Nuffnang

Saturday, May 31, 2008

Haziq@kindergarten


Petang semalam ada aktiviti Family Fest di kindergarten tempat Haziq belajar. Kali ini giliran kelas Haziq untuk buat persembahan. Dalam persembahan tu Haziq take part as a "whale". Kelakar la pulak tengok 4 orang sekali gus jadik "whale" ni. Persembahan ni berkaitan dgn binatang2, tapi aku tak pasti detailnya sbb semuanya in German. Jadi cuma tengok je la, "mende apa dia cakkap dok pahang starang lah pulok". Tapi yg pasti budak2 kelas semua pakai macam2 kostum la.

Bila sampai part Haziq, rupanya takda dialog untuk dia, cuma dia perlu geleng kepala bila ditanya oleh si "Ladybird" tu. Lagipun Haziq belum lagi boleh sgt bercakap German. Mengikut cakap cikgunya, Haziq dah boleh sikit2 cakap german dgn kawan2 sekelasnya, tapi dgn cikgunya dia malu so dia ckp english dgn cikgunya.

Cerita pasai kindergarten di Austria ni, agak berbeza dgn kindergarten di Malaysia atau di US. Kalau di Malaysia, semasa di tahap kindergarten, sudah di ajar membaca, menulis, mengira, so bila budak masuk sekolah, mostly dah pandai benda basic ni. Lagi bagus kalau di US, kindergarten sudah dianggap part of elementary school, dan juga sudah belajar asas membaca, mengira & menulis. Mula2 rasa pelik jugak, terutama bila tanya Haziq tiap kali dia balik dari sekolah, tanya apa dia belajar, dia akan cakap "tak belajar apa2, main je".. tapi bila tau mmg camtu caranya kindergarten kat sini, terima je la. Ajar sendiri la kat rumah asas2 tu semua.







Tapi di sini, di kindergarten tiada tumpuan pada membaca, menulis atau mengira ni. Mengikut cikgunya, benda2 tu semua akan bermula di Grade 1 atau darjah 1. So di kindergarten partly ala2 nursery gitu. Adalah aktivity mcm listening, kenal benda2 atau haiwan2, kenal benda2 sekeliling. Dan antara yg bagusnya, banyak aktivity outdoor, trip ke berbagai2 tempat. Boleh kata every month mesti ada 2-3 trip.

Oh ya.. disini tak ada bas sekolah! Pelik kan, tak sure pulak di bandar lain atau bandar kecik, tapi at least di Vienna ni takda la. Kalau ada outdoor trip, student akan naik public transport, bus, tram atau subway. Disini public transport very efficient & safe, so takda masalah langsung lah pasal ni. Suatu yg normal untuk lihat budak2 sekolah in group dgn 2-3 cikgu, naik tram or subway. Dan di Austria ni sekolah2 suka outdoor activity ni, even Faris pun selalu ada trip luar sekolah.

ok.. lagi sebulan saja lagi sekolah, lepas tu cuti selama 2 bulan sebelum start sessi baru 2008/2009 pada Sept. Tapi yang pasti Haziq memang suka bersekolah di kindergarten ni. Aha, satu lagi, kalau di US, pre-kinder dan kindergarten adalah percuma, tapi disini kena bayau. Tapi bayarannya bergantung pada pendapatan parents. Ada satu jabatan kerajaan yg uruskan kindergarten yg akan uruskan atau tentukan berapa kena bayar bulan2. Tapi itu cuma untuk kindergarten, bila masuk Grade 1 takda apa2 bayaran dah.

Satu lagi kelainan mengenai sistem pembelajaran disini, elementary school cuma setakat Grade 4, selepas tu akan start sekolah menengah atau middle school selama grade 5-8 dan disini student akan mula dipecahkan mengikut kebolehan. Disini sama pergi ke Gymnasium, atau normal secondary school. Dan disini kebolehan dalam mathematic amat penting untuk tentukan sekolah mana boleh dimasuki.


ok.. jumpa lagi.

No comments: