Nuffnang

Saturday, May 17, 2008

sana sini Euro 2008....

Semalam semasa on the way balik dari Faris punya dentist appointment, singgah sebentar di pusat bandar sbb awal lagi. Ye la, sekarang pukul 8:30pm baru maghrib, lambat la gelap. Ooo lupa, Faris la ni dah start pakai removable braces, untuk betulkan gigi atas dia. so once a month kena pi dentist visit.Jalan2 sekitar bandar, nampak di sekitar Rathaus ada ramai orang berkumpul. Rupanya ada persiapan atau rehearsal untuk acara Life Ball 08 sempena sambutan Euro 2008. Dengarnya Angelina Jolie salah sorang jemputan untuk acara ni. Kat Rathaus ni nanti ada big screen, utk tgk perlawanan bola Euro 2008 untuk sesapa yg tak nak pi stadium. Ada few other venue yg sediakan big screen ni.. happening jugak ni nanti.

Jalan2 ke depan lagi, ada dengar bising2 muzik. Rupanya ada street gig oleh group2 rasta & punk. macam2 jenis rupa boleh dilihat... ada yg pelik ada yg nampak gerun pun ada. Tapi yg pasti mostly mabuk2. Nak jalan dekat2 pun hati2, tapi acara ni polis punya la ramai duk kawal dari jauh.

Sempat juga layan grup punk buat live show, syok jugak. Mcm2 rupa bole tengok, tapi yg paling menarik couple punk laki bini bawak stroller sambil wife atau makwenya duk bagi susu sambil dukung. First time aku tengok laki bini punk dan ada anak... ganah sunggoh!

Lagi 20 hari ke Euro 2008 macam2 sambutan atau festival ada dibuat di sekitar Vienna ni, mostly during weekend la. Best jugak.. tak sabau nak tunggu Euro, nak tengok jutaan peminat bola dtg sini. Rugi England tak qualified kalau tak bole tgk england punya hooligans camana.. jgn ada rusuhan dah la.

No comments: