Nuffnang

Thursday, May 15, 2008

Ceska Republika part 4 finale.

Salam,
Pada hari Ahad kami terpaksa checkout awal dari apartment tu selewatnya pukul 9am sbb abg Shimi & family punya bus depart pukul 10am. Gedebuk-gedebak… angkut barang masuk kereta, dekat pukul 9:30am kami semua berangkat. Abg Shimi & family pi bus station untuk travel balik ke Vienna, tapi kami dan abg Mus sekeluarga sambung jelajah lagi ke Karlovy Vary. Lagi 2 jam drive ke northwest Prague. Sekali lagi dapat lihat pemandangan menarik lautan pokok2 berbunga kuning dikiri kanan jalan.

Lebih kurang dekat pukul 12pm kami sampai ke Karlovy Vary, small town je di kawasan berbukit. Tapi pemandangan sekeliling, bentuk2 bangunan mmg cantek. Bandar ni terkenal dengan sumber air panasnya. Sebelum sampai kesini, dlm kepala ingatkan sumber air panas mcm kat msia punya hot spring, jenis mcm kolam semulajadi air panas, rupanya2 sini lain. Disini dah advance sket, mata air panas ni ada di sekeliling bandar, ada yg berada di koridor bangunan dlm bentuk paip & kolam air kecik yg cantek dah cuma sumber air masih lagi dari mata air panas ni. Ada juga dlm galeri besar, yg ni jenis yg memancut few meters high. Bila tgk benda ni teringat pengalaman tgk geyser di Yellowstone (http://www.nps.gov/archive/yell/oldfaithfulcam.htm).

Satu lagi kelebihan bandar Karlovy Vary (mula2 nak sebut berbelit jugak lidah..) ialah harga produk2 kristal agak murah kalau compare dgn harga di Prague. Kak Siti sempat borong lampu kristal & set cawan dengarnya.

Dibandar ni pun ramai pelancong, mana datang ntah, dan kat sini pun hujan kekadang turun, so terpaksa la terkejor2 cari tempat berlindung. Nasib baik la hujan kat sini jenis yg renyai2 je.
Kami tak lama di sini sebab nak kejor masa untuk balik ke Vienna. Mula2 target untuk bergerak balik pukul 2pm, tapi terlajak jugak sbb asyik duk tgk mcm2 benda. Pukul 3pm baru bergerak balik ke Vienna. Plan asal nak bertolak pukul 2pm sbb kena drive 6 jam dan target untuk sampai sebelum malam di Vienna. Sekarang ni maghrib lebih kurang pukul 8:30pm di sini. Dalam perjalanan balik ke Vienna, masing dah letih, Haziq & Faris layan dvd, Damia pulak tido je dah. Lepas sejam drive berhenti makan & rehat kejap lepas tu sambung drive. Tgh2 perjalanan Faris pulak muntah… adoii.. terpaksa berhenti lagi bersihkan dia.
Untuk balik ke Vienna kena lalu ikut Prague, so traffic byk la sikit bila dah masuk Prague dan terpaksa la slow drive. Alih2 lebih kurang pukul 9pm baru sampai are Brno, masih lagi dlm Czech Republik. Drive lagi.. dan lagi dan lagi.. pukul 11pm baru la sampai rumah. Nasib agak baik malam tu sbb ada parking space tak jauh dari apartment. Angkut barang mana yg boleh, Haziq & Damia dah nyenyak tido… terpaksa kejut Haziq suruh dia berjalan dalam mamai tu sbb mana tangan nak angkut barang lagi nak dukung Damia lagi…Naik je atas Haziq sambung tido balik...kemas sket2 mana yg patut, mandi-manda, sembahyang & tidooo!!!

Selamat malam…..zzzzzzzzzzzzzzzzz……….


video

No comments: