Nuffnang

Thursday, May 22, 2008

Schönbrunn Palace

Schönbrunn atau Schoenbrunn Palace ni salah satu Austria punya most important monument dan major tourist attraction. Palace ni juga listed sebagai salah satu UNESCO World Cultural Heritage punya site. Kawasan Schonbrunn ni memang luas betul atau huge atau "bigger than huge" bak kata Phoebe dlm siri Friends. Tourist boleh masuk dan tour dalam istana tu tapi kena bayar tiket, kalau tak silap EUR 9.50 for adult. Boleh la melawat bilik2 dlm istana tu, barang2 lama kegunaan keluarga bekas raja2 Austria dulu kala.
Kami pernah masuk melawat dalam istana semasa winter lepas tapi hari ni kami cuma melawat kawasan taman sekita istana ni. Musim spring sekarang ni mmg sesuai melawat sbb pokok2 pun dah hijau balik dan macam2 bunga boleh dilihat. Untuk melawat kawasan taman2 tak perlu apa2 bayaran. Sekarang ni mmg ramai tourist datang melawat.

Semasa kami pergi tadi, berbagai pokok bunga ros dah berbunga, berbagai2 warna. Memang agak cantik pemandangan sekitar taman ni. Kalau datang sini tak sah kalau tak mendaki sedikit untuk ke aras atas bukit taman ni, dimana boleh lihat pemandangan bandar Vienna. Aras atas bukit ni dengarnya tempat raja2 Austria ni berehat selepas berburu dulu kala. Pemandangan dari atas ni memang cantek. Tapi nak memanjat tu letih la sikit, tertonggek2 bontot nak memanjatnya.

Kami sempat la pusing2 sekitar taman ni, duduk2 sekejap menikmati pemandangan dari atas bukit ni. Disebelah taman atau kawasan istana ni ialah zoo Vienna yg mana asalnya ialah taman binatang raja2 dulu lah. Kami belum berpeluang nak melawat zoo lagi. InsyaAllah lain kali pergi melawat zoo pulak. Budak2 ni pun dah lama merungut ajak pi zoo. Oh ya kat zoo Vienna ni ada beruang panda, yg baru melahirkan anak masa winter bebaru ni. Kecoh dalam paper beberapa hari semasa panda ni beranak, suka bebenor orang sini dengan panda ni. video

1 comment:

shahrul said...

Ada bukit ke situ...tak perasan plak