Nuffnang

Thursday, July 24, 2008

Road Trip... alkisah.... day 8

Hari ke 8, kami pusing Paris sekali lagi untuk kali terakhir sebelum bertolak ke Brussel esok. Destinasi pertama, di Palais Des Congress. Tak menarik sgt bangunan ni, biasa je. Lepas tu kami cuba menapak ke La Defense Grande Arche. Dari area Palais Des Congress dah bole nampak sayup2 La Defense ni, so kami cuba la menapak. La Defense ni kalau nak tau salah satu tempat dalam cerita Bean's Holiday semasa Mr Bean mula2 sampai Paris.


Tapi bila dah menapak dlm setengah jam, rasa mcm jauh je lagi dgn tempat La Defense ni dan masing2 dah penat, pikir punya pikir, posing dari jauh je le. Janji nampka Grande Arche tu dlm gambo. Kalau nak tgk dlm gambo bawah kecik je nampak tu tgh2.
Dari situ kami amik Metro subway ke Moulin Rouge. Sbb tempat ni jauh dan gila kalau nak jalan kaki. Tapi tu le bila guna subway di Paris ni mmg tensen bab nak ngangkut stroller turun naik tangga. Leceh betul!

Sampai di Moulin Rouge, kawasan sekitar tak berapa menarik sgt, nampak mcm tak terurus. Maklum le, kawasan ni bila time mlm ialah red district. Sempat le posing sikit2 depan Moulin Rouge.
Tgh2 dok posing, ada satu minah tourist dari mana ntah, excited sungguh duk posing tayang body tgh2 orang ramai... perasan cung le tu... ahakks..
Dari Moulin Rouge kami amik subway lagi, kali ni tuju kearah stesen Ave de Pt Kennedy. Di kawasan ni ada monument sebijik dgn Statue of Liberty di New York cuma sizenya kecik sket. Aku pun tak pasti kenapa dibina Statue of Liberty kat Paris ni, mesti ada sebab2 tertentu ni. Tak kisah le, janji ada bergambo dgn benda statue ni.
Dari situ kami menapak menyusur benteng sungai ni kearah Eiffel Tower sekali lagi. Hari tu tak puas bergambar dgn Eiffel Tower ni. Bagi aku Paris is Eiffel Tower, benda2 lain tu tak menarik dan biasa je, so kena la repeat bab Eiffel Tower ni.
Sampai di Eiffel Tower, ramainya umat manusia... maklum le hari ni cuti umu National Day depa. Dan petang nanti ada konsert free depan park sebelah Eiffel Tower ni. Semasa kami sampai diorang tgh buat rehearsal utk konsert tu.

So kami decide utk lepak kat park sebelah Eiffel Tower ni, menikmati pemandangan tower ni utk kali terakhir sambil2 makan bekal yg dibawak. Ramai org dok lepak sekali berkelah di kawasan ni.




Lepas puas berehat, kami plan untuk naik cruise boat pulak. Ini antara activity yg must untuk sesapa dtg Paris, tgk pemandangan kota Paris dari atas boat. Memang menarik pemandangan sepanjang cruise dan cruise amik masa dlm masa sejam je.




Dan selesai cruise, dari tempat boat, posing sekali lagi depan Eiffel Tower. Kali ni dari arah depan pulak. Dah betul2 puas posing baru la bergerak ke Arche De Triomphe semula untuk ke stesen train yg terdekat untuk balik ke hotel.


Sampai di Ave Champs Elysees, sempat lagi posing 2-3 kali untuk kali terakhir. Hari ni mmg ramai orang di mana2.
Gambar dari tengah2 Ave de Champs Elysees semasa melintas jalan...

Sampai dalam train, semua dah melepak keletihan. Berakhirnya sudah jelajah kota Paris, esok kami akan sambung road trip kami ke destinasi ke 3 iaitu bandar Brussel.





No comments: