Nuffnang

Monday, July 21, 2008

Road Trip... alkisah.... day 2



July 8th, bermulanya acara jalan kaki sekeluarga di sekitar bandar Munich. Dari hotel, jalan kaki dlm 200m ke stesen bus. Ambik bus ke stesen subway U6 yg terdekat, dlm 4 stops. Di Munich kami beli tiket family dgn harga Euro 9. Boleh pakai untuk keluarga or group up to 5 person dan boleh guna untuk bus, tram & subway sekitar Munich.



Sampai di Munich city centre, bermula di area Marlenplatz, ramai tourist tercangak2 posing tangkap gambar. Suasana ada persamaan dgn Vienna, dgn bangunan lama di kiri kanan.


Berpandukan map yg diambil dari hotel, jelajah lah kami disekitar Munich. Singgah di area Viktualienmarkt, iaitu pasar open air. Macam2 ada dijual, dari daging, bunga, kraf, sayur2 dan makanan. Sampai disini budak2 dah start buat perangai, nak makan bila nampak kedai Nordsee. Kedai Nordsee ni agak popular di Vienna, yg mana dia cuma jual seafood. Berhenti la makan sekejap di Viktualienmarkt ni.




Sambung lagi berjalan sekitar Munich. Ada few bangunan2 lama yg menarik tapi aku dah lupa la pulak namanya. Bandar Munich ni tak besar, cukup kalau berjalan selama satu hari je. Sempat jugak singgah di HRC dan kedai Bayern Munich Fan shop.




Antara area yg menarik di lawat di Munich ialah Karlsplatz, shopping area untuk souviners. Dan banyak bangunan dan tempat2 sejarah lain yg menarik yg boleh dilawat di Munich ni. Aku dah lupa nama2 tempat tu semua.. sori laa..







Selepas puas jalan 2 di sekitar city center, kami naik subway semula untuk ke BMW Welt dan Munich Olympic Park. Kedua2 ni terletak bersebelahan, so perlu turun di stesen yg sama. BMW Welt ini ialah galeri BMW, semua model terkini dan sejarah BMW ada dipamerkan disini. Bole la merasa duduk dalam model terbaru BMW iaitu X6... merasa duduk je le... Bangunan headquarters BMW dan kilangnya jugak terletak bersebelahan.










Gambar terakhir posing mcm dlm kereta sendiri di BMW Welt sebelum kena sound dgn mamat pakai kot kat belakang tu..kwang kwang kwang!

Kalau tak mampu beli kereta BMW, dpt beskal BMW pong jadiklah..


Dari BMW Welt ni jalan kaki ke Olympic Park, tempat dimana sukan Olympic tahun berapa ntah yg diadakan di Munich. Ramai pelawat datang disini, binaan stadiumnya cantik dan parknya cantik jugak. Sempat rehat disini untuk makan bekal yg kami bawak. Letih dah semuanya berjalan kaki.








Dari sini kami amik subway semula untuk balik ke hotel. Dalam pukul 6 pm sampai hotel semula. Oleh kerana tempat tinggal ni pure hotel so terpaksa la masak guna periuk nasi letrik tu untuk masak nasi dan lauk2. Hentam saja la.. janji kenyanggg....

No comments: