Nuffnang

Sunday, June 29, 2008

Euro 2008- The Finale: Deutschland vs Espana!!!


Hari ini ialah hari perlawanan penentuan siapakah juara Euro 2008 antara Germany vs Spain. Tadi di city center ramai peminat2 Spain dan Germany di mana2. Macam2 gelagat boleh dilihat, dan kali ni ramai yg ambik kesempatan menjual cenderamata sempena final game ni.




Salah satu yg menarik tadi ialah bas ala2 disko bergerak ni, bergoyang2 dgn bunyi muzik yg kuat. Ramai orang yg tak ketinggalan ambil gambar bas ni.



video


video


Dalam ramai2 orang yg bawak sepanduk kecik, biasanya dgn nota "ticket for sale" dan "looking for ticket". Tapi yg ni unik sket... ramai org berhenti snap gambar mamat ni..



Faris sibuk nak beli kain rentang yg ada tulis Germany vs Spain, final match ni.


On the way ke fanzone, terserempak dgn 2 student Malaysia yg study di Liverpool. Depa dlm tour around europe. Boleh terlupa pulak nak ambil gambar sekali dgn mereka, ni je yg ada, gambar kebetulan dari belakang.


Macam2 cenderamata yg dijual di tempat orang ramai. Biasanya dlm harga Eur 10 - Eur 15. Lebih murah dari kedai biasa. Tapi tadi di kedai official Euro2008 yg jual tshirt, etc.. harga2 sudah turun 50% kecuali yg berkaitan dgn Germany & Spain.





Darth Vader pun jadik mangsa peminat Euro2008! Tapi depa ni semua sporting...








Enjoy short clip, gelagat2 penyokong Germany & Spain tadi...



video



video


video

Saturday, June 28, 2008

Crystal@www.Dotzauer.com

Salah satu produk terkenal dari Austria ialah crystal terutamanya jenama Swarovski. Terkenal kerana kualiti dan buatannya yg bermutu tinggi tak lupa harganya pun buleh tahan tinggi jugak.



Pagi tadi kami pergi ke kedai menjual crystal bernama Dotzauer. Kedai ni terletak di luar Vienna, yg amik masa dlm 30min drive.

Sesiapa yg datang ke Austria, kalau tak beli barang crystal, kira tak lengkap lah kunjungan ke Austria.

Istimewanya kedai ni, harganya murah sedikit kalau compare dgn kedai2 di Vienna dan orang Malaysia boleh dapat diskaun 20% utk apa2 barang yg dibeli. Actually diskaun ni untuk orang embassy, tapi kami pergi dgn keluarga abg Shimi & kak Imah yg kerja dgn embassy, so tumpang semangkuk lah dpt diskaun jugak.

Tadi belilah juga rantai kristal untuk Damia, hadiah birthday dia. Sini aku letak few pics crystal utk hiasan diri, kalau berkenan bagitau kalau nak kirim2...


Schulefeiertag!!!

Semalam ialah hari terakhir sekolah untuk sessi 2007/2008. Kalau disini hari terakhir adalah hari dimana murid2 diberikan report card untuk full school year. Untuk Faris pencapaiannya setakat ni ok untuk semua subject kecuali General knowledge yg tak dpt gred 1 dan Germans as Foreign Language yg belum boleh di graded lagi. Hopefully next year will be improved.

Tapi semalam juga adalah last day untuk Faris jumpa best friend dia iaitu Martin & Peter. Depa berdua ni balik berpindah semula ke USA. Faris cukup kamceng & ngam dgn dua orang ni, maybe sbb communication tadak masalah & origin depa kot. Kesian Faris, bila gred 4 September nanti tadak dah kawan rapatnya...



Haziq pulak semalam last day utk di kindergarten. Sedih cam nak nangis je Haziq bila peluk2 dgn cikgu2nya untuk last day bila cikgu2 dia bisik2 something kat telinga dia in Deutsch. Haziq mmg cukup suka dan seronok dgn sekolah dia ni, cikgu2nya semua baik2 & kawan2 semua ok. Harap September nanti di Gred 1, Haziq akan enjoy bersekolah seperti dia di kindergarten.


Gelagat Euro 2008- Italy vs Spain

Enjoy the pics taken during the match day of Italy vs Spain on 22nd of June 2008.

Jangan lupa Euro 2008 Finale Germany vs Spain esok!!!













Sunday, June 22, 2008

Happy 3rd Birthday Damia!!!


Hari ni June 22nd, 2008, ialah ulangtahun hari lahir Damia yg ke 3... dah besau dah Damia, sedar tak sedar dah 3 tahun. Dah macam2 karenah bila dah besar ni, dan yang pasti karenah anak perempuan ni sikit berbeza dgn yg lelaki.



Jadi hari ni pepagi aku dgn Damia pi beli kek birthdaynya di Tichy iaitu kedai icecream maker yg di"nobat"kan sbg yg paling sedap di Austria!! Kedai ni tak jauh dari rumah, cuma 15 mins jalan kaki je. Orang austria mmg fanatik ice cream, aku pegi restaurant Tichy ni pukul 10am, dah beratur 5 line org nak beli ice cream. Restaurant Tichy ni mmg jual ice cream sahaja yg perlbagai bentuk dan rasa. Kalau tak silap kedai Tichy akan tutup kalau tak silap sepanjang October sampai March. Ye lah, kalau dah cuaca sejuk2 sapa la pulak nak beli ice cream.





Sebenarnya bukan kek tapi pure icecream yg berbentuk kek. Didalamnya ada perasa coklat, strawberry and vanilla. Damia ni mmg peminat ice cream, kalau beli icecream kon di McD, dia boleh makan sorang2 sampai habis, orang lain tak boleh nak usik dah. Jadi bila beli ice cream bentuk kek ni, mmg dia yg makan paling banyak. Tambah pulak ice cream Tichy memang sedap betullllll...... slurrppppppp!!!



video

UEFA Euro 2008!!!! part 4

Jumaat June 20th lepas kerja kami sekeluarga pi jalan2 kat city center again. Hari Jumaat official office hour abis pukul 4pm, tapi aku cabut awal pukul 3pm sbb ari tu takda keje sgt. Dah balik awal boleh la bawak budak2 jalan2 sket tgk org Croatia & Turkey "meroyan" kat bandar.

Baru je keluar stesen subway kat tgh bandar, ternampak sekeluarga macam org Malaysia. First depa bagi salam, lepas tu sah lah mmg orang Malaysia datang melancong di Vienna dan juga few other negara Europe yg lain. Sempat sembang sekejap, amik gambar. Depa nak balik esok so tak sempat nak jemput ke rumah.

Sambung jalan lepas, tu, boleh nampak dah ramai penyokong2 Croatia dimana-mana tapi heran jarang2 sorang nampak penyokong Turkey. Biasalan penyokong orang putih ni, kalau tak kecoh bising2 sambil minum arak, mmg tak sah. Tapi diorang ni tak kacau orang, cuma depa happy2 celebrate sesama depa je lah. Mmg ramai dah orang Croatia ni berkumpul dimana sekitar area Stephanplatz. Kami pusing2 sekejap je lepas tu decide utk balik sbb nampak orang Croatia ni makin ramai dah ada yg mabuk2, dan botol2 pecah dah bersepah2. Jadi kami amik subway balik ke Reumanplatz semula iaitu area rumah kami.


video


video


Area Reumanplatz ni mmg dah dikenali sebagai area orang2 Turkey, sampai je ke stsesen ni, penyokong2 Turkey mmg dah ramai berkumpul di sini. Ternampak ramai polis dan grup2 org Turkey dok bersorak2 dari jauh. Kami pun tumpang usha la lebih kurang dari dekat. Rupanya depa di duk bersorak2 sambil duk menyanyi dari atas kereta, kecoh sungguh! tapi polis relek je tengok dari jauh. Depa tak kacau cuma standy in case ada yg buat lebih2 atau ganggu keselamatan.


video



Tapi satu je lah penyokong Turkey ni... bila depa menang, kecoh hingar bingar satu bandar dibuatnya. Kebetulan game malam tu Turkey yg menang... start pukul 12am... dah dia buat perangai dia semula dah... sampai pukul 4 am baru reda sikit... adussss tensennya dgn orang turkey ni!! Mmg kacau orang tido tgh malam buta ni. Mentang depa ramai... kecoh dibuatnya!

Mintak2 kalah le Turkey ni lawan Germany nanti!!!


video

Saturday, June 21, 2008

Ikan ohh ikan....


Ikan oh ikan... kalau di Vienna ni, nak cari ikan laut segar mmg dlm mimpi lah. Semuanya ikan beku, "kerah ketung" kata org Tganu... tu pun mahal. Setakat ni yg segar sikit ikan yg dlm gambar tu. Aku pun tak tau lah apa nama ikan tu dlm bahasa melayu atau english. Tapi yg pasti, rasanya boleh tahan jugak la, dah takda yg lain, hentam saja laa..

Teringat semasa tinggal kat Ampang, setiap Ahad pergi pasar tani kat Taman Melawati, beli ikan siakap yg hidup, penjual tu tolong potong & bersihkan. Balik rumah goreng, makan panas2, isi putih dan manis, cecah pulak dgn kicap + cili api + asam limau... adoiii... fuhhh meleleh ayaq lioqq....

Thursday, June 19, 2008

UEFA Euro 2008!!!! part 3


Ahad lepas kami jelajah lagi sekitar city center, tengok gelagat peminat2 bola disini. Kebetulan malam tu ada game Turkey lwn Czech. Jadi boleh lihat ramai penyokong Turkey berkeliaran dgn fesyen masing. Boleh lihat jugak group2 peminat Germany berkeliaran walaupun Germany akan lawan Austria next day, hari Isnin. Peminat Germany ni lebih fanatik sket, suka menanyi ramai2 terjerit2 ditengah orang ramai. Sempat la jugak snap gambar satu grup peminat Germany ni duk menyanyi entah apa lagu.

Sekali lagi kami masuk ke area Fanzone, tapi sbbkan masih awal, org pun tak brapa ramai so senang sket nak berjalan. Ada konsert nyanyian tg berjalan, tak sure artist mana, tak kenal pun. Sempat la kutip souviner dari sponsor Euro semasa kat dlm fanzone tu.

On the way balik, terserempak dgn grup peminat Turkey yg nak pi ke fanzone, ramai betul dgn siap gendang sekali, nyanyi2 sambil berarak. Kecoh betul org Turkey ni, lagi kecoh kalau tema diorang menang. Dan nasib mereka baik, Turkey menang game malam tu. Apa effectnya kat orang lain?? Start dari pukul 11pm sampai pukul berapa ntah (sbb aku dah tertido..) kecoh kat jalan raya org2 Turkey ni dok bunyikan horn kereta. Adoii tensennya...

video

Nasib baik aku tak kerja mlm tu kalau tak kena menapak lagi cari taxi macam last week kebetulan kena pergi site tgh malam pukul 12am, sama time Turkey menang dgn Greece... org2 Turkey ni dok buat bising kat jalan raya. Aku call taxi utk pickup, depa tanak dtg sbb jalanraya jam tgh2 malam buta dgn org Turkey ni. Terpaksa la aku menapak dlm 300m ke stesen teksi yg paling dekat dgn rumah. Siot betul org Turkey ni (dlm hati je la...), nyusahkan org betul!! Itu baru menang game permulaan, kalau jadi juara, ntah camana la jadinya pulak!

video

Oh yaa, kalau nak tau komuniti org Turkey di Austria ni mmg besar. Mana2 ada org depa, kedai depa... tapi perangai org2 muda Turkey ni pelik sket compare dgn local Austrian. Pelik camana?? entahlah... no comment!