Nuffnang

Tuesday, July 22, 2008

Road Trip... alkisah.... day 4

Hari keempat, July 10th, bermulalah trip kami ke sekitar bandaraya Paris. Sebelum ni cuma dalam angan2 untuk sampai ke tengah kota Paris ni, hari ni dah jadik kenyataan. Sebelum ni aku cuma pernah sampai di airport CDG Paris semasa transit untuk ke Bogota.

Cuaca di Paris lebih rendah kalau compare dgn Vienna, dlm below 25C, kiranya molek sungguh lah untuk jalan2. Dari hotel kami drive dalam 10 minit ke stesen train RER yg terdekat iaitu stesen Ermont Eubonne. RER ialah train yg hubungkan Paris center ke suburb town. Driving dari hotel ke stesen train mmg menarik sbb lalu kawasan residential dan pekan kecik dgn jalan2 sempit. Mmg patut le org europe ni suka pakai kereta kecik2, sbb jalanraya depa kecik2.

Di stesen Ermont Eubonne ni kami park kereta dan amik train, tiket ke Paris center harganya Eur 21.60 return. Trainnya ok le, tak buruk, siap 2 tingkat lagi, cuma slow sikit, amik masa dlm 40 minit untuk sampai ke Paris atau stesen yg dituju iaitu Champ De Mars. Semua orang yg datang ke Paris, pastinya tempat pertama yg nak pi ialah Eiffel Tower, mcm tu la jugak dgn kami. Dari stesen ni kena menapak dlm 5 minit untuk sampai ke bawah Eiffel Tower.

Di bawah Eiffel Tower, ramai sungguh umat manusia dok beratur nak naik keatas tower. Tak sanggup rasanya kalau akulah untuk beratur punya la panjang semata2 nak naik tower. Tangkap gambar dari bawah pun cukup dah. Tapi first tengok Eiffel Tower ni, terkagum sekejap dgn kecantikannya

Dari bawak tower kami berjalan sikit ke park disebelah untuk acara posing memosing la pulak. Dari padang ni baru la boleh nampak sikit full tower dalam gambar. Memang ramai tourist di Eiffel tower ni, semuanya asyik posing tangkap gambar. Macam2 style daa...

Sempat la jugak kami bukak beg menjamu selera dgn bekal yg kami bawak... kira ala2 makan ngadap Eiffel Tower tu... fuyoo...



Puas posing dari sebelah park, kami gerak to the other side, kearah seberang sungai atau sebelah hadapan Eiffel Tower. Di sebelah sungai tu ada port untuk river cruise, budak2 nampak orang jual ice cream merengak nak ice cream pulak... hanguss Eur 8 untuk ice cream saja.. mahai sungguh!



Dari kawasan Eiffel Tower, kami menapak menuju ke Arch de Triomph atau Champs Elyses, menyusur sungai dan jalan2 yg penuh dengan kedai2, butik2, restoran etc. Kota Paris ni mmg sibuk dgn trafiknya sbb tu tak digalakkan untuk bawak kereta ke tgh bandar.


Sampai di Ave de Champ Elyses, suasana makin happening, almaklumlah kawasan shopping. Penuh dgn kedai & designer butik dikiri kana jalan besar ni. Alkisahnya mengikut buku, Ave de Champ Elyses ni adalah Avenue yg tercantik di dunia.... hmmm bagi aku, cantik laa. Tapi dari segi besar tak boleh lawan Avenida 9 de Julio atau Avenue 9th of July di tgh bandaraya Buenos Aires yg ada 18 lanes iaitu the widest avenue in the world.

Nampak je butik LV, sempat posing satu gambar, bahan kes penting untuk tatapan peminat2 LV di Dallas..

Menyusur Ave de Champ Elyses ni, sampai la ke Arc de Triomphe, tersergam indah menara atau pintu gerbang ni. Tourist boleh naik keatas Arc de Triomphe ni untuk tgk kecantikan Ave de Champ Elyses dan kota Paris, tapi mcm biasa kami tak le naik.



Puas posing di sekitar Arc de Triomphe, kami patah balik menyusur Ave de Champ Elyses. Kejap2 singgah di kedai2 di tepi jalan. Terjumpa butik Peugeot, yg ada cuma di Paris dan Berlin. Sempat lagi posing tepi kereta LeMans sebelum kena sound lagi dgn mamat pakai tie kat belakang tu sbb touching kereta tu..


Semasa di Ave Champ Elyses, terjumpa kedai GAP, tengah summer sale pulak tu.. kedai feveret aku masa di Dallas. Waduh2.. murah2 75% discount... sempat lagi shopping sekejap.. mana boleh tahan.. lagi sbb di Vienna tadak kedai GAP.

Sampai kedai Disney store, beli tiket untuk Disneyland Paris yg kami plan nak pi esoknya. Baik beli tiket siap2 so esok bila sampai di Disneyland tak yah nak beratur beli tiket lagi. Yg tak tahannya harga tiketnya Eur 49 for sorang adult, Eur 41 untuk sorang budak 3-12 tahun...adusss kopakkk!

Lepas tu menyusur kearah Place de la Concorde, on the way tu nampak la Hotel Les Invalides yg tersergam cantik dgn keemasannya. Yg tak bestnya di Place de la Concorde ada org buat kerja bina tempat duduk bertingkat, rupanya July 14th nanti National day depa so ada perarakan tentera sepanjang Ave Champ Elyses ke Place de la Concorde ni.

Dah kepenatan berjalan sekitar kota Paris ni... beransur balik la kami, so carik stesen RER C yg terdekat untuk balik Ermont Eubonne. Stesen terdekat di sebelah Musee de Orsay. Musee de Orsay ni salah satu tarikan utama di Paris juga. Ramai jugak orang beratur nak masuk, entah apa ada kat dalam tak sure dan malas nak ambik tahu sbb dah kepenatan. Tapi camanapun sempat lagi posing 2-3 keping gambar.


Esok kami tak pi Paris center, tapi bawak budak2 pi Disneyland pulak. Faris, Haziq & Damia dah tak sabar nak pi Disneyland, sejak dari Vienna lagi dok sebut2... akhirnya sampai jugak esok di Disneyland!


1 comment:

nita said...

Abg joe, could you please say this to kak ulin...?

"giler best la kak ulin...melampauuuuuuu!!!!!"

tak sabar nak tunggu entry disneyland....cepatla update abg Joe..