Nuffnang

Thursday, June 19, 2008

UEFA Euro 2008!!!! part 3


Ahad lepas kami jelajah lagi sekitar city center, tengok gelagat peminat2 bola disini. Kebetulan malam tu ada game Turkey lwn Czech. Jadi boleh lihat ramai penyokong Turkey berkeliaran dgn fesyen masing. Boleh lihat jugak group2 peminat Germany berkeliaran walaupun Germany akan lawan Austria next day, hari Isnin. Peminat Germany ni lebih fanatik sket, suka menanyi ramai2 terjerit2 ditengah orang ramai. Sempat la jugak snap gambar satu grup peminat Germany ni duk menyanyi entah apa lagu.

Sekali lagi kami masuk ke area Fanzone, tapi sbbkan masih awal, org pun tak brapa ramai so senang sket nak berjalan. Ada konsert nyanyian tg berjalan, tak sure artist mana, tak kenal pun. Sempat la kutip souviner dari sponsor Euro semasa kat dlm fanzone tu.

On the way balik, terserempak dgn grup peminat Turkey yg nak pi ke fanzone, ramai betul dgn siap gendang sekali, nyanyi2 sambil berarak. Kecoh betul org Turkey ni, lagi kecoh kalau tema diorang menang. Dan nasib mereka baik, Turkey menang game malam tu. Apa effectnya kat orang lain?? Start dari pukul 11pm sampai pukul berapa ntah (sbb aku dah tertido..) kecoh kat jalan raya org2 Turkey ni dok bunyikan horn kereta. Adoii tensennya...

video

Nasib baik aku tak kerja mlm tu kalau tak kena menapak lagi cari taxi macam last week kebetulan kena pergi site tgh malam pukul 12am, sama time Turkey menang dgn Greece... org2 Turkey ni dok buat bising kat jalan raya. Aku call taxi utk pickup, depa tanak dtg sbb jalanraya jam tgh2 malam buta dgn org Turkey ni. Terpaksa la aku menapak dlm 300m ke stesen teksi yg paling dekat dgn rumah. Siot betul org Turkey ni (dlm hati je la...), nyusahkan org betul!! Itu baru menang game permulaan, kalau jadi juara, ntah camana la jadinya pulak!

video

Oh yaa, kalau nak tau komuniti org Turkey di Austria ni mmg besar. Mana2 ada org depa, kedai depa... tapi perangai org2 muda Turkey ni pelik sket compare dgn local Austrian. Pelik camana?? entahlah... no comment!

No comments: