Nuffnang

Thursday, May 8, 2008

Happy Birthday Haziq!



Pada April 29 baru-baru ni ialah birthday Haziq yg ke 6... dah besar dah, tak lama lagi bulan September dah nak masuk darjah 1. Disebabkan April 29 jatuh during weekdays, jadi takda buat apa2 sgt. Ulin cuma buatkan sebijik kek... tapi di kindergarten Haziq cikgu dan kawan sekelasnya ada buat small party... tu yg dpt hadiah lilin dan picture yg Damia pegang tu..


Hadiah untuk Haziq dari kami?? Hehe.. awal2 lagi dia dah claim.. apa hadiahnya?? tu haa.. kasut roller blade.. sejak dapat kalau boleh tiap2 weekend nak pergi park main roller blade tu. Masih belum terer lagi.. slow2 la. sebelum ni pinjam Faris punya, la ni dah boleh join Faris main masing-masing punya la. Faris dah terer sket, laju la jugak bila bergerak tu..

Damia pulak?? tengok je le.. mana le dia reti lagi main roller blade ni. Tapi dia ada dia punya scooter dia tu. Akan dibawaknya jugak kalau pegi ke park.

Dengan cuaca spring sekarang ni, tiap weekend memang ramai orang akan pergi ke park dengan family. Cuaca pun ok tak terlalu panas or terlalu sejuk, biasanya dlm average 20C.

Itulah aktiviti biasa kami pada hari Ahad sbb disini semua kedai tutup pada hari Ahad. Budak2 ni pun suka bebenor kalau dapat pergi park. Yelah kalau during weekdays dah terperap je dlm rumah bila balik dari sekolah.

Happy birthday Haziq!!

No comments: