Nuffnang

Friday, July 25, 2008

Road Trip... alkisah.... day 10

Day 10, hari untuk kami jelajah Brussel sepuas2, sbb kami ada sehari je untuk melawat semua yg menarik di sini. Yg paling penting untuk di lawat kalau datang ke Brussel ialah Mini Europe. Dari hotel kami ambik subway untuk ke Mini Europe ni. Subway system di Brussel ni simple je, cuma ada 3 lines. Kami beli family pass cost Eur 10, valid 1 day unlimited ride utk public transport dlm Brussel. Kira murah gak la. Dan stesen subway sini bagus sbb ada either eskalator atau elevator atau both. So no problem untuk yg bawak stroller.

Untuk ke Mini Europe, stop kat stesen Heysel. Familiar dgn nama ni? Mesti ingat nama stadium Heysel... lokasi kejadian rusuhan semasa final Eufa Cup tahun brapa ntah.. stadium ni terletak sebelah Mini Europe ni.

Salah satu attraction disini ialah Atomium iaitu tower berbentuk sel2 rangkaian atom. Pelawat boleh naik sampai ke atas tapi biasa le kena la bayau. So kami posing dari jauh je le.



Dari Atomium, jalan kesebelah iaitu tarikan utama, Mini Europe. Kebetulan pagi tu hujan sikit so orang tak ramai sgt tapi hujan berhenti masa nak masuk Mini Europe ni. Bagi aku park ni sesuai untuk semua golongan umur, budak ka orang tua ka. Dan dalam park ni ada miniature monument atau attraction penting setiap negara anggota EU.

Entrance fee tak mahal sgt, dan bernasib baik Haziq & Damia tak kena bayau sbb entrance utk kinder ikut ketinggian bukannya umur.
Takyah nak cerita lebih2 pasal apa yg ada dlm Mini Europe ni, tgk gambo je lah tapi budak2 seronok tgk miniature ni semua. Terutama bila tgk miniature tempat2 yg pernah kami pergi. Pendek kata sesapa yg dtg Brussel kalau tak melawat Mini Europe, kira tak sah lah, kira tahap wajib dah melawat Mini Europe ni.














Puas pusing dlm Mini Europe, baru la kami amik subway semula untuk pi ke city center. Destinasi kedua ialah Grand Place.
Sepanjang perjalanan ke Grand Place, boleh nampak byk suasana yg menarik. Bangunan pun lama2 jugak cuma tak crowded kalau compare dgn Paris.
Satu lagi Brussel atau Belgium terkenal dgn coklatnya. Tak sah jugak kalau mai sini kalau tak beli coklat.
Oleh itu beli la kami beberapa kotak coklat Belgium ni. Memang sedap sungguhhhh... sungguhhh!

Gambar bawah ni lah area Grand Place. Setiap August every 2 year akan ada karnival bunga kat disini. Kiranya dataran depan Grand Place ni akan di penuhi hamparan bunga2an. Kalau tak silap tahun ni ada.


Di kawasan beredekatan Grand Place ni ada few kedai souviner yg boleh la kalau nak beli apa2 cuma harganya agak mahal sket.

Dan satu lagi jgn lupa biskut Belgium. Tgk gambar bawah, dalam kedai biskut tu. Biskut akan diletak dalam tin yg ala2 klasik gitu. Rasa biskut tu boleh tahan jugak sedapnya terutama yg ada coklat didalamnya. Ni kira wajib beli jugak le kalau mai sini.

Haaaa... satu lagi trademark Belgium..... waffle!! Sebut waffle org akan kaitkan dgn Belgium... Belgium waffle! So kalau dah mai sini wajib sekali lagi rasa waffle yg dijual di merata2 restoran atau gerai di Brussel ni. Rasanya mmg lain dari waffle yg ada di Msia, US, Vienna atau mana2 yg aku pernah rasa. Unik sket rasanya, ada manis2 sket, tambah pulak makan dgn spread cream.. waduhh waduhhh... cerita byk pun tak guna.. memang sedap!!!! Tak terkata lagi dah!
Kami sambung lagi jelajah, kali ni tuju ke Parc Du Cinquantenaire, ada satu pintu gerbang besau disini. Dari stesen subway yg kami turun berhadapan dgn bangunan EU ni. Oh ya, fyi Brussel ialah capital city untuk EU.
Ini le pintu gerbang besar tu. Sori la aku tak tau apa sejarah disebalik park ni, tapi pintu gerbang ni agak menarik jugak lah.
Dari park ni kami naik subway untuk pergi ke EU Parliament... sempat la sesat sekali, salah tgk peta. Punya la cari EU parliament ni, bangunannya baru, tapi sayang takda apa2 monument ka arca ka yg kira mcm landmark untuk tempat ni, so kami cuma boleh posing kat dinding yg ada tulis European Parliament ni je. Jadi le dari takda langsung.
Dari EU Parliament kami bergerak untuk balik ke hotel sbb habis dah tempat menarik di Brussel ni. Kami menapak je dari EU Parliament ke hotel tak jauh sgt dlm 2 km kot. Dan kami cadang nak makan on the way ke hotel kat satu restoren ni. Sebenarnya semasa dlm subway, ada iklan kat atas pintu pasal restoren ni yg sediakan all halal food. Dari alamatnya kebetulan restoren ni terletak tak jauh dari hotel. So on the way balik singgah le, perut pun bole tahan lapar ni.
Haa tengok le masing2 tak hingat dah order makanan dan makan. Lama tak makan macam ni kat luar, sekali jumpa tak tgk kiri kanan dah... sempat lagi bungkus bawak balik untuk makan malam... sedapp jugakk. maaf la ye kalau terliur pulak...

Ni le kawasan hotel apartment yg kami tinggal. Aha.. di Brussel ni agak ramai org Islam jugak. Boleh jumpa org pakai tudung di mana2. Even tgh jalan2 petang semalam kami jumpa kedai butchery yg jual daging mentah halal. Tapi org Islam sini rasanya mostly dari Afrika Utara kot sbb rupa dan style depa lain dari kat Vienna. Kat Vienna ni ramai dari Turki.

Dan kat Brussel ni mostly org depa boleh cakap english. Dan signboard, notice board or iklan, mostly guna 4 bahasa berlainan, French, Germans, Dutch & English. Kalau tak silap Belgium ada 3 official language, French, Dutch & Germans. Ada region2 dlm Belgium yg guna bahasa tertentu, dan kat Brussel kira rojak le, boleh dgr mcm2 bahasa. Unik sikit Belgium ni, lebih kurang mcm Switzerland jugak le yg guna bahasa French, German & Italy depends pada region2nya.

Esok kami akan sambung road trip kami ke destinasi teraknir iaitu Amsterdam. Kami akan tinggal 3 malam di Amsterdam nanti. Semua orang yg pernah pi kata Amsterdam ni cantik bandarnya...











2 comments:

melin melinda said...

assalammualaikum Kak Ulin,

Saya, kawan suhaila sepupu kak Ulin,
best nyer tengok catatan kak Ulin sefamili pergi bercuti..i feel so envy....rasa mcm nak je terbang pergi tempat yang kak Ulin pergi...ekekeke...kat brussel ada mini europe...tapi kan kak..kat Netherlands pun ada satu taman yang ala2 mini europe ni...nama tempat tu..Madurodum...terletak kat the Hague..tak beraa jauh dari amsterdam lah...tempat tu pun cantik....saya dah pergi tempat ni...hmm..transit satu hari masa nak pergi US...so, sempat lah merasa angin Belanda...masa akak cerita tentang Amsterdam..terbayang-bayang di ingatan ni...yg ruginya...saya tak jumpa pun kedai halal yang akak pergi tu...rugi sungguh.....kalau akak ada masa...akak boleh lah melawat blog saya...http://rechoncho.blogspot.com/...

so, akak....nice to read your blog...rajin2 menulis yer kak...saya minat nak baca catatan di luar negara akak tu...manalah tahu saya ada rezeki nak ke sana jugak...best yer...boleh mintak rujukan dan panduan dari akak...

ulin said...

hehehe...bukan akak lah tulis melinda...err ye ke nama nih hehehe...hubby akak yg tulis...akak cuma tukang posing je kekekek....tapi kalau ke luar negara ke apa salahnya contact akak ..no problem..suhaila ade detail pasal akak heheheh.....