Nuffnang

Saturday, July 26, 2008

Road Trip... alkisah.... day 11

Day 11, kami berangkat dari Brussel menuju ka Amsterdam. Jaraknya tak jauh cuma dlm 3 jam jugak. Tapi sebelum menuju ke Amsterdam, kami menghala ke outlet shopping center dulu, dlm sejam dari Brussel. Lokasi outlet center ni agak remote, kalu tengok pada lokasi tu, rasanya takda public transport mai situ.


Tapi outlet ni besar sikit dari outlet kat Paris, dan yg bestnya, ada sale!! Mula2 sampai singgah kedai Benetton, memang langkah kanan, sale semua 50%...waduhh memang menggoda poket betul. Terpaksa la sambaq sehelai dua, tak tahannn tgk harga murah2.
Satu lagi yg menarik outlet ni bersih dan cantik bangunan2 dia. Lebih kurang mcm outlet kat Paris jugak. Tapi sepanjang kat sini tak nampak sorang pun org muslim dtg sini.

Sempat le habiskan masa 2-3 jam kat sini, tak bole lama2 sbb ada dlm 2 jam lebih lagi kena drive untuk ke Amsterdam. Shopping punya pasal bila nak balik, nak masuk kereta, dah bonet tak muat nak isik barang. Tempat kaki pun dah penuh... terpaksa la Ulin riba separuh barang yg dibeli tadi...hehe.. nanti sampai Amsterdam kena susun balik kasi muat semua.


Outlet ni sebenarnya dah dekat sempadan Holland dah, so dari sini dlm 20 minit dah masuk Holland. Dari sempadan dlm 2 jam baru kami akan sampai ke hotel di Amsterdam.
Kalau datang ke Hollang tak jumpa mende kincir angin ni, kira tak sah la...
Hotel yg kami akan duduk terletak dekat dgn bandar Edam, dlm 10km dari pusat bandar Amsterdam. Tapi masa sebelum sampai hotel tu, saspeng betul, sbb drive melalui ladang2 lembu & biri2. Masuk jalan kecik yg muat 1 kereta je.


Pas tu baru jumpa kawasan rumah2 cantik2. Rupa2nya hotel tu betul2 ngadap laut.. fuhh bestnyaa... bersebelahan dgn area rumah2 yg cantik2 ni.
Selama ni dgr atau baca di mana2 pasal bandar Amsterdam ni berada di bawah paras laut. Sebelum sukar nak bayangkan camana la dibawah paras laut ni. Hari ni boleh lihat depan mata dah. Depan hotel ni ada benteng macam dlm gambar dibawah. Selepas benteng ni laut dan di sebelah kiri ialah hotel kami. Mmg aras laut lagi tinggi dari daratan. Menakjubkan betul... cuba tgk betul2 gambar kat bawah, ada biri2 kat belakang tu tgh makan rumput. Seronok budak2 ni dpt tgk lembu dgn biri2 dekat2.
Tu hotel kami belakang Faris. Area hotel ni mmg peaceful dan cuaca pulak tak panas bawah 20C. Tapi cuma bilik hotel agak sempit sikit dan kalau nak beli barang makanan, kena drive dlm 10 minit ke pekan terdekat. Tapi takpa la, tu perkara kecik je. Yg penting lokasi hotel ni mmg best, very peaceful. Dah lama tak tgk laut, kalau kat Vienna mmg takda laut pun nak tgk.

Disebabkan hotel ni, cuma hotel biasa takda dapur ke apa, kali ni terpaksa la masak guna rice cooker semula. Takpa... janji kenyangg....

No comments: