Nuffnang

Thursday, July 24, 2008

Road Trip... alkisah.... day 7

Hari ke 7, kami tak pergi Paris city center, kali ni kami drive ke luar Paris. Ikut buku travek guide yg kami ada attraction yg paling menarik untuk dilawat di luar bandar Paris ialah Versailles iaitu istana lama terletak south of Paris. So kami drive ke sini dan ambil masa dlm 30 min untuk sampai.
Istana yg dibina oleh King Louis XIV dan amik masa 50 tahun untuk complete. Memang besar istana ni kalau dilihat dari luar. Sampai di Versailles ni agak ramai tourist yg dtg dgn bus, kereta atau train. Parking pun susah nak dpt dan kena que.
Dari luar mmg cantik istana lama ni tapi kalau nak masuk kena beli tiket. Dan untuk beli tiket kena beratur, dan punya le ramai org beratur nak masuk, adusss tak sanggup la kami, dgn matahari terik pulak hari tu. So kami cuma tangkap gambar kat luar pagar je le.
Di luar pagar istana ramai org African yg jual souvenir secara handy. Bila nampak kami, depa buleh kenai kot kami org Malaysia, boleh pulak depa cakap bahasa melayu 2-3 patah. Agaknya orang Malaysia biasa mai sini or Paris.

Aha semasa di paris, mmg selalu ternampak tourist yg muka mcm Malaysian. Biasanya cuma sengih2 malu2 je le dari jauh.

Kat sini kami terjumpa dgn 2 orang student perempuan Malaysia dan Ulin sempat le bersuai kenal dgn mereka.

Disebabkan kami tak masuk dlm istana, lepas tangkap gambar sekejap, kami pun cabut pergi ke outlet shopping center yg dekat Disneyland tu. Kebetulan outlet tu bukak pada hari Ahad.



Nama outlet tu, La Vallee Village tapi takde la besar sgt. Kalau compare dgn outlet di Vienna dlm 1/3 je sizenya, kalau compare dgn outlet di Texas pulak dlm 1/6 je sizenya... tapi orang kat sini punya la ramai. kebetulan ada summer sale, ada shop yg sale gila2, sempat le sambar 1-2 benda. Yg menarik semasa kat sini, untuk masuk butik Ralph Lauren kena beratur sbb terlalu ramai orang nak masuk so guard kena control org yg nak masuk. Dahsyat sungguh! First time kami tgk situasi cam gini. Kami tgk je le, takde la nak beratur semata mata nak masuk kedai RL, takpa la tak beli RL pong.

Kat sini kami jumpa 2 couple org Malaysia yg datang bercuti. Nampaknya Paris ni antara destinasi popular untuk orang Malaysia bercuti selain London.

Dah puas pusing2 kat outlet, cabut le balik ke hotel semula. Awal sket balik hari, bole rehat panjang sket, sbb esok nak pusing Paris sekali lagi utk hari terakhir.

No comments: