Nuffnang

Tuesday, July 22, 2008

Road Trip... alkisah.... day 3

Hari ketiga, July 9th, check out dari hotel Star Inn, Munich dlm pukul 10am untuk teruskan road trip kami ke next destination iaitu Paris. Perjalanan kalau non stop akan ambik masa lebih kurang 8 jam.


Sepanjang perjalanan pemandangan biasa je, banyak melalui ladang2 & padang2. Cuma bila drive di dalam Germany, mostly kereta bawak laju2. Berdezup-dezup masing2 bawak kereta. kalau tak silap highway di Germany takda speed limit sbb aku pun tak nampak ada sign speed limit kecuali tempat tertentu mcm di kawasan selekoh or hampir bandar ada ditulis speed limit 110kmh, kalau diluar bandar takda tulis pulak. Orang bawak berdezup, aku henjut la 140kmh, tak nak bawak laju2 sgt, itu pun tak boleh duk line tgh langsung mesti kena cucuk dgn kereta lain yg nak memotong. Aku agak kereta2 tu semua bawak 160kmh ke atas semua. Dan satu lagi sepanjang dari Munichh jarang nampak kereta2 made in Jepang, mostly kereta German... BMW, Merc, Audi, VW or Opel.. baki kereta europe lain. Jarang2 sekali nampak kereta Jepun ni.

Masuk di area Perancis, speed limit tertulis 130kmh. So bawak ikut speed limit la. Kami berhenti makan di satu tempat rehat tepi highway di Perancis. Aku pun tak tahu apa nama kawasan tu. Tapi pemandangan disitu agak cantek dgn ladang2.


Dan kalau di German, takda toll, tapi di Perancis ada toll la pulak. Toll berada di tengah2 highway dan untuk sampai ke Paris kami kena lalu 5 kali toll. Total kena bayau dlm Eur 29 kalau tak silap.



Sepanjang perjalanan sempat la berhenti 3-4 kali, makan & semayang, isik minyak, budak buang air, rehat. Akhirnya sampai di Paris dalam pukul 9pm. Nasib baik di Paris, dekat pukul 10pm pun masih terang lagi. Kali ni kami tinggal di hotel apartment, so siap dgn dapur sekali la, jadik bole la masak dgn proper sikit. Hotel yg kami nginap ni terletak di north Paris, di area Andilly, dalam 15km dari Paris city center. Kalau di Paris city susah nak dpt hotel apartment yg murah dan free parking. Yg kami duduk ni ok la, hotelnya masih baru, cuma location agak remote di kawasan residential area. Tapi mmg quite and peaceful... ok esok acara jelajah Paris pulak...

No comments: