. Tak tahu pulak aku Proton ada dijual di Germany.

Pernah dulu semasa di bandar Bariloche, Argentina, nampak kereta Proton Wira sedan dgn plat Chile. Bangga la sekejap bila jumpa kereta proton dicelah2 kereta asing ni.

Semasa perjalanan banyak kali jugak berhenti, mostly semasa dlm area Germany. Salah satu yg menarik di kawasan rehat di tepi highway germany ni, untuk masuk ke tandas di stesen minyak kena bayau 50 sen guna mesin, sebelum boleh lepas gate ke tandas. Dan alas mangkuk tandas tu pulak lepas flush akan automatik berpusing dan di lap oleh mesinkat belakangnya. Susah l apulak nak explain tapi canggih jugak la.

Dan resit bayar utk masuk tandas tadi, boleh di reimburse bila beli apa2 kat kedai di stesen minyak tu. Ok jugak la bagi aku konsep macam ni.

Sepanajang perjalanan cuaca mmg ok, mendung dan kadang2 hujan renyai2. Tapi semasa dah dekat nak masuk sempandan Austria, hujan mula lebat. Dalam pukul 9pm, kami masuk ke sempadan Austria semula. Bila dah masuk sempadan Austria, terasa lega dah sikit walaupun perjalanan ada dlm 3 jam lebih lagi untuk sampai ke Vienna dari Linz.

Dgn hujan lebat tak boleh la nak bawak kereta laju2. Nasib tak baik selepas keluar dari Linz, jalan jammed, boleh kata tak bergerak langsung dlm tgh2 hujan lebat kat tgh2 highway. Dlm setengah jam duk gerak sikit je, tgk2 gps, ada susur keluar dan boleh lalu jalan dalam dan boleh masuk semula highway dlm 10 km kot. Apa lagi, perlahan2 cilok ke line kanan untuk susur keluar highway. Nasib baik ada gps, drive le ikut jalan biasa, dgn gelap gulita, hujan lebat pulak, kereta pun ada jarang2 sebuah. masuk semula highway, jalan dah ok jadi terus la sambung drive ke Vienna.

Budak2 pun semua pakat tido dah sepanjang drive dlm Austria. Letih tak yah cerita la, drive dari pukul 9 am, naik kematu bontot dah. Tapi semangat nak balik ke rumah tu yg buat tak rasa letih sgt.

Tepat pukul 12am kami sampai ke apartment semula, hujan pun masih ada renyai2. Lebih kurang2 3600km kami berjalan/driving dlm road trip kali ni. Fuhh tak sangka sungguh, begitu jauh drive.

Dari road trip ni, sepanjang melawat 4 buah bandar/negara, bagi aku Vienna adalah yg terbaik. Sesuailah dgn kedudukan Vienna sbg yg kedua terbaik antara bandar2 didunia yg punyai highest Quality of Living selepas Zurich.

Bila compare kalau nak tengok bangunan2 lama atau historic building, bangunan di Vienna lebih cantik & preserved. Dari segi kebersihan bandar, Vienna bagi aku yg terbersih antara 4 city yg kami lawat. Public transport pulak, overall Vienna jugak yg terbaik, most friendly untuk family, visitors & handicapped. Cuma yg kurang di Vienna, takda famous attraction mcm Eiffel Tower di Paris. Bagi aku Paris cuma Eiffel Tower je yg menarik, Brussel cuma Mini Europe Park yg menarik dan Amsterdam pulak, cuma canal2 di tgh2 bandarnya sahaja yg menarik tapi bandar Amsterdam ni too crowded.

Satu lagi pengalaman menarik, tentang harga minyak yg berlainan di setiap negara yg kami pergi. Di Austria average dkm Eur 1.30/liter, tapi di Germany dlm 1.40/liter. Tapi di France dlm 1.50/liter, bila masuk Belgium mahal sikit dlm 1.60/liter, akhir sekali di Belanda paling mahal dlm 1.65/liter!! Kereta kami pulak mmg telan minyak betul. Dari Amsterdam ke Vienna dua kali isik full tank. Sekali isik full tank dlm Eur 80... adoiii kopak!!! Sekali lagi, Austria yg terbaik dari segi harga minyak.

Dan yg pastinya kami semua letih tapi enjoy & puas dgn road trip kali ni. InsyaAllah kalau ada rezeki dan panjang umur, teringin nak buat road trip ke Switzerland dan Italy pulak. Melawat ke Zurich dan Geneva di Swiss dan Milan, Florence, Venice & Rom di Italy.