Nuffnang

Sunday, July 27, 2008

Road Trip... alkisah.... day 12

Dari hotel yg kami tinggal dekat Edam, untuk ke pusat bandar Amsterdam boleh naik bas. Malas nak bawak kereta, karang nak parking satu hal pulak. Baik naik bas aje, amik tiket family Eur 12.50 utk return ticket. Bas ada every 30 min, dan bas mmg tepat ikut schedule. Bandar Edam ni pun mmg cantik, bersih dan tersusun. Bandar ni penuh dgn canal, dan area perumahan pun banyak canal. Mostly rumah2 kat sini ada canal dibelakang rumah dan dah tentunya ada bot2 kecil masing2. Mmg cantik betul pemandangannya. Dan bandar Edam ni terkenal dgn cheesenya, kalau dtg ke Belanda ni, nak tgk cheese market org akan recommend Edam. Kebetulan bulan ni ada cheese festival kat bandar Edam. Tapi sayangnya minggu yg kami pergi tu takda apa2 aktiviti tapi next weeknya ada special aktiviti kat bandar Edam, rugi.. rugi..


Dgn bas ambil masa dlm 40 min untuk sampai ke bandar Amsterdam, bas akan berhenti di end station iaitu Central Station di bandar Amsterdam. Dan dari Central Station cuma perlu jalan2 kaki ke sekeliling bandar Amsterdam. Bandar Amsterdam ni tak le besar sgt, jalan kaki pun ok dah utk sightseeing sekitar tempat2 menarik di sekitar bandar.

Apa yg menariknya di Amsterdam ni? Yg utamanya ialah canal2 yg berselirat di seluruh bandar, red light districtnya dan museum Van Gogh. Dan tak lupa, legal marijuana atau ganja. Dari Central Station kami menyusur Red Light district, dan bila masuk area ni, bila lalu sebelah kedai2 kopi atau pub, dah semerbak bau2 org hisap ganja. Waduh2, walaupun aku tak pernah rasa benda tu tapi bau mmg cukup aku kenal.


Red light district ni cukup terkenal dgn pub2 atau tempat untuk hisap ganja legal ni dan jugak sex activiti. Tapi ingat cuma soft drug je yg legal di Belanda ni, cth soft drug ni mcm ganja & marijuana. Kalau hard drug mcm kokain, heroin etc tetap haram dan salah.



Di Amsterdam ni pun ada Madame Tussaud, tapi ramainya org beratur nak masuk. Jadi kami posing dari luar je le.

Dan antara yg uniknya di Amsterdam ni, dimana2 org berbasikal. Lagi byk basikal dari kereta rasanya. Semua jenis org berbasikal, tua mua, laki & pompuan. Kadang2 kelakar la pulak tgk mat rock atau mat punk dgn pakaian ganas2 tapi naik beskal, tak ke lawak kalau tgk. kalau kat Msia, buat mcm tu mmg kena gelak dek orang la.

Dan kat sini pun ada teksi beskal yg unik ni mcm yg ada kat Paris. Mmg sempoi teksi ni.
Kalau dtg ke Amsterdam, sudah semestinya kena bergambar di canal2nya, tak dinafikan mmg cantik pemandangannya dgn bot2nya di sepanjang canal di seluruh bandar.
Sempat singgah di pasar buku terpakai... "cantik2" buku kat sini... hehe...

Salah satu attraction yg kena pi di Amsterdam ialah pasar bunga ni. Dan sudah tentunya bunga Tulip la yg paling utama dan mcm21 bunga lainnya. Tapi depa siap jual benih bunga tulip ni, yg peliknya benih bunga tulip ni sebijik mcm bawang besar. First time aku tgk benih Tulip ni. Kami beli jugak benihnya bawak balik nak tanam kat Vienna, tapi belum tanam lagi, nak kena beli pasir la pulak. Dok apartment ni mana nak cekau pasir!

Dan yg shockingnya masa kat pasar bunga ni, pokok ganja pun depa jual!! Tapi kat belah dalam2, bukan kat luar tu. Dahsyat betul!
Tgk benih tulip yg mcm bawang besar kat gambar bawah.

Dan yg paling menarik sepanjang di Amsterdam ialah tandas publicnya. Memang brutal habis!! tgk la gambarnya kat bawah. Tak yah susah2, bukak zip then shoot. Dahsyat sungguh! Open habis! Masa lepas snap gambar ada mamat pi melepas hajat keciknya kat situ, selambak badak je. Gilass.. tak sanggup aku!




Dan buah tangan paling sinonim dgn Belanda ialah terompah atau clog depa ni. Yg originalnya dibuat dari kayu, tapi la ni dah ada yg dibuat dari kain atau mcm material kasut yg diguna dlm rumah tu.

Dah puas jalan2, masa untuk balik semula ke hotel. Ambik bas di central station semula. Ni le bas yg kami naik. Bas tak ramai org pun dan amat selesa.
Ni le hotel kami, pic snap dari atas benteng depan laut.
Sampai kat hotel, Haziq & Damia sibuk ajak tgk biri2 yg dok makan rumput depan hotel. Suka benor diorang ni tgk biri2. Biri2 tu pulak kalau panggil2 mcm nak bagi makan, dia datang kat kita. Tu yg Haziq & Damia suka sgt. Mmg unik betul hotel ni, susah nak jumpa biri2 ni kalau kat Msia.
Kalau tgk gambar atas tu betul2, boleh nampak aras laut lebih tinggi dari aras daratan.

Besok sambung lagi jalan2 kat bandar Amsterdam, tadi tak sempat nak pergi museum Van Gogh. Esok kena jalan2 puas2... lusa dah nak balik Vienna semula...




No comments: