Nuffnang

Wednesday, July 23, 2008

Road Trip... alkisah.... day 6

July 12th, kami sambung trip jelajah kota Paris. Banyak lagi tempat yg belum sempat pi. Kota Paris ni agak besar dan satu2 attractionnya terletak agak jauh antara satu sama lain. Selain jalan kaki boleh naik subway. Public transport esp train & subway or Paris Metro mmg efficient, cuma satu yg aku kurang berkenan. Stesen subway & train depa mmg tak stroller friendly. Jarang nak jumpa stesen yg ada eskalator atau elevator. Mmg leceh betul kalau bawak stroller sbb kena angkut naik turun tangga, kekadang 2-3 tingkat. Itu pasal aku suka jalan kaki je ke satu2 tempat, letih jalan kaki je sikit tapi dpt tengok mcm2 pemandangan. Kalau di Vienna bole kata semua stesen subway atau dipanggil U-bahn akan ada samda eskalator atau elevator atau both. So mmg convinient tuk family yg bawak stroller atau juga utk org kurang upaya.

Kali ni mcm 2 hari lepas, kami park kereta dan amik train RER C dari stesen Ermont Eaubonne. Destinasi pertama ialah Notre Dame. Ramai orang jugak kat sini. Bangunannya biasa je tak de la menarik sgt bagi aku, mungkin sbb dah biasa tgk bangunan2 lama mcm gini kat Vienna, so aku tak la excited sgt. Kejap je snap 2-3 gambar, kami pun cabut.

Satu lagi di Paris ni ramai jugak pengemis, biasanya depa akan approach dan tanya "do you speak english"... haaa cakap je no then depa akan blah, kalau layan kena la hulur.
Satu lagi kawasan sekitar Notre Dame ni byk kedai jual souvenirs dan harganya lebih murah dari kedai2 di kawasan lain. Info ni kami dpt sebelum mai sini dari kawan di Vienna yg dah mai sini dan mmg betul pun. So kami pun borong di sini lah apa2 yg patut.


Dari Notre Dame, kami jalan kaki menyusur sungai, menuju ke The Louvre pulak sambil2 posing tiap kali nampak tempat menarik.
On the way tu ternampak satu kedai kebab, kami pi dekat2, terus mamat pelayan kedai tu bagi salam 2-3 kali.. dan cakap "all halal..all halal..".. haa apa lagi, tgk menu je le, semua nampak sedap2, perut pun tgh lapaq. Order kebab dan roti panjang diletak hotdog pastu covered dgn melted cheese. Aduss sekali tgk mmg pecah air liur, nasib baik aku lupa amik gambar kalau tak susah dibuatnya kalau terliur lagi. Bila makan adusss sedapnya terutama masa panas2 tu...fuhhhh!
Lepas makan, baru le boleh sampai ke The Louvre, sini pun ramai orang. Mmg agak unik tempat ni, terutama piramid kaca tu. The Louvre ni museum sebenarnya atau nama panjangnya Musee Du Louvre, dari dinding piramid tu boleh nampak orang dlm museum dibawahnya. Puas posing sini.. kami menyusur ke arah Place de Concorde semula.


Haaa.. di Paris pun ramai orang berbasikal. Mcm2 bentuk basikal dan ada jugak basikal untuk disewa untuk pusing2 keliling bandar untuk sightseeing.
Tapi couple dibawah ni punya basikal mmg cung!
Dari The Louvre ke arah Place de Concorde, akan melalui satu park yg agak luas. Ramai orang bersantai dgn mcm2 aktiviti termasuklah main kapal layar kecik ni.

Dan di Paris ada satu teksi yg unik, ala2 eco teksi la gitu, teks basikal. Drebarnya kayuh dan penumpang duk belakang. Tak sure la brapa tambangnya, tapi menarik lah, kiranya depa ni tiru beca kat Malaysia ni kot cuma bentuk teksi ni aerodinamik sket la.
On the way jalan2 tu ada few tourist spot yg kami lalu, dan sempat la snap few gambar. Kat bawah ni La Madeleine. Tapi yg ni bukan tourist attraction cuma aku je yg tertarik, tandas betul2 tgh2 laluan jalan kaki yg sibuk. Tapi ni kira okey lagi kalau compare dgn tandas di Amsterdam yg lebih brutal lagi (nanti aku crita bila tiba part kami di Amsterdam).
Dan bawah ni satu lagi attraction iaitu Academie Nationale De Musique, tapi tak sure nate gapo ada kat dalam.
Jalan2 lagi jumpa la HRC, sempat la beli shot glass untuk collection.

Dari HRC kami patah balik, adus sedar2 dah jauh rupenye kami jalan kaki. Bercinta rasanya nak menapak ke stesen RER yg terdekat. Tapi gagahkan jugak, sambil jalan2 tu berehat sekali sekala. Dah petang2 ni Haziq je yg masih lagi ceria nak bergambar. ye la dia dah tido sebelum tu atas stroller.
Hampir pukul 6pm kami bertolak balik semula ke hotel... cuaca pun macam nak hujan je dah. Baik cabut sebelum lenjun. Esok hari Ahad... tempat parking kereta yg biasa kami parking ditutup setiap Ahad, malas nak parking tepi2 jalan, jadi kami akan pi tempat lain diluar kota Paris pulak.....





No comments: