Nuffnang

Sunday, June 22, 2008

UEFA Euro 2008!!!! part 4

Jumaat June 20th lepas kerja kami sekeluarga pi jalan2 kat city center again. Hari Jumaat official office hour abis pukul 4pm, tapi aku cabut awal pukul 3pm sbb ari tu takda keje sgt. Dah balik awal boleh la bawak budak2 jalan2 sket tgk org Croatia & Turkey "meroyan" kat bandar.

Baru je keluar stesen subway kat tgh bandar, ternampak sekeluarga macam org Malaysia. First depa bagi salam, lepas tu sah lah mmg orang Malaysia datang melancong di Vienna dan juga few other negara Europe yg lain. Sempat sembang sekejap, amik gambar. Depa nak balik esok so tak sempat nak jemput ke rumah.

Sambung jalan lepas, tu, boleh nampak dah ramai penyokong2 Croatia dimana-mana tapi heran jarang2 sorang nampak penyokong Turkey. Biasalan penyokong orang putih ni, kalau tak kecoh bising2 sambil minum arak, mmg tak sah. Tapi diorang ni tak kacau orang, cuma depa happy2 celebrate sesama depa je lah. Mmg ramai dah orang Croatia ni berkumpul dimana sekitar area Stephanplatz. Kami pusing2 sekejap je lepas tu decide utk balik sbb nampak orang Croatia ni makin ramai dah ada yg mabuk2, dan botol2 pecah dah bersepah2. Jadi kami amik subway balik ke Reumanplatz semula iaitu area rumah kami.








Area Reumanplatz ni mmg dah dikenali sebagai area orang2 Turkey, sampai je ke stsesen ni, penyokong2 Turkey mmg dah ramai berkumpul di sini. Ternampak ramai polis dan grup2 org Turkey dok bersorak2 dari jauh. Kami pun tumpang usha la lebih kurang dari dekat. Rupanya depa di duk bersorak2 sambil duk menyanyi dari atas kereta, kecoh sungguh! tapi polis relek je tengok dari jauh. Depa tak kacau cuma standy in case ada yg buat lebih2 atau ganggu keselamatan.






Tapi satu je lah penyokong Turkey ni... bila depa menang, kecoh hingar bingar satu bandar dibuatnya. Kebetulan game malam tu Turkey yg menang... start pukul 12am... dah dia buat perangai dia semula dah... sampai pukul 4 am baru reda sikit... adussss tensennya dgn orang turkey ni!! Mmg kacau orang tido tgh malam buta ni. Mentang depa ramai... kecoh dibuatnya!

Mintak2 kalah le Turkey ni lawan Germany nanti!!!


No comments: