Nuffnang

Sunday, May 18, 2008

Vienna -> Krems -> Wachau

Isnin May 12 lepas kat sini cuti umum, lupa pulak sempena apa tapi yg pasti berkaitan agama depa la, lantak la janji cuti. So kami sekeluarga decide untuk pi jalan2 ke bandar Krems, yg jaraknya dlm sejam drive dari Vienna. Ramai yg suggest utk pi jalan2 ke Krems ni during spring sebab bandar ni memang cantek katanya, dan salah satu bandar yg "must" visit untuk sesapa yg dtg ke Austria.Lebih kurang dekat pukul 11am kami keluar rumah bawak sikit bekal untuk lunch kat Krems nanti. Pukul 12pm lebih sampai ke destinasi, pusing2 kat bandar cari port untuk berhenti, ternampak jeti untuk bot. Bandar Krems ni terletak di tepi sungai Danube, so salah satu tarikan utama disini ialah cruise boat sepanjang Danube ni lah. Tak sure pulak sejauh mana boat ni pergi, tapi kami tak naik.Teringat tip yg kak Siti bagi, kalau mai sini pi carik gerai ikan bakar. Lepas pusing 2-3 kali terjumpa la gerai tu. Ramai orang rupanya, ada yg tgh makan ada yg beratur panjang untuk beli. Ulin turun pi beli sbb aku tunggu dlm kereta sbb parking block kereta orang. Beli dua ekor, Eur12, hmm boleh tahan jugak la. Ye la kalau kat Austria ni susah nak dpt ikan segar kecuali ikan sungai le. Dah beli, masuk kereta drive carik port untuk makan la pulak, dah tghari pun, bau dia fuhhh menggelegak tali perut tak tahan lapar. Sedap maaa...

Satu lagi tarikan bandar ni ialah tanaman anggur nya, bole nampak ladang anggur dimana2, dan juga pusat buat wine. La ni pokok anggur baru tumbuh daun2 balik, dulu time winter, tinggal batang je kontang kanting.

Kami drive kearah pekan Wachau cari port untuk makan, sepanjang jalan pemandangann mmg catik sekali, ladang anggur, lereng2 bukit, sungai Danube sebelah kiri, dan boleh nampak castle lama kat puncak bukit.

Jumpa small park tepi sungai dan dekat dgn ladang anggur, kami pun ber santap-santapan lah ikan bakar 2 ekor tu... fuhhhhh sekali lagi bukan takat baunya aja, rasa nya pun sedapp maaa... adoii lama tak pekena ikan segar bakar. Tapi aku pun tak tau apa jenis ikan yg dibakar tu, tau melantak je. Berebut2 kami sekeluarga 5 beranak makan ikan tu, tak usik dah makanan yg dibawak dari rumah. Damia cukup suka ikan bakar ni.. habis tinggal tulang je hingga menjilat jari le... susah nak cakap, kalau tak caya kesedapanya mai lah sini, boleh pi makan ikan bakar kat Krems.
Dah makan sempat pi posing sekejap kat tepi pokok anggur, kalau buah dah ada mesti lagi menarik, ini baru tumbuh pucuk2nya. lagi sebulan 2 berbuah kot???

Kami terus drive ke arah Wachau menyusur sepanjang sungai Danube, menikmati pemandangan, stop sekejap kat parking area, rupanya bole turun ke tepi sungai. Bukan main seronok budak2 ni bole main air. Ye la kat Vienna mana nak jumpa laut. Kat Dallas dulu pun sama.Kalau balik kg kat Ganu hari2 bole pi main laut.
Tepi sungai ni ada jugak orang duk berjemur, tapi nasib baik depa pakai baju..hehe.. bukan apa kalau kat Vienna silap2 togel je org austria ni berjemur kalau kat tempat tersorok sket.

Sempat la rehat sambil tunggu budak2 ni main air, dengan angin sepoi2... cuaca pun ok tak terlalu panas lagi... rasa nak tido je dah tepi sungai tu..Dah puas tepi sungai kami pun beransur2 drive balik semula ke Vienna, tapi sempat lagi singgah sekejap kat Krems semula untuk berfoto-fotoan.. Bergambar ni wajib kalau pi mana2.. bahan bukti kes ni, mana buleh tinggal..

ok jumpa lagi..

1 comment:

joe said...

testtt