Nuffnang

Friday, July 25, 2008

Road Trip... alkisah.... day 9

Day 9... kami check out dari hotel Les Hauts d'Andilly di Paris. Gedebuk-gedebak ngangkut barang pukul 11 baru boleh bertolak. Bagi aku hotel ni mmg best, worth the money. Hotel baru, kemudahan ok, dapur seme lengkap, laundry room ok & murah je untuk guna. Cuma location je yg jauh sikit cuma sesuai untuk yg travel dgn kereta. Untuk yg dtg ke Paris dgn flight, better cari yg dlm bandar Paris. Sebelum dtg sini, kalau search dlm internet byk apartment full furnished yg untuk disewa short term direct from owner. Cuma tak sesuai pulak utk yg travel dgn kereta sbb parking dlm bandar ni susah sket.

Selama duk kat hotel ni, ada satu bas pelancong dari China check in hotel ni. Tapi depa ok la, bas ada utk bawak pi melancong. Satu lagi hotel ni ramai org African, depa jenis yg duduk long term gitu. Kat hotel ni rate dia lain kalau duduk less than a week, kalau duduk lebih dari seminggu rate lain, dan kalau duduk lebih sebulan rate lain, lagi murah.




Kalau ikut GPS, dari Paris ke Brussel cuma amik masa lebih kurang 3 jam je. Pemandangan sepanjang travel biasa je, ladang2 & hutan2. Takda menarik sgt. Dalam sejam lebih drive masuk le ke sempadan Belgium. Satu yg best jalan2 di Europe, masuk sempadan negara2 EU takde nak check passport lagi dah. Takda imigresen atau kastam check lagi dah.

Dlm pukul 3 pm kami selamat sampai di hotel Citadines di Brussel. Kali hotel kat tgh2 bandar sbb susah benor nak dpt hotel apartment kat Brussel ni. Yg ni je yg menarik, harga pun double dari rate hotel kat Paris. Tapi condition hotel ni lagi best la. Location pun ok, cuma dlm 100m je ke nearest subway station dan juga shopping street yg penuh dgn designer butik & restoren. Kira berbaloi la dgn harganya. Tapi parking hotel mahal betul Eur 15 utk sehari, nasib baik depan hotel ada free public parking yg tepi jalan. Belasah parking yg tu je la. Nasib baik seme ok selama kami duk situ.
Petang tu jugak dlm pukul 6 pm kami jalan2 ke sekitar hotel, bole tahan la jugak bandar Brussel ni walaupun size bandarnya kecik je.

Satu yg menarik pasal driving kat Brussel ni, ada byk simpang empat jalan besar yg tadak traffic light. Pandai2 le bagi signal atau laluan utk masuk simpang. Pastu zebra crossing pun tak pakai lampu, org main melintas je la, so kena la sentiasa berhati2 & berhenti kalau ada org melintas. Pelik sungguh sistem traffic sini.



Lepas sejam dua berjalan, balik la kehotel, esok baru la sambung untuk jelajah betul2 ke tgh bandar Brussel. Kami cuma stay sini 2 malam, so cuma ada esok sehari untuk jelajah mana2 tempat menarik di bandar Brussel. Apa yg menarik di Brussel ni?

No comments: