Nuffnang

Sunday, June 22, 2008

Happy 3rd Birthday Damia!!!


Hari ni June 22nd, 2008, ialah ulangtahun hari lahir Damia yg ke 3... dah besau dah Damia, sedar tak sedar dah 3 tahun. Dah macam2 karenah bila dah besar ni, dan yang pasti karenah anak perempuan ni sikit berbeza dgn yg lelaki.



Jadi hari ni pepagi aku dgn Damia pi beli kek birthdaynya di Tichy iaitu kedai icecream maker yg di"nobat"kan sbg yg paling sedap di Austria!! Kedai ni tak jauh dari rumah, cuma 15 mins jalan kaki je. Orang austria mmg fanatik ice cream, aku pegi restaurant Tichy ni pukul 10am, dah beratur 5 line org nak beli ice cream. Restaurant Tichy ni mmg jual ice cream sahaja yg perlbagai bentuk dan rasa. Kalau tak silap kedai Tichy akan tutup kalau tak silap sepanjang October sampai March. Ye lah, kalau dah cuaca sejuk2 sapa la pulak nak beli ice cream.





Sebenarnya bukan kek tapi pure icecream yg berbentuk kek. Didalamnya ada perasa coklat, strawberry and vanilla. Damia ni mmg peminat ice cream, kalau beli icecream kon di McD, dia boleh makan sorang2 sampai habis, orang lain tak boleh nak usik dah. Jadi bila beli ice cream bentuk kek ni, mmg dia yg makan paling banyak. Tambah pulak ice cream Tichy memang sedap betullllll...... slurrppppppp!!!



video

1 comment:

shahrul said...

perang dh rambut budak2 tu mcm matsalleh...