Nuffnang

Sunday, May 11, 2008

Ceska Republika part 2

Sambungan..

Jadi pada hari Jumaat petang pukul 5:30,kami bertolak dari rumah dan pergi ke office embassy Malaysia dimana kami berjanji utk berjumpa dgn Abg Mus & family sebelum bertolak ke Prague. By pukul 6:30pm, kami 2 keluarga bertolak dari Vienna ke Prague. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang 4 jam.

Sepanjang perjalanan boleh nampak banyak pemandangan cantik. Terutama pemandangan padang tanaman pokok berbunga kuning yg akan diproses untuk hasilkan minyak masak. Pemandangan ni agak menarik atau menakjubkan jugak la..

Selepas sejam setengah driving, sampai lah ke sempadan Czech republic ni. Untuk drive dalam Czech republic ni, setiap kenderaan kena beli "vignette" atau toll sticker. Sini serupa macam di Austria, takda toll booth tapi untuk guna highway kena beli tol sticker dan tampal di cermin depan kereta. Mcm di Austria aku beli yearly vignette yg berharga Eur 75. Untuk drive di Czech selama 3 hari ni kami terpaksa beli 1 week sticker sbb depa tak jual yg daily punya. Tapi ok la, weekly sticker pun cuma Eur 10 je. So selepas sahaja across border, kami stop beli sticker ni kat satu hotel ni yg jual sticker ni.

Selepas border, hari pun dah start gelap then kami continue drive lagi, dipendekkan cerita lebih kurang pukul 10:30 kami sampai ke Prague... pusing punya pusing dlm bandar Prague ni mencari apartment yg kami akan tinggal, akhirnya lebih kurang pukul 11pm kami selamat sampai ke destinasi.... letih jugak le drive kali ni almaklum lah dah hampir setahun aku tak drive sejauh ni sejak pindah ke sini dari Dallas...

Di apartment abg Shimi dah menunggu di luar gate untuk guide ke parking lot. Selesai angkut barang, makan "tgh" malam, sembang2 sekejap.. pukul 2am lebih baru le boleh tidor. Apartment ni memang cantek dan luas, tingkat paling atas, dari verandah bole nampak view part of bandar Prague. Memang selesa lah untuk kami 3 keluarga tinggal disini hingga hari Ahad nanti. Esok pagi kami akan jelajah sekitar bandar Prague..

No comments: