Nuffnang

Tuesday, June 10, 2008

UEFA Euro 2008!!!! part 2

Ada banyak pintu masuk ke Fanzone ni. Kawalan agak ketat untuk masuk, siap ada body check lagi. Kebetulan cuaca hari ni mmg cantek betul, dlm 23C, tak la panas sgt. Kena la beratur sekejap nak masuk. Didalam Fanzone ni dah ramai orang duk buat aktiviti masing, ada yg berjemur, ada yg dok layan booth penaja, ada yg shopping souvenirs, ada yg main game yg disediakan...mcm2 ada. Memang meriah betul tengok gelagat orang ramai disini. Macam satu perayaan pulak. So jalan2 lah kami dalam area ni, dengan bunyi muzik yg kuat dgn bunyi mcm2 benda lain.. kecoh! Macam2 rupa orang, mcm2 jenis pakaian.




video


Nampak jugak 2-3 kerat penyokong negara selain dari Austria & Croatia, mcm Germany, Sweden, Poland & Italy (termasuklah aku pakai baju Sweden, Haziq pakai baju Italy dan Faris pakai baju Austria...;-)). Yg menarik ada jugak satu keluarga ni yg pakai baju England yg tak layak masuk kali ni. Ni mesti penyokong England ni. Kalau penyokong England betul2 ada lagi kecoh rasanya. Tapi yg pasti tak lupa berposing lagi dalam kawasan ni.


Dah letih berjalan, hampir pukul 6pm kami pun cabut, sbb orang dah mula ramai, bersesak2 di kawasan screen utama. Untuk pergi ke stesen subway terdekat untuk balik ke rumah, kena jalan kaki ke area pusat bandar, yg tak menariknya berbagai2 sampah terutama tin2 arak & botol2 yg pecah dimerata2. Kacau betul, ini lah yg tak bagus nya peminat bola mat saleh ni. Depa tak bole tinggal dgn arak. Jangan bila dah mabuk duk buat kacau tak tentu pasal dah lah. Tapi disekita bandar memang polis dah bersedia di mana2 ceruk. Tapi yg pastinya peminat Croatia ni kurang disiplin sikit, duk buat bising, kecih sana sini bila dah mabuk. Memang depa lagi ramai dari penyokong Austria.



Dah puas berjalan, akhirnya balik rumah tengok bola depan TV...lagi syok..dok atas sofa sambil baring.. yg tak syoknya Austria kalah! Takpa ada lagi 2 game.


video
Ohh sebelum terlupa, semasa hari Sabtu, balik dari majlis makan2 di embassy sempena hari jadi Agong, semasa kami drive balik ke rumah. Di salah satu traffic light yg kami berhenti, ada satu kereta penuh dgn penyokong Poland berhenti disebelah. Aku pandang depa, diorang siap angkat2 tangan tanda bagus, aku pun layan je la. Aik aku heran jugak, kenapa depa buat mcm tu, rupanya diorang tengok Ulin pakai baju kurung & tudung kaler serba merah!! Depa ingat kami penyokong Poland jugak kot!! hahaha...

Jumpa lagi next week....

No comments: