Nuffnang

Monday, July 21, 2008

Road Trip... alkisah.... day 1


Kami bertolak dari Vienna pada July 7 lebih kurang pukul 11am. Destinasi pertama ialah Munich. Kami akan melalui bandar Salzburg yg terkenal dgn kecantikan pemandangan alam semulajadinya dan winter sport. Dari Vienna ke Salzburg amik masa lebih kurang 3 jam. Dalam lebih kurang pukul 2 pm, kami menghampiri Salzburg. Pemandangan dikiri kanan jalanraya mmg cantik, pemandangan gunung ganang, tasik2 besar, memang cukup cantik. Suhu diluar pula makin rendah dalam sekitar bawah 25C. Suasana di Salzburg ada persamaan dgn suasana di bandar Bariloche di Argentina cuma di Salzburg ia dikelilingi oleh banjaran Alps manakala di Bariloche dikelilingi banjaran Andes berhampiran sempadan Chile.







Sebelum bandar Salzburg kami terlihat tasik yg cukup cantik di sebelah kiri bernama Mondsee, kebetulan dah waktu makan tengah hari, kami berhenti rehat dan lunch disini sambil2 cuci mata melihat pemandangan sekeliling.
Sesiapa yg datang ke Austria tak lengkap kalau tak melawat Salzburg, tempat dimana penggambaran untuk filem klasik Sound of Music dibuat.



Lepas perut dah kenyang, gambar dah snap sana sini.. kami sambung perjalanan ke Munich. Dari Salzburg kami drive lagi 2 jam untuk sampai ke Munich. Sampai di Munich sekitar pukul 5pm, kena time orang balik kerja. Jalan pun agak jam sikit semasa dalam sekitar Munich untuk ke hotel. Pukul 6 pm dah selamat check in hotel di Munich. Kami tinggal selama 2 malam di Munich ni.

No comments: