Nuffnang

Monday, May 12, 2008

Ceska Republika part 3

Pagi Sabtu, lepas semua orang siap dengan sarapan barulah boleh keluar jelajah bandar Prague. Bukan senang kalau dah ramai2 ni nak tunggu semua nya siap. Dah dekat pukul 11 lebih baru la bole keluar rumah. Dari apartment tu kami kena jalan kaki dlm 10 min ke stesen subway yg terdekat. Alamak aku lupa daa nama stesen subway tu.. jangan lupa beli tiket kat kedai "runcit" kat stesen. Macam kat Vienna jugak, tadak org yg jaga entrance, kena self service semua, punch tiket then terus ke train. Tapi yg tak bestnya kat sini stesen subwaynya tak "stroller" friendly langsung. cuba jugak carik2 kalau ada lift untuk turun ke tempat train tapi hampeh. Terpaksa la angkut stroller tu turun guna eskalator.

Cuma lepas satu stesen je kami pun turun, dah sampai ke pusat bandar. Naik ke atas, terkejut jugak punya la ramai tourist... bersepah2, macam2 rupa. First impression bila tengok bandar Prague ni, cantik gak la... tapi Vienna lagi cantik dan bersih. Cuma di Prague ni ramai sungguh tourist. Mungkin sbb negara ni masih belum guna currency Euro, so kos barang2 sini masih murah sikit kalau dicompare dgn negara euro lain. Kat sini pakai currency Krone @ Kc, 1 Eur ~ 25 Kc.

So bermulalah jelajahan kami sekitar bandar Prague ni... aktiviti yg mesti ialah bergambar sana sini, pantang nampak view menarik sikit... Memang agak crowded kawasan tourist ni.. ramai sgt orang melancong. Boleh nampak ramai grup2 pelancong yg mostly dari negara europe jugak. Nak berjalan pun susah, ye lah kami yg ramai2 3 keluarga ni dengan masing2 ada stroller yg nakk kena tolak, agak meng"slow"kan pergerakan. Nasib kurang baik hari ni, tetiba hujan pulak turun, tapi nasib tak lebat sgt dan kejap je pasti berhenti dah. Tapi leceh la kan nak berkejor cari tempat berteduh, ye la takan nak berjalan dalam hujan pulak dengan budak2 ramai2 ni.

Kalau datang sini mmg bolehh agak apa barangan tarikan utama negara ni......."kristal"!! Dimana2 ada je kedai kristal ni.. boleh kata bersepah2 le. Harga takde la murah... mahal "gile"! Iye le, harga gelas kristal kecik pun dlm Eur30~RM150!! Mahal tuuu.. takde le kami nak beli mahall gitu.. Tapi kristal dari Czech ni mmg terkenal seluruh dunia...

Barang2 souviners mcm t-shirt, magnet, hiasan meja... agak murah lagi kat sini compare di Vienna. Sehelai tshirt dlm Eur 8, kalau kat vienna mana nak dpt tshirt harga mcm tu.

Salah satu tempat tarikan utama di Prague ialah CharlesBridge. Kami pun pergi ke situ, tapi bila sampai punya la ramai orang kat atas jambatan tu, nak berjalan pun susah apatah lagi nak ambik gambar. sekali lagi nasib kurang baik, hujan turun lagi. Berebut-rebut orang ramai berasak2 turun pergi cari tempat berlindung.

Dibandar Prague ni memang banyak kedai2 di setiap lorong2 yg ada, mostly kedai2 untuk barangan kristal dan barangan souviners untuk pelancong. Aha, satu yg peliknya, kat sini agak susah nak jumpa dgn tourist yg bertudung=muslim. Memang kami tak jumpa sorang pun hari tu.. mmg berbeza dgn Vienna, yg mana bersepah2 org muslim kat Vienna.

Lama jugak la kami pusing2 bandar Prague ni, sampai la pukul 3 lebih, baru lah beransur2 nak balik. Letih ya amat dah masa tu.. Mungkin sbb ramai sgt orang bersesak2 tu yg jadik semula. Terus carik makanan, lapar la semua orang, berjalan tak hingat. Malam tak pergi tambah letih tu. Dalam pukul 4 pm kami semua dah berada kat apartment mana, berehat sembang2 hilangkan penat. Besok pagi2 nak checkout dah, abg Shimi dan family akan balik ke Vienna naik bas pukul 10am, aku dan keluarga abg Mus akan bergerak ke bandar Karlovy Vary, dalam 2 jam drive lagi dari Prague... apa yg menarik di Karlovy Vary??... tungguuu....

No comments: