Nuffnang

Monday, June 9, 2008

UEFA Euro 2008!!!! part 1

Setelah sekian lama promosi dan berbagai aktiviti berkaitan Euro 2008 diadakan di Vienna, akhirnya bermulalah kejohanan Euro 2008 di Austria dan Switzerland. Sambutan amatlah meriah di Vienna ini. Dimana2 sahaja boleh kelihatan bendera2 negara yg bertanding dikibarkan. Kereta2 melekatkan bendera negara masing, meluncur diatas jalan raya dan orang ramai di sekitar Vienna memakai baju pasukan kegemaran masing2.

June 08, 2008 perlawanan pertama bermula di Vienna. Kami sekeluarga pun tak melepaskan peluang sama2 meraikan kedatangan Euro 2008. Austria akan menentang Croatia di Vienna. Hari Ahad lepas zohor kami keluar rumah pergi ke stadium Ernst-Happel yg terletak dalam Vienna jugak. Cuma perlu naik subway dari stesen berdejakatan dgn rumah. Dalam subway pun dah meriah, dengan gelagat penyokong Croatia yg melalak2. Boleh nampak penyokong Croatia ni agak ramai kalau dibandingkan dengan penyokong Austria ni.

Sampai di stadium dalam pukul 2 ptg, sudah ramai penyokong2 Croatia duduk melepak diluar stadium padahal perlawanan cuma akan start pukul 6pm. Bising kawasan sekitar stadium dengar orang menyanyi2 dan bunyi air horn. Tangkap gambar 2-3 keping, kami pun belah pergi ke kawasan Praterstern pulak.Praterstern ni kawasan taman permainan atau theme park utama di Vienna. Dikawasan ni ada disediakan Fanzone untuk peminat bola yg tidak pergi ke stadium. Disini disediakan satu big screen untuk tengok game bola nanti. Disini pun begitu ramai dah penyokong2 fanatik negara masing2. Dan sekali lagi kalau dilihat dari pakaian masing2, penyokong Croatia lebih ramai dari penyokong Austria. Puas tengok gelagat orang kat sini, kami pergi pulak meronda kawasan city center.


Di pusat bandar disediakan satu kawasan Fanzone yg berpagar untuk peminat2 menonton perlawanan bola nanti. Dalam kawasan ni ada 10 big screen, berbagai-bagai booth, gerai jualan makanan, souviner & gerai penaja. Dari Praterstern, kami turun di stesen Museumquartier, di luar area Musuemquatier ni ada diletakkan replika kasut bola yg dicatkan dgn bendera negara2 yg bertanding. Apa lagi, berposing la sekali lagi masing2 di sekitar kawasan ni. Dari sini kami jalan2 ke pintu masuk Fanzone pulak. Orang dah berpusu-pusu di luar Fanzone.


bersambungg.....



No comments: