Nuffnang

Wednesday, July 23, 2008

Road Trip... alkisah.... day 5

Salah satu tarikan utama bila mai Paris ni ialah Disneyland atau juga dikenali sbg Euro Disneyland atau Disneyland Paris. Jadi hari ke 5, July 11th, kami berangkat ke Disneyland pulak. Kasi can budak2 (dan juga mak bapak budak) pulak enjoy road trip ni. Dari hotel kami drive ke Disneyland. Disneyland terletak boleh kata sebelah south east Paris. Kena drive dalam 45 mins dari hotel kami yg terletak utara Paris.

Di Disneyland Paris ni pulak ada 2 park, Disneyland Park dan Disney Studio. Dari siasatan, Disneyland Park ni dah cukup besau dan memenatkan, nak pulun semua ride pun tak cukup dlm satu hari dan budak2 lebih enjoy Disneyland Park.

Tiket untuk satu park ialah Eur 49 tapi kalau nak lawat 2 park dlm sehari cajnya Eur 59. Pikiaq punya pikiaq, mmg tak sempat nak lawat dua park dlm sehari so kami pilih untuk lawat Disneyland Park saja.





Park bukak pukul 9 am, asalnya plan nak bertolak awal2 pukul 8, tapi biasanya gedebuk-gedebak uruskan budak2 & mak budak, pukul 9am baru boleh bertolak dari hotel. Sampai ke Disneyland pukul 10am, orang dah boleh tahan ramainya. Yg spoil sket, hujan mula turun masa kami sampai, nasib baik tak lebat sgt.

Masuk2 duk tercangak tgk map, terlepas parade karakter Disney... adoi... takpa, kalu ikut schedule ada lagi parade lepas ni. So acara mula2 biasa la, posing disetiap sudut Disneyland la. Bila tgk castle Disneyland mcm kat dlm gambar bawah ni, cung sungguh! mcm dalam cerita kartun tu le..

First ride kami layan Discovery Land, kami masuk Buzz Lightyear punya ride, org masih belum ramai so waiting time beratur cuma dlm 10min. Best jugak ride ni sbb boleh tembak2 lagi, kira ala2 interactive jugak la, takde le duduk2 je. Haziq & Faris cukup seronok layan ride ni termasuk la lagi 3 orang pun sama.. hahaha

Second ride, Star Tour... yg dibuat ala2 Star Wars punya characters. Ni pong best jugak. Cuma Damia tak bole naik sbb tak cukup tinggi. Jadi Damia dgn Ulin kena layan ride lain.
Haa ni le yg Damia dgn Ulin layan sementara kami dok layan Star Tours. Tapi ride untuk budak2 kecik ni punya le panjang kena beratur. Ni le yg tak bestnya kalau pi Disneyland bila time school holiday, pengunjung ramai dan waiting time masa beratur tu lama... minimun 15mins up to 45 mins. Lotih!!
Pastu layan pulak naik kereta atas rel ni, sori la aku tak ingat apa ke nama ride ni. Tapi cam biasa Damia cukup seronok, mmg nampak betul dia hari ni cukup enjoy & happy. Sama la Faris & Haziq.
Haaa.. kalau mai Disneyland, tak sah kalau tak bergambar dgn karakter Disney. First yg kami jumpa, menate Pooh & Tigger ni le baru keluar. Tapi nak amik gambar kena beratur, mak aiii puny la panjang beratur tak sanggup rasanya, so terpaksa la tangkap curi2 masa Pooh & Tigger pi rehat.
Ni pulak karakter Princess & Prince of ....... sori lupa lagi. Ini pun panjangnya beratur. So snap dari jauh je le... tapi Princess tu cung wooo...
Jalan2 lagi naik ke dlm castle, takda apa menarik sgt pun dlm castle tu, tapi kat belakang ada statue Excalibur.. itu le si Faris duk try nak cabut pedang tu kot2 berjaya..
Tgk pada schedule, karakter Mickey akan keluar untuk bergambar, kami pun cepat pi tunggu kat tempat dia, tapi on d way, terkeluar pulak geng2 Mary Poppins, berarak dlm kereta lama mcm dlm cerita depa tu le. Manis2 geng2 Mary Poppins ni. Mereka buat show, nari2 sambil nyanyi kat tengah2 park. Tapi masa tu kami tgh beratur nak bergambar dgn Mickey.
Haaa akhirnya dpt bergambar dgn karakter Disney yg paling pemes... Mickey Mouse. Haziq la yg paling seronok & eager nak bergambar dgn Mickey.
Lepas tu, keluar pulak parade seme karakter2 Disney, berkejor2 le kami ngekor tgk & tangkap gambar. Kecoh budak2 ni jerit2 tgk karakter tu semua. Ye le biasa tgk dlm TV je, hari ni seme depan mata. Kalau tak silap ada Donald, Daisy, Pluto, Goofy, Pinocchio, Woody, Jesse, Stitch dan beberapa ekor lagi yg aku tak kenal nama. Si Faris ingat le...

Kami pong kejor parade tu sampai depa berhenti mana tau bole posing dgn mereka. Budak2 ni nak tgk dekat2 karakter tu semua. Lagi pun ramai orang2 lain yg ngekor ikut parade ni.
Bila stop je parade, apa lagi serbuu le, sempat snap Donald & Daisy dekat2 tapi tak berjaya nak tahan depan untuk personal shot.
Dah puas bergambor dgn karakter2 Disney tu semua, kami sambung layan ride semula. Pi ke House of Manor, sebelum masuk tak tau nate gapo kat dalam rumah tu. Sekali masuk rumah hantuu daa... gelap gulita dgn sound & hiasan sebijik cam dlm rumah dracula je rasanya. si Haziq dah peluk je tak bukak mata dah masa naik ride dlm rumah hantu tu. Tapi nak dijadikkan cerita, tgh2 layan ride, tiba2 ride rosak, tersangkut tgh2 rumah tu dgn dikelililingi mcm2 gambo seram dlm 10 min jugak la. Adoiii... masa ni le dia nak rosak, spoil sunggoh!!

Lepas tu layan Mark Twain punya bot, pusing satu kawasan kecik, ok le, haa boleh nampah House of Manor tu dari atas bot, tgk pic bawah.

Habis layan Mark Twain punya bot, tiba2 Donald Duck keluar kot celah2 kedai, apa lagi serbuu le, akhirnya Haziq sempat bergambar personal dgn Donald walaupun terpaksa syer dgn budak mana ntah kat sebelah. Tak pa.. tu pun ok dah, dah cukup tersengih lebar dah Haziq masa tu.
Antara ride yg ada ialah Indiana Jones, iaitu roller coaster, tapi cuma tgk dari jauh je, sbb budak2 tak cukup tinggi untuk naik, aku pulak "allergic" sket dgn roller coaster ni.
Tapi ride Pirates of Caribbean mmg best. Ala2 ride boat kecik dlm gua di tepi laut, dlm gelap dan kadang2 menjunam tiba2, budak2 suka aje.

Antara ride lain yg best ialah Peterpan dgn Its a Small World, tapi aku tak snap gambar pulak dah last2 tu, dah letih lagi pun. Hampir pukul 7pm lebih kami pun beransur2 balik, sambil singgah di kedai2 souvenir yg banyak berderet di MainStreet USA. Yg best nya, during summer ni, byk yg sale sampai 50-70% terutama pakaian la. Apa lagi layan jugak le sehelai dua..
Di luar Disneyland Park ni ada free entry area yg dipanggil Disney Village. So disini ada Planet Hollywood, cinema, restaurant2 etc. Layan jugak jalan2 kawasan ni sekejap, by pukul 8pm kami drive keluar dari Disneyland. Itu pun byk ride yg kami skip, kalau layan semua tak cukup hari rasanya... tapi park tutup pukul 11 pm. Semua dah kepenatan, tapi yg pasti semua enjoy trip ke Disneyland ni, mmg Disneyland Park mainly untuk budak2, so depa la yg paling seronok dan happy hari ni. Siap nak suruh datang lagi lain kali.. adoiiii.... rasanya tak dah kot kecuali Disney Studio kalau ada rezeki. Tiket mahai sgt... rabak poket sekali masuk.


Sebelum mai Paris ni ada kawan (Anep) yg bagitau ada outlet shopping center berdekatan dgn Disneyland ni. So on the way balik ke hotel, kami pun singgah le, mmg dekat pun, 10 min je dari Disneyland. Wahh nampak menarikk je, tapi dah tutup masa tutup.... hmm hmmmm... ni ada can rabak lagi poket ni... tapi org sebelah dah sound siap2 dah untuk datang sini sebelum pi Brussel..adusss....

Sampai hotel dah dekat pukul 10pm.. seme keletihan... Haziq & Damia dah tertidor terus... esok nak sambung jelajah Paris lagi ke banyak tempat2 yg masih belum pergi......zzzzzzzzzzzzzzzz...





No comments: